Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Terbenamnya matahari pada hari ini menandakan bermulanya bulan yang mulia iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Di kesempanan ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak pada semua Muslimin dan Muslimat di mana sahaja anda berada. Moga di bulan yang barakah ini, bersama-sama kita menggunakan masa yang ada bagi mengumpul saham akhirat, InsyaAllah.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir" (Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)
Oleh itu, berdoalah sebanyak mungkin, mudah-mudahan Allah makbulkan doa bagi hambanya yang berpuasa. Selamat bertarawih dan selamat berpuasa.
13 comments
Ramadhan yang dirindui..raja segala bulan.
Bulan Ramadan menjelma kembali,
Puasalah kita selama sebulan,
Satu perintah amalan yang murni,
Ganjarannya penuh dengan keberkatan.
Berlapar dan dahagalah kita semua,
Untuk menguji hambanya setara mana,
Adakah berbangga dengan kedatangannya,
Atau sekadar biasa-biasa saja.
Puasa Ramadan perlu dihayati,
Bulan yang penuh keberkatan,
Taabahkan amalan selagi terisi,
Untuk menambah pahala sebanyak mungkin.
Solat Terawih jangan dilupa,
Ganjarannya tidak dapat digambarkan,
Yang menentukan hanya Allah yang Esa,
Bertapa istimewanya bulan Ramadan.
Salam Alaiyka,
Selamat Menyambut Ramadhan : )
Semoga Ramadhan tahun ini mendapat barakah. AMin
Selamat menjalankan ibadah puasa yang bakal bermula hari Sabtu ini.
Selamat menyambut bulan keberkatan Iza. Moga lebih baik dari yg lepas-lepas. Maaf dari kakak ye.
selamat menyambut ramadhan Al-Mubarak.. semoga ramadhan kali ini akan memberi keberkatan kepada kita semua.. amin
selamat berpuasa kak..
As Salam, tak sabar rasanya nak berpuasa. Salam Ramadhan dari saya.
Salam..
Selamat menyambut Ramadhan dan beramal
di dalamnya..semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna
buat kita semua.. amiin
salam ramadhan dan selamat berpuasa :)
selamat menjalani ibadah ramadhan untuk iza sekeluarga..
p/s : headband tu nanti sy ukur saiz kepala anak dulu tau..asyik terlupa je..
Selamat menyambut ramadhan al mubarak kak..hehe
Selamat menunaikan ibadah puasa :)
Nice blog :)
salam kenal sobat :)
Buatlah hari esok lebih baik dari sekarang !
di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini