Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Lagi 5 hari?
Betul ke?
Bukan 6 atau 7 hari lagi ke?
Apa yang 5, apa yang 6 dan apa yang 7?
Tarikh nak raya ke?
Sebenarnya aku tengah membilang hari untuk bersalin. Mengikut jangkaan, 27 Ogos ini genaplah 9 bulan 10 hari. Jika dilajakkan sedikit selepas raya, Alhamdulillah...bukan sebab tak payah bayar zakat fitrah ataupun tak sabar nak sambut hari raya, tapi selamatlah puasa ku selama sebulan lengkap tanpa tertinggal walaupun sehari, mudah-mudahan.
Sekarang ni memang dah tak ada semangat nak sambut hari raya. Baju, kasut atau tudung raya langsung tak teringin nak membeli. Asyik terfikirkan bila agaknya nak bersalin. Sudah tak terdaya untuk membawa ke sana ke mari. Kaki ku sudah lama membengkak dan tidak dapat lagi menampung berat badan jika terlalu lama berjalan atau berdiri.
Patut la Allah janjikan ganjaran pahala yang besar bagi wanita hamil. Syukurlah, aku dilahirkan sebagai seorang wanita. Hanya wanita yang sanggup hadapi semua ini. Ada tak lelaki yang mahu tanggung beban seperti wanita hamil? Kalau nak cuba, boleh aja. Cuba gantungkan beberapa ketul bata seberat 15 hingga 17 kilo di lehet atau di perut sepanjang 9 bulan. Sanggup tak?
Pernah aku bertanya pada my hubby seawal kehamilan dulu, sekitar 3 bulan pertama. Ketika ini segala perasaan ada. Dengan loyanya, tak boleh berbau benda pelik-pelik dan macam-macam yang perlu dialami. Sanggup tak kalau tukarkan perasaan yang aku dialami ketika itu dan mengharungi segala perit-getir alahan mengandung. Dengan perasaan simpati my hubby menjawab, "Jangan la, tak sanggup rasanya nak melalui semua tu. Mana nak cari rezeki lagi".
Kesian juga pada wanita-wanita mengandung yang bekerjaya, mesti lagi mencabar untuk menghadapi situasi di awal dan di akhir kandungan. Memang patut pun lelaki (wanita pun) perlu menghargai wanita sebagai isteri terutamanya yang bergelar ibu.
Jika inilah entryku yang terakhir, ingin ku pohon jutaan kemaafan pada semua blogger andainya selama ini aku ada melakukan kesilapan atau terkasar bahasa dalam gurau senda mahupun ketika meninggalkan komen. Jika dipanjangkan umur, akan aku kembali mencoret cebisan idea mahupun pengalaman atau cerita yang tersisa.
Selamat berpuasa dan selamat hari raya.
Assalamualaikum...

14 comments
salam..
Allah maha mengetahui..
tak kiralah hari apa
bersalin, janji ibu dan
anak sihat..ermm..saya pula
yang rasa berdebar nih..
:)
kalau lahir hari raya
banyak kenangannya..
bukan selalu orang bersalin
hari ini..namakan Aidilfitri
dah tentu sedap di dengar..
assalam iza
menghitung hari rupanya. semoga dimudahkan segala urusan oleh Nya
maaf jua dipinta jika ada terkasar bahasa tersinggung rasa. selamat menyambut eidulfitri. semoga sambutan kali ini membawa seribu kebahagiaan.
salam kak iza..
insyaAllah, akn dpt berjumpa lg..
semoga proses kelahiran akn berjalan dgn lancar..smoga akk dikurniakan baby yg sihat..
sekali bkn 27 dia nk kuar? dia pilih 31 ogos..hehe
aku rasa terlajak la. Orang rumah aku semua lima orang tak pernahnya tepat. Yang hero tu siap lambat sepuluh hari
Salam;
kita doakan yang baik2 untuk Tu..mudah2han selamat bersalin dan mendapat baby sihat walafiat...amin.
Iza, good luck. Doa saya smoga semuanya berjalan dengan lancar ☺☺☺
Selamat hari raya untuk iza & family.
@zulkbo
W'salam..
Terima kasih atas doa tersebut..hehe, berdebar ye?
Itu kalau lelaki, kalau perempuan, nak namakan apa pulak?
@wachak
W'salam..
InsyaAllah...Amin..
@adele
W'salam..
Terima kasih...InsyaAllah..
Ya la, tunggu punya tunggu, 31 Ogos dia keluar...jadilah anak merdeka..
@EmpayarUtama
Ya ka?
Adehh...lambat lagi la tu, dah tak larat nak membawa dah nih...tp kalau terlajak, boleh juga merasa juadah hari raya nanti..
@yusuf Laili
W'salam..
Terima kasih atas doa tersebut, InsyaAllah..Amin..
@fiza
Terima kasih..
InsyaAllah..
salam..
saya tak tau pun akak mengandung dan tgh menghitung hari. semoga semuanya selamat ye kak. kalau 27 hb tuh lahirnya sama birthday dgn saya tuh. hehe. Semoga dipermudahkan segala urusan akak.
moga selamat bersalin iza..miza dah 27 hari dah..walau tercepat 3 mgu lbh..tp hepi gak bersalin dlm kelam kabut takda persiapan awal..hehe
Mudah-mudahan dipermudahkan Allah segala urusan ke atas kak Iza...amin...
@eiela
W'salam...
Ya ka? family akak sendiri pun ramai yang tak tau akan pregnant sebab jarang balik kg. Saja nak buat supprise. Oh ya ka? 27 Ogos ni ek? Hmmm..Happy birthday (kot2 tak sempat nak ucap nanti). Mudah-mudahan...Terima kasih.
@Lydia Miza(Aidyl Azim)
InsyaAllah...dah 27 hari ke? rasa macam baru je bersalin..cepat juga masa berlalu ya...Tak apa, asalkan ibu dan anak sihat kan...dah terlepas waktu2 kritis kan...tahniah..
@abgreds
Aminn...
terima kasih abgreds atas doa tersebut..
Ahli (1206) follow me back friend + tukar link banner/exchange banner sudah terpasang di
http://blogyoutobe.blogspot.com/2011/07/link-friends.html
SalamX..!!
Wah~! Bestnyer nak sambut orang baru... Syabas Syabas... Syabas...!!
Kami do`akan Selamat Menimang Cahaya Mata.... Ini bukan Ahmad Albab... tapi ini Ahmad Syahwal....!!
Syabas...!! :)
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini