Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Seawal pagi aku bangun uruskan anak-anak. Selepas Alongnya ke tadika, adiknya pula perlu ditidurkan semula. Baby kecil tu pun sibuk nak bangun awal-awal pagi setiap hari.
Apabila semuanya sudah beres, tiba masanya aku masuk ke dapur untuk membasuh pinggan mangkuk yang ditinggalkan semalam. Kalau dulu, lepas je makan terus aku bereskan dapur dan kosongkan sinki tapi sejak Along sekolah, aku kena temankan anak-anakku tidur. Pinggan-pinggan yang kotor, postpone dulu basuhnya.
Kalau Along tidur lewat, susah nak jaga waktu pagi. Terpaksa lah aku temankan Along tidur. Adiknya pun kena tidurkan juga. Apabila keadaan dah gelap, aku yang pada mulanya hanya nak teman terus hanyut sama tidur hingga lah terjaga jam 3 pagi. Segera bangun untuk tunaikan solat Isyak dan sambung tidur semula.
Pagi ni memang bersemangat la nak clearkan semua benda. Buka je paip air....kuang..kuang..kuang...bekalan air sudah di stop. Padan muka aku, tak dapat nak basuh pinggan mangkuk yang bersisa. Nak masak pun tak bersemangat.
Aku tak diberitahu pun tentang sebarang notis untuk berhentikan sementara bekal;an air. Tiba-tiba sahaja air dah tak ada. Biasanya hubby akan bagitau kalau terima notis di office.
Mungkin ini ada kaitan dengan wabak Gastroenteritis (AGE) yang menular sejak akhir-akhir ini di sini. Harap-harap kes ini cepat selesai.
Menurut berita yang aku baca, terdapat 188 kes jangkitan Akut AGE menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,444. Sudah 6 orang dimasukkan ke wad dan najis yang diuji dikesan mengandungi virus rotavirus.
Tak ada elektrik lagi baik dari tak ada air. Masih boleh teruskan hidup tapi kalau tak ada air, memang susah segalanya. Nak makan, kena basuh tangan. Air juga penghilang dahaga. Nak "u'uh" pun, kena guna air. Kalau tak ada air, susah nak hidup dengan sempurna.
Sudah lama tak jadi macam ni, air tak ada tiba-tiba. Harapnya, air cepat ada. Biasanya lebih kurang jam 1 petang dan ke atas air dah mula menitis.
16 comments
Salam iza,
Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik. Begitulah pada yang terkena AGE tu. Semoga mereka cepat sihat.
Air kena dimasak dulu sebelum minum. Walaupun guna penapis mahal.
Memang susah klo tak der air.
kak iza dok ipoh area tapah ker? hee saya dok ipoh gak hrum.tadi yong kak ipar bg tahu kt taman perumahan dia aur tak der.katanya jam 9 mlm baru ada heee
Air memang keperluan untuk kelangsungan hidup.. kalau tak de memang banyak perkara akan tergendala.
Bukan Tapah, Hutan Melintang. Dekat jugak la dengan Tapah. Ya ka? Kalau tau awal senang, boleh tadah siap2 simpan untuk masak. Tak lalu nak makan/ minum air tangki..
Betul la.
Orang yang masih ada perigi, selamat la. Boleh guna bila kecemasan.
W'salam..
InsyaAllah. Mudah-mudahan.
Tu la pasal.
Sekarang ni, bagi penapis air rehat seketika.
A'a..segalanya serba tak kena.
Air kalau tidak ada agak susah hendak menjalani kehidupan. Manusia boleh bertahan 7 hari dengan air tanpa bekalan makanan.
Ya, air sememangnya amat penting dalam kehidupan.
kesiannye kak iza.. kalau gitu, kene simpan stok airlah..
assalmualikum iza
maaflah lama ayu tak singgah sini..
terharu sbb iza rajin masuk blog ayu.
kalau melibatkan air, alahai.. mmg payah kehidupan nak diuruskan, kalau setakat eletrik masih okey lagi kan
ayu mendoakan masalah air akan sattle secepat y boleh, mudah2an
susah kalo takde air ni.. rasa rimas pun ada
Memang susah tu
Anak2 saya pernah mandi dengan air botol yg dibeli
Huhu
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini