Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Desinifi Dendam.
Dendam bermaksud benci yang teramat mendalam atau memendam perasaan yang amat dalam. Dendam terbahagi kepada dua iaitu dendam yang bermaksud jahat untuk membalas segala perbuatan kejahatan dan dendam yang bermaksud baik seperti menyimpan perasaan dendam (rindu) pada seseorang.
Tips Membalas Dendam.
1. Maafkan dia. Memang sukar untuk dilakukan tetapi InsyaAllah, kita dapat mendidik hati kita untuk ikhlas memaafkan seseorang.
2. Doakannya. Doakan perkara yang baik untuknya mudah-mudahan Allah memberi hidayah atau petunjuk jalan kebaikan padanya.
3. Sedekahkan Al-Fatihah padanya. Secara tidak langsung, kita juga akan mendapat ganjaran pahala.
4. Sentiasa ceria depan dia. Anggaplah tiada apa-apa yang berlaku antara kita dan dia.
5. Usaha kuat agar lebih hebat daripada dia. Jangan simpan perasaan cemburu membuta tuli sebaliknya tingkatkan keyakinan agar kita menjadi lebih hebat darinya.
6. Beri dia hadiah. Walaupun bukan hadiah yang mahal-mahal contohnya kad ucapan dan sebagainya.
7. Sebarkan perkara baik tentang dia. Jika kita menunding satu jari ke arahnya, ingatlah bahawa empat atau tiga jari lagi akan menunding ke arah kita kembali.
8. Bela dia jika orang kutuk dia. Walaupun pahit untuk dilakukan, kita disuruh untuk menutup aib orang lain.
9. Buat baik kepada anak-anak dan ahli keluarganya.
10. Pesan kepada anak-anak kita untuk buat baik kepada keluarganya. Insya Allah dia akan INSAF suatu hari nanti
Selamat mencuba.
12 comments
Untuk buat semua tu, kena latih hati sendiri...bukan senang sebab hati baik dan hati jahat sentiasa berlawan utk menguasai diri kita, kan....
suka tips no 3 - Al Fatihah memang banyak sgt manfaat nya
wahh, siap ada tips balas dendam lagi tu.
insa-allah dia akan insaf dan kembali mesra
dendam hanya merosakkan diri sendiri
Jika perbuatan dia kejam sangat, nak guna option paling atas, yang gambar tu. Lol. juz kiddin. Memaafkan adlah yang terbaik sbb penat nak benci2 dendam org ni kot.
bila berdendam, pusingannya takkan berkesudahan..
ni mcm balas dendam kat diri sendiri..tp mmg terbaek utk difikirkan.. :)
Dendam ni memang susah nak hilang dihati manusia,tapi kalau ikut perasaan memang hancur jadinya.
Salam alaiyka,
Terima kasih di atas perkongsian ini. Memang nak kawal perasaan tu bukan mudah. Itu sebabnya, dikatakan orang yang kuat itu adalah orang yang dapat kawal perasaan marahnya.
Nak balas balik dendam mudah ajer. Nak maafkan orang tuu perlu seribu tenaga untuk kita berubah. Ngehee
Selamat Hari Ahad : )
Dendam ni datang dari hati. Kena didik hati dulu baru boleh hilangkan dendam :)
Tip balas dendam selalu berlaku ditempat kerja. Apabila pekerja yang berhenti kerja kerana tidak puas hati dengan majikan mereka akan memberi masalah dengan dokumentasi. Kesian kepada yang mengambil alih kerja beliau terpaksa cuci taik yang ditinggalkan.
memang nampak mudah,tp saya melalui nya amat lah sukar..harap wajah cantik,curang pergunakan,perbodohkan org sekeliling,malah melayan lelaki dtempat yg sama tnp ada segan dan silu,asalkan kemewahan dimiliki,didepan keluarga pijak semut pon xmati,dbelakang liar nauzubilah.bagaimana dendam kesumat x membuak2?
Rs dendam nk sebar gambar bogel perempuan xdek otak ni. Hantar gambar mcm tu sbb nk pd suami saya. Tapi saya serahkan balasan perbuatan dia pd Allah Yg Maha Kaya.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini