Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Hari ini sudah genap 40 hari. Tempoh berpantang ada lebih kurang 4 hari lagi. Kalau 4 tahun lalu aku berpantang hingga 100 hari, InsyaAllah berpantang kali ini juga akan aku cukupkan sehingga 100 hari. Cuma bab makan ni susah sikit nak berpantang betul-betul.
Kalau dulu aku ada juga curi-curi makan kuih dan ais pada hari raya, berpantang kali ini adalah bersih dan telus. Tak ada curi-curi makan seperti dulu lagi. Ini kerana berpantang kali ini lain sikit dari dulu mungkin sebab aku dibedah dan ingin cepat sembuh. Aku pun tak teringin sangat nak makan. Dah puas aku makan masa mengandung dulu.
Memandangkan berat badan terakhir aku masa mengandung 65kg, kini sudah turun ke 51.5kg (minggu lepas) walaupun belum berbengkung. Cepat pulak surutnya. My hubby pun terkejut tengok aku sudah kurus semula. Belum sempat bersenam lagi. Ingatkan perlu ambil masa yang lama untuk kembali kurus. Mukaku yang bulat juga sudah kembali ke asal. Segala bengkak-bengkak kaki, tangan dan jari sudah surut. Sudah boleh pakai cincin semula.
Dan yang paling seronok sekali, aku dah nak balik ke Perak sebaik sahaja lepas pantang nanti. Betapa rindunya aku pada rumahku walaupun hanya menyewa. Entah macam mana la keadaan rumahku sekarang. Biasanya kalau aku dihantar balik ke kampung, alamatnya rumahku bagaikan tongkang pecah. Kain baju tak berbasuh dan sinki penuh dengan pinggan mangkuk. Bertambah letih bila tengok keadaan rumah ketika itu. Harap-harap kepulanganku kali ini ke rumahku seperti mana aku tinggalkan 3 bulan dahulu.
Menurut kata my hubby, ada sedikit kejutan dengan suasana yang baru nanti. Nak tau juga apa kejutannya nanti...
Jumpa lagi di entry akan datang....
5 comments
assalam iza
sekejap jer dah 40 hari. cepat nya masa berlalu. moga chat mak dan anak
pesan siap2 kat hubby, clearkan mana yg patut sebelum iza sampai rumah.
diam tak diam jer..
hishh.. saspen pula rasanya..
Salam;
Ya..tentu banyak yg kena buat nanti..tak apa suami akan tolong punya..
wah.. sonoknya dapat baby.. :) semoga ibu n baby sihat..
Salam..
kejutan manjang hubby dia..
ermm..saya ingat mesti
i pad 2 menanti di sana
he he..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini