Baby Gown

on Isnin, Disember 03, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Projek crochet yang sudah lama tertangguh dan hampir siap. Kali ini baby dress/baby gown muncul dengan gabungan antara benang kait dan kain ela.

Dalam perancangan aku, nak buat 2 versi iaitu baju tangan sangkut atau tanpa lengan macam di bawah ini dan baju yang mempunyai lengan pendek (projek masih belum dimulakan).

Gambar kurang memuaskan.

Sebenarnya gown ini belum siap sepenuhnya. Aku belum jahit butang kiri dan kanan dan belum kait 2 kuntum bunga untuk diletakkan berdekatan butang kiri dan kanan baju tersebut. Jika ada pelanggan yang tak suka bunga, boleh digantikan dengan ribbon kecil di situ.

Gown ini menggunakan benang local dan kain cotton viscos untuk bayi berusia antara 1 tahun dan ke atas. Untuk umur yang kurang dari 1 tahun, boleh bagi ukuran lilitan dada dan pinggul supaya baju tu boleh melepasi dada dan pinggul bayi.

Harga.
Pasti ada yang bertanyakan harganya. Jika Cardigan Dewasa, harganya mencecah RM130 dan ke atas, baju untuk kanak-kanak murah sedikit dari itu.

Benang Local (Benang Jenama Nona, Minlon atau Ondori)
1 tahun = RM45
2 tahun = RM50
3 tahun = RM55

Benang Import (Cotton Indon/ Benang Rajut, Acrylic jenama Venus/ Knitting dan sebagainya)
1 tahun = RM70
2 tahun = RM75
3 tahun = RM80

Jika menggunakan benang jenama Alize, harganya berbeza dan mahal sedikit dari harga di atas. Sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan komen di sini atau melalui contact form di menu bar.

Jika berminat untuk menempah, sila hubungi/pm saya di facebook Iza Arm Crochet atau Iza Arm  atau sms di talian 0175516307. Bayaran deposit minimum RM10.



Ranking: 5

8 comments

1 Disember 2012 pada 4:41 PTG

makin aktif mengait nampaknya
tahniah dan selamat maju jaya

1 Disember 2012 pada 10:54 PTG

salam..
ermmm..cantik dan menarik

2 Disember 2012 pada 2:21 PG

x nk buat butik ker?..khas utk baby ker..ade potensi tu..

2 Disember 2012 pada 10:32 PTG

hebat...nampak sempurna, cantik...ada kedai butik ker mana-mana ker?

2 Disember 2012 pada 11:27 PTG

@Norizwan
Terima kasih.
Tak ada la, jual online je.

2 Disember 2012 pada 11:28 PTG

@tehr
Ya, makin hari, makin jatuh cinta dgn benang kait..

2 Disember 2012 pada 11:29 PTG

@Zulkbo zulkboCom
W'salam.
Terima kasih..

2 Disember 2012 pada 11:31 PTG

@JebengOtai™
Belum ada modal nak buka butik..hehe..
Nak jual online je la senang, tak payah nak sewa2 tapak/kedai.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved