Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Sudah lebih seminggu aku bertungkus-lumus menyiapkan Rose Garden Tote Bag ni. Sebenarnya ini merupakan kali pertama aku menyertai Contest CAL (Crochet A-Long) bersama kawan-kawan dalam group Yarn Lovers Malaysia dan ini lah hasilnya..
Beg yang bawah ni hasil kerja tangan Mat Saleh iaitu Michele Wilcox. Rose siapa lagi cantik? (masuk lift tekan sendiri...) Gurau je..
Contoh pattern yang diberi
Penganjur telah memberikan pattern Rose Garden tapi aku tak pandai nak ikut wording yang diberi. Jadi aku ubah sikit pattern nya menggunakan versi Basket Weave untuk beg dan membuat beberapa kuntum bunga ros, daun-daunnya, ribbon dan sedikit benda kerinting-kerinting tu (entah apa namanya) sebagai hiasan bagi memenuhi tema Rose Garden.
PEMENANG AKAN DIPILIH BERDASARKAN KREATIVITI, MUTU, KEKEMASAN & KESUNGGUHAN PESERTA OLEH JURI YANG BERTAULIAH DALAM BIDANG CROCHET.
Hadiah yang disediakan pasti disukai oleh peminat crochet iaitu benang kait. Kemenangan bukan lah impian utama aku tapi kepuasan untuk menghasilkan sesuatu itu yang lebih penting.
Jika ada yang berminat untuk tempahan, sila isi contact form di menu bar dan sertakan sekali warna pilihan.
6 comments
Serius, cantiknya~
:)
rajinya..hehe
comelnya
memang sakit leher nak siapkan ni
kalau aku buat, tak tahu bila akan siap
huhu
Ada kemahiran mengait. Boleh buat duit.:-)
kaler merah tu cantik..tak jual ke..
@MaMa Rey
Kalau nak boleh order menggunakan contact form kat menu bar. Boleh nyatakan warna dan saiz tinggi dan lebar. Deposit minimum RM10.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini