Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Tak ada idea untuk aku coretkan di sini sejak hari rabu lepas. Nak blogwalking pun tak ada semangat. Aku ada buat satu perkara tapi belum berjaya lagi. Sebab tu blog ni tak ber up date beberapa hari. Rasa sedikit tertekan apabila perkara yang dihajati belum terlaksana.
Nak minta tolong pada hubby pun, aku tengok dia pun sibuk dengan audit di office nya. Jadi terpaksa la aku lakukan seorang diri. Bagai nak pecah kepala memikirkan perkara ni. Sudah banyak kali juga aku cuba tapi belum berjaya.
Apabila tak berjaya, mula la aku nak minta tolong pada bapa mertuaku ataupun abang iparku. Mungkin mereka arif dalam bidang ini tapi hati aku selalu menegaskan bahawa aku mampu untuk buat sendiri, buktikan kemampuan diri, cuba untuk berdikari dan lakukannya sendiri tanpa bantuan orang lain.
Minggu ini akan aku cuba lagi untuk selesaikan sendiri perkara tersebut. Kalau tak berjaya juga, terpaksa lah aku minta tolong pada orang lain. Aku dah letih mencuba untuk beberapa hari lepas. Setiap kali tak berjaya, aku rasa macam nak keluar maraton atau joggaton beberapa round di taman perumahan ni.
Sudah banyak kali aku search tapi kebanyakkannya pergi sendiri tanpa melalui online. Kalau la dekat, segera boleh aku selesaikan.... Jika melalui online ni, tau-tau saja kan, langsung tak mesra pelanggan ditambah dengan laman yang sedang dinaiktaraf, kadang-kala buat sakit hati asyik berada di ruangan yang sama.
23 comments
:D Banyakkan bersabar..
sampai..
jgn brhnti mncuba
InsyaAllah..
entah apa lah benda tu ye?? nak tau jugak
Dah berjaya nanti,akan diberitahu..
salam..
apalah masaalahnya
ni kan..?bawalah bersabar
W'salam..
Tak boleh bagitau lagi,
takut tak berjaya nanti..
Boleh saya tolong
Kalau orang lain boleh tolong,dah lama saya minta tolong..hehe..
apa dah jadi ye ? misteri jugak entri ni..
Belum jadi apa2 lagi..
baru sekerat jalan..
bersabar, saya pun lagi down sekarang. huhu
Ya, kena banyak bersabar..
apa masalahnya ni??
Tak boleh nak cerita selagi tak berjaya..
mungkin kene rehat..idea tu akan dtg nnt.. :)
Macam mana cara nak rehat ye?
Tak sah kalau tak buka internet walaupun sekadar melihat
Apa menda akak? Ish tak suka betol tertanya cam ni.. Hahaha
Tak boleh nak bagitau lagi..
sabar ye..hehe..
Mesteri sungguh entri ini kerana tidak tahu hujung dan pangkalnya.
Sungguh misteri.
Sampai ke hari ni, saya masih mencuba..belum berjaya.
kes nak buat tapai ka ni?
cam besar sangat prob nya...
terus berusaha...insyallah jaya...
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini