Kelulusan Lesen Sementara Kepada Lynas.

on Jumaat, Februari 03, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

DENGKIL: Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) hari ini menegaskan bahawa keputusan meluluskan pemberian lesen kendalian sementara (TOL) kepada Syarikat Lynas dibuat selepas mengambil kira semua aspek. 

Ketua Pengarah AELB, Datuk Abdul Aziz Raja Adnan, berkata antara perkara yang diberi perhatian ialah aspek keselamatan, standard dan peraturan serta garis panduan yang ditetapkan oleh negara dan antarabangsa. 

Operasi syarikat itu akan dikawal rapi memandangkan lesen itu adalah sementara dan bukannya lesen terbuka kepada Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) untuk beroperasi di Gebeng, Pahang, katanya pada sesi taklimat media di sini, hari ini. 

Beliau berkata TOL boleh digantung atau dibatal jika syarikat itu tidak memenuhi syarat atau garis panduan yang ditetapkan serta permohonan lesen seterusnya juga tidak akan dipertimbangkan oleh lembaga itu.

"Mengikut syarat itu, mereka mesti memenuhi beberapa syarat sebelum kami keluarkan lesen. Pada masa ini, lesen belum dikeluarkan," katanya. Beliau berkata kelulusan TOL juga tidak bermakna AELB akan mengeluarkan lesen tetap operasi secara automatik kepada Lynas selepas tempoh TOL berakhir, sebaliknya syarikat itu perlu mengemukakan permohonan lain.

Abdul Aziz berkata permohonan baru itu perlu disertakan segala maklumat dan data berkaitan yang dikehendaki oleh AELB bagi membolehkan ia diputuskan sama ada diluluskan atau tidak. "Ia adalah satu proses yang sangat rumit...tapi kami di sini untuk menjamin keselamatan awam dan alam sekitar. Kami perlu mengadakan sistem pengawasan sebelum ia boleh dimulakan," katanya. 

Pada 30 Januari lalu, Mesyuarat Ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (Lembaga) meluluskan permohonan TOL Syarikat Lynas dengan beberapa syarat, antaranya pihak Lynas perlu kemukakan semua aspek berkenaan Permanent Disposal Facility (PDF). 

Selain itu, AELB berhak melantik perunding bebas untuk menilai kepatuhan Syarikat Lynas terhadap standard dan peraturan yang ditetapkan dan kosnya ditanggung oleh pemegang lesen. Semalam, Lynas Corporation Ltd menyambut baik keputusan AELB Malaysia memberikan lesen TOL itu. - BERNAMA


Ulasan:
Walaupun Kilang Lynas Di Gebeng ini mendapat bantahan banyak pihak, ia tetap diteruskan. Kalau tak bersetuju dengan projek tersebut, pasti akan dikatakan pro pembangkang. Dan kalau ada yang bersetuju, apa kepentingan yang diperolehi oleh penduduk setempat dari segala segi? Di bawah ini aku sertakan komen dari anon.



Entri lain:
Ranking: 5

7 comments

3 Februari 2012 pada 6:27 PTG

kenapa ye...asal ada yg membantah dikatakan semuanya kerja pembangkang... pelik juga. takkan nak tunggu terhantuk baru nak tengadah...

3 Februari 2012 pada 8:50 PTG

salam..
apa nak buat..rakyat bangkang pun
kerajaan nak lulus juga..tunggulah
bila rakyat bersuara nanti (PRU-13)

3 Februari 2012 pada 9:04 PTG

tk pe tunggu je la pru13.. umngok apa dia tau..tak boleh nasihat lansung..

4 Februari 2012 pada 1:41 PG

Bantah dalam hati jer lah he3....letih dah bantah tak jalan juga.

4 Februari 2012 pada 12:57 PTG

Aku lebih suka kita buat projek sederhana sahaja yg untung sederhana tapi selamatnya berkekalan

4 Februari 2012 pada 1:15 PTG

Hari itu beriya-iya kata selamat kenapa lambat sangat bagi lesen? IAEA pun sudah datang periksa. Lebih baik bagi lesen penuh buat apa lesen sementara kalau syarat sudah di patuhi melebihi 200%. Untuk buktikan operasi Lynas ini selamat.

Ini bari isu Lynas belum lagi Malaysia akan ada reaktor Nuklear sendiri pada masa akan datang untuk menampung bekalan tenaga elektrik kerana sumber fosil dalam negara semakin menyusut.

7 Februari 2012 pada 10:51 PG

salam;
sesiapa saja kalau dah berkuasa memang langsung tak nak dengar nasihat orang lain..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved