Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Hari ini aku sudah selesai berpantang selama 44 hari. Berjaya juga akhirnya menahan segala selera. Yang bestnya, hari terakhir, mak mertuaku masak mee goreng bagi aku makan. Nak menolak takut kecil hati, maka aku makan la juga.
Dalam dua tiga hari ni aku sibuk sikit. Sibuk menunggu mak bidan (bidan kerajaan) untuk mengurut badan. Biasanya dua atau tiga hari selepas bersalin terus mengurut tapi itu jika bersalin normal la. Oleh kerana dibedah, aku buat keputusan untuk mengurut di akhir-akhir tempoh berpantang.
Proses mengurut dilakukan selama 3 hari. Kalau di kampung, sekali urut dikenakan bayaran sebanyak RM30 dan dibayar pada hari terakhir proses mengurut. Kiranya berbaloi la. Dari bacaanku dalam forum, ada yang dikenakan bayaran hingga ratusan ringgit untuk 3 hari. Mungkin mengikut tempat dan cara urutan serta penggunaan ubat-ubatan yang mahal kot. Aku hanya menyediakan minyak urut dari Amway dan minyak zaitun sahaja. Dulu aku menggunakan minyak tanak (minyak kelapa yang dimasak sendiri oleh mamaku).
Cara mengurut kali ini berbeza sedikit dari pengalaman mengurut anak pertama dahulu. Jika dahulu, tok bidan bertungku diikuti mengurut dengan tangan serta memijak dengan kaki, kali ini sekadar urut menggunakan tangan sahaja. Rasa ringan sahaja selepas mengurut. Berbengkung dan bertungku sahaja yang belum ku lakukan.
Hari Ahad ini aku akan balik ke Perak, InsyaAllah...
Mungkin ambil sedikit masa untuk aku aktif semula menulis seperti dulu. Maklumla, rumah dah tinggal lama sangat. Bila dah rasa selesa nanti, aku akan menulis lagi di sini...
Jumpa nanti di entry akan datang...
4 comments
salam..
alhadulillah..dah selesai
cepatnya masa berlalu kan..
baby nama apa erkk?
Yeayyyyy...skang ni pantang nampak makanan jer lah ☺☺☺
Kejap jer kan.
@zulkbo
W'salam...
A'a..rasa cepat pulak masa berlalu.
Eh, tak bagitau lagi ke nama baby? Namanya Syaidatul Safina Bt. Syamirul Amry.
@fiza
Betul..betul..betul..hehe..tapi niat di hati nak jaga makan, jaga badan.. :)
salam;
cantik nama baby..kalau kat sarawak berurut lepas bersalin/pantang disebut "berlangkir"..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini