Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Hampir seminggu sudah, aku berada di kampung dan mungkin akan terus di kampung sehingga pertengahan bulan 12. Walau bagaimanapun, benang tidak dilupakan. Aku angkut juga bawa balik ke kampung.
Usaha-usaha murni tetap diteruskan di kampung dan hasilnya....
Gambar kurang cantik sebab ambil guna handphone murah je. DSLR terlupa nak angkut bawa balik bersama (gara-gara benang punya pasal).
Cardigan ini aku buat untuk puteriku yang sulung (5 tahun). Teringin sangat nak pakai baju ala-ala vest gitu sampaikan aku tak sempat nak siapkan lengan cardigan tu.
Saiz asal cardigan tu pendek tetapi sengaja aku tambahkan pattern pineapple bewarna pink di bawahnya sekadar untuk menampakkan kelainan.
Jika ada yang berminat untuk menempah, boleh hubungi aku atau sms di talian 0175516307.
Gown baby dalam proses...tunggu.....
Ranking: 5
JOM BACA LAGI
Granny Striped Bag Pattern
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Beg paling besar pernah aku buat iaitu Granny Striped Bag. Walaupun ini beg paling besar tapi saiznya adalah saiz sederhana. Muat untuk isi kain ... readmore
Belajar Buat I-Cord
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Beg kecil pattern kulit kerang dengan tali i-cord. Menggunakan benang dari Bangkok. Hasil yang sempat aku buat sebelum pergi bercuti.
Destin ... readmore
Baby Cardigan
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Ketika post ini di publish, aku mungkin sudah berangkat ke luar negara. Dua hari lepas, aku pulun siapkan baby dress ini untuk sertai pertandinga ... readmore
Cardigan Dewasa
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Hari ini merehatkan jari-jemariku sebentar dari projek mengait. Di bawah ini ada beberapa contoh Cardigan dan Vest yang sempat aku tengok. Unt ... readmore
Crochet Baby Hat
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Selama seminggu balik bercuti di kampung dan kembali semula ke Perak. Aktiviti blogging terasa semakin tersisih kerana tumpuan diberatsebelahkan ... readmore
15 comments
memang versi tak berlengan ye yang ni ?
boleh tahan jugak dengan kombinasi warna camtu..
Ada lengannya cuma tak sempat nak siap lagi.
Kena cari kamera digital kompak yang elok sedikit.
Dah ada kamera compact tapi itu la, ada kemudahan, tak nak guna, semuanya tinggal kat rumah.
ala ala cute nya
rajin betul iza mengait
sampingan je kak..
Terbaik Kak Iza. Cantik bajunya.
Terima kasih.. :)
wah...mmg ada bakat besar pn iza kita ni..hebat!
kita tunggu hasil lain pulak nanti =)
Tak besar mana pun bakatnya, baru nak mengasah bakat..hehe..
Kak, kalau versi dewasa buat jugak tak?
Dan berapa RM? :D
Kalau nak, boleh la buat. Bagi contoh baju atau nak bentuk macam mana. Harganya bergantung pada pattern baju dan jenis benang.
mak pandai buat. saya buat..tak pernahnya jadi..
Tak boleh putus apa...cuba lagi..
amik gambar biasa cantik juga design baju...cuba amik gmbr DSLR...mesti lagi cantik...
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini