Daftar Perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

on Isnin, Ogos 27, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Masih ingatkah entri yang bertajuk Apa Dah Jadi? Macam la besar sangat masalah tu. Tak la besar mana pun.

Sebenarnya, masa tu aku cuba daftar melalui online di MyPortal dan SSM untuk daftarkan nama perniagaan. Dalam 3 minggu juga aku berusaha untuk daftar tetapi tak berjaya. Daftar di MyPortal dan SSM boleh tetapi apabila untuk mengisi borangnya, amat la bermasalah. Asyik suruh sign in sahaja sedangkan sudah berkali-kali aku sign in. Selepas 3 minggu, aku dah mula give up untuk daftar melalui online. Kalau nak pergi terus ke pejabat SSM Ipoh, tak ada sesiapa nak bawa aku ke sana.

Akhirnya terpaksa la aku bersabar dan menunggu masa untuk balik ke kampung. Minta tolong juga dengan bapa mertuaku. Alhamdulillah, dua hari sebelum raya 2012 (pada hari Jumaat), aku sudah berjaya mendaftarkan perniagaan dengan SSM.

Pendaftarannya mudah sahaja. Jangan lupa bawa salinan MyKad dan bayaran pendaftaran. Prosuder pendaftaran:

1. Isi borang
2. Ambil nombor
3. Bayar wang pendaftaran
4. Terima satu salinan perakuan pendaftaran perniagaan dari SSM.

Mulai Julai lepas hingga Disember 2012 ini, pendaftaran perniagaan untuk 5 tahun hanya dikenakan bayaran sebanyak RM60 untuk nama komersil dan RM50 untuk nama mengikut MyKad. Kiranya murah la jika dibandingkan dengan sebelum ini yang mengenakan bayaran RM30 setahun untuk nama asal dan RM60 setahun untuk nama komersil. Jadi pada sesiapa yang berminat untuk memulakan perniagaan, jangan lepaskan peluang ini.

Selesai sudah satu perkara. Puas rasanya apabila perkara yang dihajati sudah terlaksana. Jangan ditanya perniagaan apa yang aku usahakan. Macam-macam ada. Pendek kata, macam-macam jenis perniagaan aku senaraikan ketika daftar untuk masa akan datang.

Lepas ni, fikir pulak nak memulakan perniagaan apa yang ada potensi untuk maju. Ada cadangan?

Ranking: 5

9 comments

27 Ogos 2012 pada 3:04 PG

langkah semakin ke depan ni
selamat maju jaya

pernah juga ke SSM masa daftar kedai runcit untuk mak saya

27 Ogos 2012 pada 8:54 PG

Tak tahu pula apa yang baik untuk diniaga sbb semuanya dah ada orang jual...bab ni memang otak aku tak berkembang.

27 Ogos 2012 pada 1:10 PTG

Sepatutnya pendaftaran online ini memudahkan agaknya perlu mengunakan browswer IE kot.

27 Ogos 2012 pada 6:37 PTG

Tahniah dah berjaya daftar. Moga perniagan berjaya. Semakin mudah n murah untuk daftar perniagaan sekarang.

27 Ogos 2012 pada 8:18 PTG

kalau bisnis online kena daftar juga ke?

28 Ogos 2012 pada 12:22 PG

sudah ada syarikat sendiri..alhamdulillah mudah mudahan rezeki berkembang..

28 Ogos 2012 pada 12:32 PG

Guna aplikasi online diorang memang buat sakit jiwa, daftar di kaunter jugakla yang senang. :)

Tanpa Nama
9 September 2012 pada 2:45 PTG

ssh nya nak daftar onlie ssm ni..nampaknya terpaksalah saya ke seremban...sudahlah sy ni duk jauh n nk buat kene g pula seremban..adhai..tepkasa pula tungu suami cti br dpt pergi..apapn tepaksa sabar jerlah..labih baik xperlu ada online daftar dr awl2 dah meyusahkan..

Tanpa Nama
9 Mac 2013 pada 4:35 PTG

Teringin juga aku nak buat macam tu

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved