Hiasan Kereta

on Rabu, September 26, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Patutnya hari ni wordless wednesday tapi bila dah ada peluang menulis ni, rasanya nak menulis saja. Setelah menyiapkan Rose Garden Tote Bag, masih ada lagi projek yang perlu disiapkan iaitu Granny Square untuk kawan-kawan.

Hasil crochet di bawah ni untuk hiasan dalam kereta baru. Setahun lebih menunggu, akhirnya impianku tercapai. Segala jenis kereta yang dibayangkan sebelum ini langsung tak ada dalam senarai. Betul kata rakan2 blogger, kesedihan lalu akan terubat kembali.

Inilah permulaan hiasan yang aku kait untuk diletakkan dalam kereta. Boleh letak pewangi dan sebagainya. Boleh juga dijadikan cenderahati/ cenderamata untuk tetamu di majlis perkahwinan. Dalam tu aku letak sabun wangi je. Rupanya macam sarung kotak tisu tapi aku buat kecik sikit agar padan dengan saiz kotak sabun.


P/s: Aku sudah berada di kampung tika ini mungkin selama seminggu.
-autopublish-
Ranking: 5

8 comments

26 September 2012 pada 12:56 PG

Macam pernah melihat sarung kotak tisu.

26 September 2012 pada 8:17 PG

mmm... sudah ada kereta baru... patut la lain macam jer semangatnya...

26 September 2012 pada 10:30 PTG

mmg kreatif..leh jana pendptan.. :)

29 September 2012 pada 3:56 PTG
29 September 2012 pada 3:56 PTG

@JebengOtai™

InsyaAllah..

30 September 2012 pada 9:20 PG

Macam comel jer hasil tangan yang dibuat tu... mesti lama gak nak siap mengait benda sebegini kan?

30 September 2012 pada 9:06 PTG

comel sangat
aku pernah tengok sepupu mengait
lamanya nak siap... tengok pun jadi ngantuk
hehe

27 Oktober 2012 pada 7:21 PG

ehmmm...ingatkan hiasan lelaki

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved