Memaparkan catatan dengan label contest. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label contest. Papar semua catatan

Sotong (B)

on Sabtu, April 27, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Kalau cerita bab sotong ni...mesti resepi ataupun di pasar la kan?

Sebagai surirumah, memang tak terlepas la membeli bahan mentah dan keperluan harian untuk seisi keluarga. Kalau malas nak ke market, kedai runcit biasa pun ada jual bahan basah. Kalau ke pasar besar, anak kecilku memang tak boleh duduk diam. Dia pun nak berjalan sendiri, tak nak dukung-dukung lagi dah. Jadi pilihan yang aku ada, beli saja kat kedai bahan basah depan sekolah anakku.. Memang banyak pilihan, macam-macam jenis ikan, udang, sotong, ketam dan sayuran.

Otak manusia ni sentiasa berfikir. Satu hari aku terlihat di satu sudut tertulis SOTONG (B). Puas aku memikirkan siang malam, apa maksudnya (B) tu.. Selang dua tiga hari, aku ke kedai tersebut. Aku cari pula kalau-kalau terjumpa SOTONG (A) namun tak jumpa-jumpa.

Agaknya apa maksudnya dengan huruf "B" tersebut ya?
Pengomen yang berjaya meneka maksud "B" tersebut dengan tepat (tekaan pertama kali sahaja), akan mendapat hadiah saguhati dari Teratak Usang. 

Jawapan akan diberikan setelah mendapat peneka yang tepat. Jom fikir-fikirkan...

10 Entri Terbaik Denaihati

on Selasa, Ogos 28, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Sudah lepas seminggu kita menyambut Hari Raya Eidulfitri tetapi masih ada yang bermurah hati untuk memberikan Bonus Raya Aidilfitri untuk tahun 2012. Siapa lagi kalau bukan rakan blogger Hidupkan Untuk Memberi iaitu Saudara Denaihati.

Denaihati merupakan salah satu blog yang mempunyai ramai pengunjung samada dalam mahupun dari luar negara. Banyak ilmu yang ada di situ yang boleh dikutip dan dijadikan panduan dalam blogging khasnya untuk blogger baru. Pada aku, aku lebih suka ilmu berkaitan blogging, SEO, Alexa dan sebagainya untuk memantapkan blog sendiri tetapi tak bermakna entri lain tidak berguna. Seharian lepak di blog Denaihati memang tak cukup. Kadang-kala entri yang lama-lama diselak kembali dan khatam berkali-kali. Penulisan yang santai dan tak bosan membaca.

Antara entri terbaik, aku senaraikan 10 entri terbaik Denaihati. Bukan bermakna hanya 10 di bawah ini sahaja yang terbaik.
  1. Cara Tingkatkan Alexa Ranking Malaysia
  2. Apa Yang Perlu Dibuat Setelah Berada Di Tempat Pertama Google Search?
  3. Contest SEO Faedah Kepada Penganjur Dan Peserta
  4. Berkongsi Backlinks Penting
  5. Pagerank Penentu Ranking Di Google?
  6. ChurpChurp Bagi Pulangan Sambil BerTwitter
  7. Denaihati Netwotk Gerbang Berita Dunia Blogging
  8. Beli Domain Dan Hosting
  9. Selongkar Google Webmaster Tool Blog Ariff
  10. Bagaimana Mencipta Identiti Di Dunia Blog Dengan Hanya Berkomen


Memang banyak entri menarik yang mesti dibaca. Pada rakan blogger yang tak dapat bonus, jom terjah blog Denaihati. Semoga Denaihati terus maju dan dimurahkan rezeki, Amin.

“Bonus Raya Aidilfitri 2012 untuk semua Rakan Blogger yang tidak jemu-jemu bersama blog Denaihati. Berminat joom serbu Denaihati.com”.


Eyriqazz vs Denaihati

on Ahad, Jun 24, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Contest SEO muncul lagi. Kali ini Cabaran SEO dianjurkan oleh Bro Eyriqazz a.k.a Great Teacher Onizuka (GTO).

Eyriqazz vs Denaihati

Memang banyak perbezaan antara Eyriqazz dan Denaihati samada dari segi penampilan dan persembahan blog mahupun penulisan mereka. Namun begitu, tidak dinapikan antara kedua-duanya tetap mempunyai beberapa persamaan.

Persamaan Eyriqazz Dan Denaihati

Kedua-dua orang blogger popular ini sentiasa murah rezeki dan sering berkongsikan rezeki yang mereka dapat dengan para pembaca. Selain itu, mereka juga adalah blogger yang paling popupar di arena blogging ini.

Eyriqazz


Siapa yang tak kenal dengan mamat bermisai jarang-jarang ni? Eyriqazz mula blogging sejah tahun 2003 sehingga sekarang. Followernya lebih kurang tiga ribu lebih dan terkenal dengan panggilan GTO. Apabila aku menyelak kembali helaian-helaian penulisannya, ternyata ada perbezaan dan sangat ketara penulisannya pada lapan ke sembila tahun dahulu berbanding sekarang ini. Kalau tak percaya, cuba baca kembali penulisan yang lama-lama atau masa mula-mula blogging. Banyak penulisan yang menggunakan short form dan tiada aligment tapi masih terhibur dengan penulisan tersebut.

Bapa kepada dua orang anak ini lebih suka menulis tentang perjalanan hidup atau personal selain penulisannya berkenaan sponsor post dari Nuffnang. Walaupun bertaraf blogger popular dan menggunakan domain http://www.eyriqazz.com, Eyriqazz masih mengekalkan blognya yang berplatform blogspot dan blogger.

Denaihati


Mula bertapak atau blogging pada tahun 2008 dengan penjenamaan Denaihati.com. Beliau merupakan seorang blogger popular yang popularitinya seantero dunia. Followernya sahaja sudah puluhan ribu orang. Itu hanya kiraan yang kita nampak, belum termasuk yang silent reader lagi. Dengan moto "Hidupkan Untuk Memberi" telah menarik ramai pembaca untuk lepak lama-lama di blognya.

Penulisan Denaihati lebih berkisar tentang SEO blog, pengalaman peribadi, isu semasa dan pengalaman perjalanan sebagai pengembara ke seluruh dunia. Daripada pengguna blogspot, Denaihati telah mewarnai dunia blog dengan domain dan hosting http://denaihati.com , http://denaihati.biz, http://denaihati.my, http://denaihati.org dan http://denaihati.com.my. Ada lagi tak domain yang dibeli oleh Denaihati?

Rumusan

Walaupun Denaihati bertapak sedikit kemudian dari Eyriqazz namun pencapaian blog Denaihati lebih power dari Eyriqazz. Hal ini dapat dilihat dari segi Alexa, Pagerank dan jumlah komen dari pembaca. Rumusan dan andaian yang boleh aku buat:

1. Blog Denaihati lebih mesra pengguna dengan ruangan komen do follow berbanding blog Eyriqazz yang masih menggunakan produk blogger.com.

2. Eyriqazz lebih suka jadi silent reader di blog-blog wanita atau blogger baru. Wallahu'alam...Rasanya la sebab Eyriqazz hanya tinggalkan jejak di shoutbox aku sekali sahaja seingat aku, itu pun dah lama, entah tahun bila. Manakala Denaihati semakin rajin menerjah blogger-blogger lain sejak dua tahun kebelakangan ini. Ini merupakan suatu semangat untuk blogger-blogger yang baru nak bertapak. Sokongan moral amat perlu.

3. Entri berkenaan SEO, cara dapatkan pendapatan tambahan dan isu semasa lebih digemari pembaca terutamanya para blogger berbanding entri personal. Tapi tak mustahil juga entri personal masih mendapat tempat di hati pembaca untuk bacaan santai.

Dalam Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati, kedua-duanya merupakan role model pada kebanyakan blogger di Malaysia, Indonesia, Brunei mahupun blogger Malaysia yang ada di seluruh dunia.


Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com ditaja bersama Denaihati.com , Azri.my , Blogr.my , ziefauzi.com ,  Shakiddo.com ,  ZarulUmbrella.Com , Hatiputera.com  Papamifz.com, Mksyahir.blogspot.com, Boladaily.com , BloggerSentral.com ,  Mysuperkids.net , Vitaminsemulajadi.com, Aslamber.Com, http://kgbalimbang.blogspot.com dan Ciktom.Com

Tag: Eyriqazz vs Denaihati, cabaran seo, Eyriqazz, Denaihati, contest seo, blogger, blogger popular, cabaran, blog Eyriqazz, blog Denaihati, Eyriqazz dan Denaihati




Kongsikan artikel Eyriqazz vs Denaihati ini jika bermanfaat.

Juara Euro 2012

on Selasa, Jun 12, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.


Minggu ini ramai yang demam bola EURO 2012. Pada semua peminat bola, jangan lupa menyemak Jadual Perlawanan EURO 2012 dan Keputusan EURO 2012.

Sebagai bukan peminat bola sepak, aku nak juga menyertai Contest EURO 2012 Juara Pilihan Lelaki Kacak yang dianjurkan oleh pemilik Dehaihati.com. Walaupun contest ini khas untuk Lelaki Kacak dan peminat bola, rasanya tak mustahil untuk aku turut serta bgi memeriahkan suasana. Aku memang tak faham apa-apa tentang bola tapi nak teka juga.

Pasukan pilihan aku bagi EURO 2012 adalah Spanyol. Berikut merupakan senarai pemain Spanyol:


Penjaga gol:
Iker Casillas - Real madrid
Victor Valdes - Barcelona
Jose Manuel Reina - Liverpool

Pertahanan:
Raul Albiol - Real Madrid
Gerard Pique - Barcelona
Carlos Marchena - Valencia
Carles Puyol - Barcelona
Joan Capdevila - Villarreal
Sergio Ramos - Real Madrid
Alvaro Arbeloa - Real Madrid

Tengah:
Andres Iniesta - Barcelona
Xavi - Barcelona
Cesc Fabregas - Arsenal
Xabi Alonso - Real Madrid
Sergio Busquets - Barcelona
Javi Martinez - Athletic Bilbao
David Silva - Valencia
Jesus Navas - Sevilla

Penyerang:
David Villa - Barcelona
Fernando Torres - Liverpool
Juan Mata - Valencia
Pedro - Barcelona
Fernando Llorente - Athletic Bilbao

Harapnya Spanyol sekali lagi dapat menjuarai EURO 2012 ini. Live EURO 2012 boleh ditonton di http://astro.com.my/onthego




Kongsikan artikel Juara Euro 2012 jika bermanfaat.

Abang Ensem Di Mata Aku.

on Khamis, Jun 07, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Rata-rata blog dok cerita tentang Abang Ensem..Abang Ensem.Abang Ensem a.k.a Meor Zaidee (AE). Apa ke halnya ni? Tiba-tiba je Abang Ensem ter"over" glamour ni. Tak percaya? Cuba terjah blog beberapa orang blogger termasuk selebriti terkenal, Abang Zarul Umbrella, Denaihati dan Bro Azman. Semuanya dok mengutuk memuji AE.
Bukan itu sahaja. Blog lain pun ada menyebut-nyebut tentang Abang Ensem seperti blog Bro Framstone, Eyriqazz dan Teratak Karmo. Bila dah ramai sangat up date tentang AE, aku pun nak tau jugak ada apa dengan AE. Mungkin aku terlepas pandang up date dari bloglistku tentang AE. Patut la ramai sangat yang menyebut nama AE. Tersedak mamat perasan handsome tu nanti.

Serba sedikit yang aku tahu tentang Abang Ensem.

Beliau berasal dari Hilir Perak, graduan Pemasaran, berkecimpung dalam bidang hartanah dan mempunyai misai sedikit lebat dari GTO. Menghasilkan 4 buah e-book iaitu Tip Mudah Lulus Pinjaman, Caraku, Tip dan Panduan Membeli Rumah Terpakai dan Rahsia Jutawan Hartanah Terbongkar.

Siapa Abang Ensem Di mata Aku?

Mula-mula aku kenal AE dari blog Ariff Shah yang menceritakan tentang e-book Hartanah. Singgah di blog Bro Framstone, ada muka AE. Mula dari tu, terus aku bloglist kan url blog AE. Sesekali aku terjah juga blog AE jika berkesempatan. Setiap kali aku terjah, pasti aku akan tinggalkan komen di blog beliau.

Walaupun aku sekarang tinggal di daerah kelahiran beliau, rasanya AE tak pernah datang ke blog aku, jauh sekali untuk tinggalkan komen di sini (mood sedih). Kadang kala aku buat andaian sendiri, ada positif dan ada yang negatif. Mungkin blog aku hanya blog picisan yang berada di pinggiran, usang pulak tu. Memang AE tak pandang la. Mungkin juga dia sibuk atau mungkin juga entri yang aku tulis langsung tak menarik untuk dibaca. Maka terpaksalah aku pujuk hati sendiri....

Nak cerita lebih-lebih tentang AE ni tak boleh sebab tak pernah jumpa. Hanya aku je yang singgah di blog beliau. Kenal pun hanya melalui blog dan dari pembacaan di blog lain tentang karektor beliau. Kalau tengok gambar Abang Ensem dan kerjayanya, aku rasa dia seorang yang bermotivasi tinggi, punyai semangat yang tinggi dan mungkin juga seorang yang kelakar.

Sebagai seorang fasilitator atau pemudahcara (boleh ke panggil Fasilitator?), penceramah memang kena pandai tackle pendengar melalui pengucapannya. Kalau tidak, jenuh la pendengar menguap dan mungkin ada yang tertidur dalam bilik seminar nanti kalau cara penyampaian penceramah tu membosankan. Silap-silap nanti ada yang duduk di depan sekali seksa mata semata-mata nak ambik hati penceramah, gara-gara mengantuk punya pasal.

Fasilitator adalah seorang manusia biasa yang bekerja dan berfikir secara luar biasa, mempunyai wawasan yang tinggi serta jiwa yang kukuh dengan pegangan hidup yang jelas. Setiap kata-kata mereka akan dipenuhi dengan nasihat dan peringatan berguna buat mereka yang mendengar- IQ Class Management.

Aku karang panjang-panjang ni, Abang Ensem nak baca ke? Harap-harap dia sudi menjejak dan berteduh di Teratak Usang buat seketika. Buat pembaca budiman, tolong like entri ini di fanpage abangensem.com di Facebook (30%). Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.






Kongsikan artikel ini jika bermanfaat.

Review Blog: Ronaldmohoni.com

on Khamis, Mei 24, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Teringin pula nak sertai Pertandingan Review Blog Ronaldmohoni apabila terpandangkan review yang ada di blog Suri. Sudah lama juga aku tak buat review blog lain dari segi teknikal. Minat juga dari segi teknikal ni walaupun tak berapa arif. Masih dalam proses pembelajaran.

Sebagai pengguna blogspot, aku tak pandai nak menilai blog wordpress dengan sebaik-baiknya kerana tak pandai langsung dalam selok-belok wordpress atau plugin yang ada. Review yang aku lakukan ini ada dua penilaian iaitu dari segi teknikal blog dan pandangan dari segi fizikal blog yang boleh nampak dengan mata.

A) Fizikal Blog.

Header blog terlalu ringkas. Dari pandangan mata aku, header blog kurang menarik dan tiada langsung daya tarikan. Cadangan: Cipta header yang lebih menarik walaupun nampak ringkas seperti bold kan atau cantikkan dengan warna yang pelbagai.

Site Map tiada. Perkara pertama yang aku akan tuju dalam sesebuah blog dan paling penting adalah Site Map. Tak ada pula kelihatan Site Map di blog Nal. Cadangan: Pasang Site Map di menu bar supaya mudah untuk pengguna mencari sesuatu post.

Entri Terkini ringkaskan. Kalau boleh, letakkan antara 7 hingga 10 entri sahaja di sidebar supaya nampak lebih kemas dan tidak meleret-leret.

Tag Cloud. Rasanya tak perlu lagi tag cloud ni jika sudah ada kategori.

Blogroll lebih baik letak di menu bar atau di blog khas bagi mengelakkan malware. Kadang-kala, malware yang ada di blog lain boleh menyebabkan blog kita sendiri di kesan ada malware. Sila rujuk Meta Tag Report di bawah.



B) Teknikal Blog.

Timbang Berat Blog

Terbaik la Nal. Blog anda hanya 45.41KB, tak berat. Ternyata anda pandai imbangi berat blog.

Page Rank

Dengan domain http://ronaldmohoni.com yang berusia 1 tahun 6 bulan dan 21 hari pada 23 Mei 2012, blog Nal sudah mendapat page rank 1. Tahniah.

SEO Doctor

Berdasarkan SEO Doctor blog Nal, tiga perkara dilihat kurang memuaskan iaitu loading time, web analytics dan ALT image tag. Untuk penerangan lebih lanjut, sila klik imej di bawah ini.

Namun begitu, loading time sentiasa berubah-ubah bergantung pada imej dan widget yang ada di page pertama blog.

Alexa

Trafik keseluruhan dari alexa menunjukkan 664,551 dan 2982 di Malaysia. Tiada lagi review blog alexa dari sesiapa. Saya cadangkan supaya Nal buat review blog atau sertai mana-mana blogger yang membuat review blog di alexa agar angka tersebut semakin cantik.

Markup Validation Servis

Dalam Markup Validation, blog Nal menunjukkan terdapat 24 kesalahan dan 6 amaran. Ini pun terbaik la kerana hanya sedikit sahaja error jika dibandingkan dengan blog saya yang ada dalam ratusan error. Masih boleh diperbaiki lagi.

Meta Tag Report

Dari apa yang kelihatan, terdapat dua perkara yang boleh diperbetulkan iaitu Description meta tag yang terlalu ringkas. Kalau tak silap, hanya ada 32 perkataan. Sebaiknya minimum 50. Manakala web page analysis menunjukkan terdapat terlalu banyak url iaitu sebanyak 204 url. Sebaiknya kurangkan url maksimum hanya 100 url sahaja.

Itu sahaja review yang dapat aku sediakan untuk Pertandingan Review Blog Ronaldmohoni.com. Segala keceluparan dalam membuat review ni, harap dimaafkan dan jangan ambil hati.

“Pertandingan ini dianjurkan oleh Ronaldmohoni.Com, dan ditaja oleh Ronaldmohoni.Com, ArtisMalaysiaTerkini.Com dan Ohsukan.Com”. Contest bakal berakhir pada 31 Mei 2012. Sila ke Pertandingan Review Blog Ronaldmohoni.com untuk keterangan lanjut.

Mencari Lelaki Kacak 2012

on Selasa, Mei 15, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Satu Dunia.

Lelaki Kacak ok? Siapakah yang kelihatan kacak? Siapakah juara  SEO Lelaki Kacak? Ramai yang berlumpa-lumba untuk mengkacakkan diri di separuh masa terakhir.


Lelaki Kacak.

Menurut kata penganjur Contest SEO Lelaki Kacak, setakat ini terdapat seramai 83 Blogger Kacak sedang bersaing dalam Contest SEO Lelaki Kacak. Persaingan semakin sengit dan kedudukan peserta sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Masih ada masa selama sebulan lagi sebelum cabaran ini melabuhkan tirainya.

Lebih kurang 17 orang peserta wanita mengambil bahagian dalam Contest SEO Lelaki Kacak dan selebihnya adalah lelaki. Peserta yang berada di page pertama google memang kacak-kacak belaka. Kemungkinan, masing-masing sedang bertungkus-lumus menurunkan segala ilmu SEO dan menggunakan kepakaran yang  ada dalam entri masing-masing sehingga contest ini tamat.

Bagi yang sudah lama hanyut atau sesat di lautan google seperti aku, agak sukar juga untuk mencari laluan pulang atau arah ke daratan kerana aku belayar menyertai Cabaran Contest SEO Lelaki Kacak tanpa peralatan SEO yang lengkap.

Haruskah aku biarkan diri terus hanyut di bawa angin lalu di tengah lautan dalam? Sudah hilang kelengkapan kekacakan. Bagaimanakah agaknya untuk aku pulang kembali ke daratan kerana langsung tiada bayangan harapan.

Sekali tengok page pertama google dengan search Lelaki Kacak, terasa diri terlalu kerdil dan hampir putus asa. Beberapa kali tengok entri rakan blogger tentang Lelaki Kacak, semangat kembali ada. Banyak kali tengok jaguh-jaguh Lelaki Kacak berebut-rebut di tangga pertama, hilang kekuatan semula. Harapnya masa cepat berlalu supaya dapat diketahui Siapakah yang dinobatkan sebagai Lelaki Kacak itu.


Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja oleh Contengconteng.com, Abangensem, Cikgu Dahlia, Farish Ishak, PuanBee.com, w.habibu rahman, Azri Johan, Dirmansyah, 1Malaysianews.net LadfeAmir.com, SEO Apps, Bluedianthus.com, Hafizmohd.com, UmarFaruq.com, 1Artikel.com, Blog Bukit Besi, Radhio.com, Blog Perniagaan Internet, Hadi Hanafee, Jomtonton.net, Muaz Lelaki Kacak, Ohcikgu.com, BloggerWanita.com, Cyza Sector, LelakiAcai.com Sabreehussin dot com, Abrablog.com dan AhmadFaizal.com.

Lelaki Kacak: 7 Keburukan Yang Terserlah.

on Khamis, Mac 22, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Allah ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian tetapi di mata manusia masih tiada yang benar-benar sempurna. Allah ciptakan Adam dan Hawa bagi melengkapkan ketidaksempurnaan tersebut. Anda rasa anda seorang lelaki kacak? Bagus! Teruskan pembacaan kerana orang yang suka membca sememangnya seorang yang kacak.

Dalam dunia ni, semua benda dicipta berpasang-pasang. Siang psangannya malam, lelaki pasangannya wanita, tangan kiri pasangannya tangan kanan dan seterusnya. Kalau ada syurga, pasti ada neraka dan kalau ada baik pasti ada buruknya juga.


Keburukan yang ada pada lelaki kadang-kala melindungi kekacakan yang ada. Antaranya ialah:



1. Tak beriman - Solat 5 waktu ke mana, puasa ke mana, solat jumaat pun entah ke mana. Sepertinya lelaki sebegini mengamalkan "jamak tak yah" kata orang Kedah. Kalau yang wajib pun tak mampu nak buat, apatah lagi yang sunat, jauh sekali la. Kalau tiangnya (agama) pun tak kukuh, bagaimana untuk membina rumahnya dengan kukuh?

2. Panas Baran - Apabila tiada kekuatan iman dalam diri, sifat sabar juga tak akan mendekati kerana "sabar itu separuh dari iman". Ada ke wanita yang sukakan lelaki kacak tapi panas baran? Hai..hai..bai..bai je la. Terus hilang kekacakan yang ada.

3. Bau - Ini termasuk la bau badan, busuk peluh dan bau mulut. Dari raut wajah, nampak kacak tapi bila sekali menyapa, MasyaAllah...baunya boleh pengsan. Bau macam baja ikan pun ada. Kalau puasa, boleh  tahan lagi. Begitu juga bau peluh. Tak akan ada wanita/gadis yang ingin hampiri. Aku pernah alami situasi macam ni, berurusan dengan pelatih nurse lelaki. Sekali dia tu buka mulut (bercakap), aku dah rasa loya, nak muntah semua ada. Jadi, pada kaum Adam, jaga la imej anda ketika berurusan dengan pelanggan. Imej melambangkan keperibadian anda.

4. Malas - Semua orang ada sikap ini tapi paling tak tahan bila ada yang malas tegar. Segala hal malas, malas kerja, malas itu, malas ini dan segala-galanya malas. Semuanya nak harapkan keringat orang lain. Jangan bimbang ye adik-adik, abang-abang, pakcik-pakcik. Penyakit ini boleh di atasi dengan mengorek lubang kubur untuk si pemalas tersebut.

5. Boros - Lelaki yang ada sikap begini mungkin akan lambat kahwin atau sukar untuk memiliki harga atau aset untuk masa depan. Bayangkan kalau dapat gaji RM2000, dalam masa seminggu boleh habis. Mula-mula nampak kacak tapi bila duit dah kering kontang, hilang la kekacakan yang ada. Terpaksa mengemis  pula sementara nak dapat gaji bulan depan.

6. Pendiam keterlaluan - Aku tak rasa sifat ini terlalu buruk tapi lelaki kacak yang pendiam sukar untuk dipercayai. Nampak diam je tapi dalam diam-diam ada 4 orang isteri, siapa nak sangka kan? Tapi tak salah kalau diam dari bercakap hal keburukan orang lain. Memang berdiam diri adalah lebih baik.

7. Pengotor - Kuku panjang, rambut panjang yang tidak dijaga, masih nampak kacak ke? Langsung hilang kekacakan yang ada sikit-sikit tu. Pakaian yang dipakai tak dibasuh selama seminggu, boleh tahan ke kalau duduk kat sebelah? Kalau berjiran pun rasanya tak nak la.

Kalau nak senaraikan keburukan, memang banyak. Cukup sekadar itu dahulu. Bagaimana pula kebaikan yang ada pada lelaki kacak. Kalau ada buruk, pasti ada baiknya. Baiknya pun terlalu banyak. Asas yang menyerlah kekacakan seseorang lelaki adalah sikap tanggungjawab. Tanggungjawab adalah perkara paling penting yang perlu ada dalam setiap diri lelaki kacak. Luas maksud tanggungjawab ni. Antara tanggungjawab yang perlu ada:

  • Tanggungjawab pada Allah.
  • Tanggungjawab pada ibu bapa
  • Tanggungjawab pada keluarga
  • Tanggungjawab pada kerjaya
  • Tanggungjawab pada masyarakat dan negara.
Jika semua tanggungjawab di atas terlaksana dengan baik, pastinya anda adalah seorang lelaki kacak idaman para isteri, juga setiap wanita. Kalau rasa diri tu tak mampu bahagikan kasih sayang, seorang isteri pun cukup la. Wonderpets kata, "Apa yang penting? Kerjasama"


WootMedia Blogging Shirts Giveaway

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Wootmedia kini sedang mengadakan satu giveaway dan akan tamat pada 15 April 2012. Hadiah yang ditawarkan adalah 20 helai t-shirt (seperti di atas) untuk setiap peserta yang bertuah. Pemilihan pemenang adalah secara rawak. Peserta dikehendaki mengikut prosedur penyertaan yang telah ditetapkan. Pada yang berminat, boleh sertai giveaway ini.

Lelaki Kacak

on Rabu, Mac 21, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Gambar ini tidak ada kena-mengena dengan entri.

Ramai yang memperkatakan tentang lelaki kacak. Sana sini asyik menulis tentang kacak. Ada apa dengan lelaki kacak? Siapakah lelaki kacak yang dimaksudkan? Adakah lelaki itu suka membaca? Kalau suka membaca, dah tentu dia seorang yang kacak kerana lelaki kacak suka membaca.

Berapa ramai lelaki kacak dalam dunia ni? Sebenarnya semua lelaki atas muka bumi ini merasakan diri mereka kacak tapi malu nak mengaku secara terang-terangan kerana bimbang dikatakan "masuk bakul, angkat sendiri",  "SS" atau "Syok Sendiri", "Perasan Kacak" dan macam-macam lagi kata-kata negatif. Jadi, perkataan "Aku memang kacak" hanya ada dalam hati setiap daripada mereka sahaja.

Namun begitu, ada juga lelaki yang tidak segan silu mengaku diri mereka sebagai lelaki kacak. Lelaki jenis ni sememangnya masuk bakul dan mengarahkan orang lain tolong angkat bakul tersebut. Jangan marah wahai lelaki yang merasakan dirinya kacak. Tak salah pun mengaku diri sendiri kacak kerana ia merupakan suatu motivasi yang menjadi perangsang minda dan semangat untuk terus maju dengan keyakinan diri yang tinggi.

Wahai para lelaki kacak,
Untuk menjadikan diri anda lebih kacak di antara yang kacak-kacak, elok lah kiranya anda teruskan pembacaan ini. Kekacakan yang dikurniakan oleh Allah kepada kaum Adam bukan lah untuk dibanggakan kerana kacak itu hanyalah luaran semata-mata.

Jika anda seorang lelaki kacak dan ingin menambahkan lagi kekacakan tersebut, empat aspek ini perlu dititikberatkan. Kekacakan yang anda miliki jika disertai dengan empat cabang ini, pastinya kekacakan itu lebih terserlah.

Empat aspek yang dimaksudkan adalah Kacak Jasmani, Kacak Emosi, Kacak Rohani dan Kacak Intelek.


Kacak jasmani atau fizikal sememangnya penting dalam kehidupan. Bukan hanya kacak pada rupa paras tetapi kesihatan dan kecergasan diri perlu diperkembangkan dan dipertingkatkan demi menjamin hidup yang lebih sihat dan bermakna. Anggota tubuh yang sihat dapat dimanfaatkan untuk hidup berdikari dan menjalani hidup bermasyarakat.

Kacak emosi juga penting kerana ia melibatkan perasaan terhadap seseorang atau kejadian. Cuba bayangkan jika anda berhadapan dengan lelaki kacak tetapi panas baran. Nampak ke kekacakkannya itu? Pasti anda akan berkata, "Harapkan muka je handsome tapi perangai macam setan tahap cipan" Haa...kan dah tak kacak. Jadi, bagi mengekalkan kekacakan tersebut, sabar itu perlu bagi mengawal perasaan dalaman samada perasaan marah, sedih, gembira dan sebagainya.

Kacak emosi amat penting kerana wajah seseorang akan berubah mengikut emosi dalam dirinya. Kalau selalu tarik muka 14 inci jangan harap la nak kacak kerana ada pepatah mengatakan "kalau merajuk, cepat tua".

Kacak rohani tak kurang pentingnya. Dengan adanya kacak rohani, seseorang itu akan rajin berusaha, mempunyai semangat yang tinggi, bertenaga dalam melakukan sesuatu perkara dan memiliki hati yang bersih. Ketenangan dan kedamaian akan terpancar di wajahnya. Lelaki sebegini akan sentiasa mendekatkan diri dengan Penciptanya.

Kacak intelek paling disukai dan digemari oleh masyarakat sekeliling jika digunakan dan dimanfaatkan untuk kebaikan. Kalau sekadar kacak wajah tapi tak kacak intelek, tak boleh pakai juga. Nampak muka kacak tapi mencuri. Hilang terus kekacakkan tu. Siapa yang tidak suka dengan lelaki kacak dan pandai menggunakan kebijaksanaannya ke arah kebaikan? Pasti ramai yang akan mendekati.

Sememangnya amat susah menemui lelaki sekacak itu. Lelaki kacak itu mungkin ada tetapi hanya satu di kalangan seribu lelaki. Masihkah mencari lelaki kacak itu? Tiada yang cukup kesempurnaannya di dunia ini melainkan Allah jua.






Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog

on Khamis, Februari 09, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Peraduan ini dianjurkan oleh Pengendali blog dan ditaja oleh Elfbytes Web Hosting. Pada yang belum mempunyai domain dan hosting, elok juga sertai peraduan ini. Mana tau ada tuahnya.

Sekiranya aku dipilih sebagai pemenang dalam peraduan ini, dengan bersemangatnya aku akan cipta satu blog Wordpress (WP) yang baru dan aku akan belajar cara-cara untuk mengendalikan blog Wordpress tersebut melalui domain dan hosting yang diberikan. Aku tak pernah dan tak pandai untuk menggunakan blog Wordpress. Mungkin inilah peluang untuk aku mempelajari selok-belok WP. Kata blogger-blogger Wordpress, Wordpress merupakan suatu medium blog yang hebat dan pelbagai plugin boleh digunakan. Jadi, bagi membuktikan betapa hebatnya blog Wordpress beserta domain dan hosting, aku akan gunakan dengan sebaik mungkin. 

Pada rakan blogger yang masih belum menggunakan domain dan hosting, jom kita ramai-ramai terjah syarat peraduan dan memeriahkan peraduan "Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog" ini. Moga ada yang bertuah antara kita dan mendapat hadiah percuma dari Malaysia Web Hosting.

Giveaway Ke 2 Teratak Usang.

on Ahad, Februari 05, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Syarat-syarat penyertaan:
1. Buat satu entri, letakkan banner dalam entry tersebut dan linkkan ke entri ini.
2. Review blog Teratak Usang di alexa atau klik di SINI.
3. Letakkan link Teratak Usang di blog anda supaya dapat ikuti up date terkini.
(tak wajib).
4. Tinggalkan permalink entri anda di ruangan komen di sini.

Pertandingan Pengalaman Kena Denda Di Sekolah.

on Khamis, Januari 26, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Pertandingan Pengalaman Kena Denda Di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Abrablog.com, Azmanisma.com, Contengconteng.com, LelakiAcai.com, Ohbuku dan Panduan TNX.com.

sekadar hiasan

Pada tahun 1991, aku masih di darjah 3 Biru (tahap 1) dan berada di kumpulan A. Kelas 3 Biru merupakan kelas pertama diikuti kelas 3 Hijau dan 3 Merah. Kebanyakkan guru-guru yang mengajar ketika itu garang-garang belaka. Guru matapelajaran Bahasa Inggeris, Muzik, Matematik terdiri daripada guru lelaki. Jarang nak nampak walaupun sebuah senyuman dari bibir mereka.

Pada suatu hari, guru subjek Matematik masuk ke dalam kelas. Namanya cikgu Yusuf bin tak ingat. Dah tua dah cikgu ni, dah nak pencen pun. Setiap kali cikgu Yusuf masuk ke kelas, sebelum dia memulakan pelajaran, dia akan bertanyakan soalan secara rawak mengenai bab yang akan dipelajari. Ketika itu semua pelajar akan berdebar-debar menantikan nama yang bakal di sebut. Dalam hati setiap pelajar (rasa-rasanya la) pasti berdoa "harap-harap bukan nama aku".

Masa sekolah dulu, aku hanya rajin baca buku bahasa Melayu sahaja. Buku-buku lain tolak ke tepi. Matematik lagi la tak tengok langsung sebab tak payah nak baca. Main kira-kira saja.

Malangnya nasib aku hari itu. Nama aku yang disebut. Aku segera berdiri menantikan soalan yang bakal ditanya. Cikgu Yusuf segera mencapai kapur dan melukis sebuah bulatan besar yang mempunyai nombor di tepi bulatan dari 1 hingga angka 12 dan meminta aku melukis jarum yang menunjukkan pukul 9.43 pagi.

Sumpah! Aku tak dapat nak lukis seperti yang dikehendakinya. Masa tu, aku memang tak pandai nak tengok jam lagi. Jadi aku tak tahu nak lukis dan letakkan jarum panjang. Ketika ini, aku dah ketar seluruh badan. Lembut lutut rasanya.

Segera cikgu Yusuf tengking aku, cubit perut aku dan meminta aku keluar dari kelas dan berdiri di atas koq U yang dijadikan tempat duduk di taman sekolah tepi kelas aku. Malunya aku ketika itu hanya Tuhan yang tahu. Belum pernah aku dicubit dan didenda seorang diri seperti ini. Inilah pengalaman pertama kena denda paling teruk yang aku rasa.

Aku malu pada cikgu, malu pada kawan-kawan sekelas dan malu pada semua pelajar yang melihat aku berdiri di luar kelas. Nak menangis rasanya tapi ku tahan air mata ini dari mengalir. Kalau menangis, lagi malu. Aku hanya mengikuti pelajaran tersebut melalui tingkap sekolah. Aku berdiri di luar sehingga tamat matapelajaran Matematik. Aku juga diminta untuk tukar tempat duduk dari kumpulan A turun ke kumpulan B. Sedih sangat sebab aku tahu, aku budak baik (masuk bakul, sendiri angkat...hehe..)

Mulai detik itu, aku mula belajar bersungguh-sungguh subjek Matematik dan bersedia setiap masa. Nasib baik pada tahap 2, cikgu Yusuf tidak lagi mengajar (dah bersara). Kesannya dapat dilihat ketika aku memasuki darjah 4, 5 dan 6. Guru Matematik lain iaitu seorang guru perempuan memberi kepercayaan padaku untuk aku menyemak buku latihan rakan-rakan sekelas sebelum ditandatangani oleh beliau. Aku juga diminta oleh guru untuk membantu kawan-kawan yang kurang faham akan subjek tersebut.

Kepercayaan yang diberikan padaku oleh guru Matematik menjadikan aku lebih bersemangat untuk terus belajar dan memahirkan diri dalam subjek tersebut. Matematik telah menjadi subjek kegemaranku hingga kini.

Kesimpulan yang dapat aku buat, hukuman yang diberikan menjadikan aku lebih peka untuk rajin belajar walaupun dalam ketakutan (takut kena denda lagi). Selain itu, teknik mengajar, faktor pujian dari guru, dan kecantikan atau ketampanan seseorang guru juga menjadi sebab pelajar minat untuk belajar. Ini berdasarkan  pandangan aku sendiri.


Giveaway Wang Kertas Baharu @Sharinginfoz

on Selasa, Januari 10, 2012

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.


"Saya mahu wang kertas baharu kerana...saya suka simpan terutamanya wang yang keras dan masih baru."








Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab..

on Selasa, November 15, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Kata orang, kalau cemburu tandanya sayang tapi bila aku cemburu, apakah tandanya??? Ini bukan kes kehadiran orang ke tiga...
Aku cemburu apabila aku ada...
yang aku beli menyalahgunakan menggunakan duit PTPTN 6 tahun dulu, my hubby beli untuknya...

Apabila dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Begitulah keadaannya yang berlaku. Entah ke mana hilangnya Nikon Coolpix milikku itu.

Aku cemburu apabila my hubby belikan untukku....


Sebulan lepas tu, my hubby belikan untuknya...

Susah aku nak usung laptop Acer yang berat tu ke mana-mana sahaja berbanding netbook Dell yang comel ni. Kalau pergi bercuti, aku tak dibenarkan membawa laptop tapi kalau my hubby pergi kursus, boleh pula dia usung netbooknya. Tak seronok jika menggunakan barang yang bukan milik kita sendiri. Susah nak simpan segala data penting dan yang paling utama, tak seronok berkongsi.

Aku cemburu apabila my hubby beli untukku...


dan dibelikan untuknya...


"SAMSUNG Galaxy Note??? Jom la tukar...jom la tukar...nak smartphone yang baru". Rintihanku hanya tinggal rintihan di bawa angin lalu...

Walaupun aku sudah ada SAMSUNG Galaxy S, terpaksa berkongsi pula dengan puteriku yang sulung (4 tahun). Aku sibuk nak buka Blog, Facebook, BeritaOnline, dia pula sibuk nak buka android for kids dan angry bird. Setiap hari, setiap masa aku kena beralah dan setiap hari aku kena cas bateri gara-gara penggunaan tahap extra maksimum. Terlintas di fikiran, kalau ada satu lagi smartphone yang hanya aku seorang yang tamak haloba guna, kan senang.

Pantun.

Kiraan kilo menggantikan kati,
Diguna untuk timbang barang,
Tak sempat nak join contest Denaihati,
Rupanya ada satu lagi peluang.

Sungguh panas mentari terik,
Berteduh sekejap di satu taman,
Hadiah ditawar sangat menarik,
Samsung Galaxy S II jadi idaman.

Berehat sebentar di pohon cermai,
Sambil memegang sebuah cangkir,
Mari sertai beramai-ramai,
18 November contest berakhir.

Buah ciku bentuknya bujur,
Enak dimakan begitu saja.
Beta.my adalah penganjur,
Mynewshub pula sebagai penaja.

Kalau bercakap jangan temberang,
Dibenci orang kanan dan kiri,
Hanya ini yang dapat ku karang,
Moga-moga ada rezeki.

"Saya nak Samsung Galaxy S II sebab Samsung Galaxy S II lebih hebat dari Samsung Galaxy S serta mengatasi iPhone 4 atau iPhone 4S dan tak perlu nak berkongsi dengan sesiapa"


Contest ini dianjurkan oleh Beta.my & ditaja oleh Mynewshub

Pemenang Contest Pertama Teratak Usang.

on Selasa, November 01, 2011

Assalamualaikum, Salam 1 Dunia.
Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh para peserta untuk mengetahui keputusan CONTEST PERTAMA TERATAK USANG setelah ditutup lewat malam semalam. Aku pun tak nak simpan lama-lama.

Jawapan yang sebenar adalah....
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
VVVVV
VVV
V


Biji buah salak
Keras dan tidak boleh di makan (melainkan isinya)

Senarai peserta yang meneka dengan tepat adalah:

27. Cik Shinju
28. Abazilah
29. Atien
30. Joel Leslie
31. Darling Ninie @ Mama Comel
32. Shaharil
33. Nora Rashid
34. Sop
35. Ina

Mesti ada yang tertanya-tanya nanti, di mana nombor 1? Kenapa tetiba muncul nombor 27? Saja la nak buat kelainan. Boring la kalau asyik mula dengan nombor 1. Masa sekolah dulu pun asyik dapat nombor 1 saja dan ramai pelajar-pelajar yang nak kan nombor 1.

Para peserta ini disusun mengikut cabutan nombor dan pemenangnya jatuh kepada.....(drum please.....)
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
VVVVV
VVV
V


Tahniah kepada peserta yang bertuah. Peserta yang bernombor 31, sila emailkan nama penuh dan nombor akaun maybank melalui contact form. Terima kasih.

Keputusan Contest Pertama Teratak Usang.

Assalamualaikum, Salam 1 Dunia.

Diumumkan bahawa Contest Pertama Teratak Usang telah tamat dan sebarang penyertaan tidak lagi diterima. Terima kasih pada semua peserta seramai 26 orang. Bagi aku, jumlah tersebut tidaklah banyak mana. Mungkin kurang promosi atau hadiah yang tak menarik atau blogger lain sibuk dengan tugas harian masing-masing. Beberapa orang yang sebelum ini meminta aku buat contest, tidak pula join. Kecik hati aku (gurau je....)

Oleh kerana ramai yang memberi jawapan yang tepat, random.org akan digunakan. Keputusan contest pertama ini akan diumumkan pada......(suka hati aku la nak umum bila)...akan diupdate kemudian.

Tungguuuuu........!!!

STICKY POST

on Isnin, Oktober 31, 2011

Peringatan Contest: 28 Hari Lagi.

on Isnin, Oktober 03, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
1 Ogos-31 Oktober 2011 (11:59pm)

Sekadar peringatan.
Sesiapa yang berminat untuk sertai Contest Pertama Teratak Usang, peluang untuk anda masih terbuka walaupun hadiahnya tidaklah seberapa. Untuk menyertainya, sila ke ruangan CONTEST PERTAMA TERATAK USANG dan tinggalkan jawapan anda di sana. Jangan lupa untuk membaca INFO TERBARU CONTEST PERTAMA TERATAK USANG.

Contest Pertama Teratak Usang masih berlangsung dan hanya tinggal 28 hari sahaja lagi. Pada yang menantikan saat-saat akhir untuk memberikan jawapan, pastikan anda tidak terlepas tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Terima kasih pada semua blogger yang sudi menyertainya dan memeriahkan contest ini.


Hadiah Perodua Myvi Extreme Contest Besar Denaihati

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada Rakan Blogger yang sudi nak jadi sponsor kepada contest besar Denaihati yang sedang dirancang di blog Denaihati. 24 jam selepas entri mencari sponsor disiarkan beberapa sponsor telah diterima antaranya Wang Tunai, Blackberry Bold 3 dan Samsung Tab 2. Berdasarkan email ada banyak lagi pertanyaan pihak individu dan syarikat yang berminat nak jadi sponsor kepada contest yang bakal dianjurkan.
Rakan Blogger nak tak kalau hadiah utama contest yang bakal dianjurkan adalah kereta Perodua Myvi Extreme? Aku yakin semua nak terutama yang belum ada kereta lagi. Siapalah nak sponsor hadiah semahal tu melainkan PERODUA tapi nak ke PERODUA pandang blog Denaihati. Tidak mustahil tetapi agak susah sikit jadi janganlah kita mengharap bulan jatuh ke riba.
Percaya tak ada yang nak sponsor hadiah Myvi 1.5 Extreme tapi dengan syarat beliau menang hadiah RM100ribu yang dianjurkan oleh DEALMATES. Apa kata kita semua support beliau untuk menang contest DEALMATES. Mudah je ikut cara-cara dan syarat yg ditetapkan :
  • Mesti warga Malaysia yang ada MYKAD
  • Mesti ada akaun FACEBOOK
  • Klik link referral ini DEALMATES
  • Daftar akaun DEALMATES atau connect menggunakan Facebook
  • Kongsikan entri “Win RM100,000 Cash from DealMates.com” di Facebook anda.
  • Isikan data beribadi nama dan no hp untuk pengesahan pemenang
  • Paling best anda juga layak untuk menang RM100ribu setelah melakukan semua di atas.
Jadi jangan tangguh lagi jom klik link ini DEALMATES untuk support kawan kita menang RM100k yang dah janji nak sponsor Myvi 1.5 Extreme. Bayangkan drive PERODUA Myvi Extreme di lebuhraya Utara Selatan mesti boleh pulun cecah 180km/jam. Blogger Ariffshah pun join contest ini jadi kenapa tidak kita.
Ranking terkini : No 3 (Mari kita ramai-ramai bantu supaya jadi No 1)
Nota : Kepada individu dan syarikat yang nak jadi sponsor contest blog Denaihati sila klik “Sponsor Contest Besar Denaihati“.
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved