Luahan Rasa

on Ahad, Mei 22, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.Justify Full
Pertama sekali aku memohon maaf pada semua andainya coretan kali ini membuatkan kalian rasa tidak selesa. Gara-gara aku tak dapat langsung nak melelapkan mata, biarlah aku coretkan di sini moga-moga setelah semua yang terpendam dalam hati dapat ku lepaskan, hatiku akan menjadi lebih tenang.

Ini adalah gara-gara laman sosial Facebook. Pada sesiapa yang berkenaan, aku terpaksa singkirkan kalian dari senarai kawan. Mohon maaf sangat-sangat pada sesiapa yang berkenaan. Bukan aku membenci tetapi demi menjaga maruahku, keluargaku, menjaga hati semua pihak terutamanya my hubby, aku perlu berbuat demikian.

Aku jarang menulis apa-apa di wall Facebook aku melainkan ping blog, promosi iklan churp-churp, like, atau meninggalkan komen di wall orang lain. Boleh dikira berapa kali aku menulis di wall sendiri jika aku tak ada apa yang nak dibuat.

Sebelum menulis apa-apa komen di wall aku, kenali dulu siapa sebenarnya aku. Untuk pengetahuan pada sesiapa yang berkenaan dan pada sesiapa yang belum tahu, aku adalah isteri orang, bukan bujang dan bukan janda. Siap ada lagi di situ dengan siapa aku berkahwin. Jadi kalau nak komen apa yang aku tulis di wall Facebook tu, agak-agak la sama. Jangan main redah saja.

Wall Facebook tu bukan "kau dan aku" sahaja yang baca, seluruh dunia baca. Aku ada ramai kawan, saudara-mara, mertua dan suami yang membaca apa yang tertulis di wall aku. Mana aku nak letakkan maruahku sebagai seorang wanita merangkap isteri orang? Walaupun tulisan tu hanya beberapa patah perkataan, mungkin sesiapa yang berkenaan menganggap perkara itu remeh namun ia amat memberi kesan yang mendalam dalam jiwaku.

Nasib baik aku online serentak bersama my hubby. Kalau la my hubby berada berjauhan dariku, mungkin perkara kecil ini akan merubah hidupku dalam sekelip mata. Mungkin aku akan dilabelkan sebagai perempuan gatal, galak dan yang seangkatan dengannya.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya dan nak tau apa tulisan yang mengganggu jiwaku itu kan? Malam semalam aku sengaja menulis di wall Facebook "Dua tiga kucing berlari...." Dalam masa beberapa saat my hubby tinggalkan komen mengajak aku untuk keluar malam di ruangan tersebut ("jom keluar makan......"). Dengan segera aku menulis tanda persetujuan dan terus menutup laptop.

Apabila balik dari makan malam, aku dan suami sama-sama membuka laptop dan netbook masing-masing. Terkejut aku dengan komen yang ditinggalkan oleh sesiapa yang berkenaan merangkap seorang blogger lelaki bujang menulis "jom keluar dating......" di bawah komen aku dan suamiku. Sebagai seorang suami, apa anda akan rasa jika lelaki lain meninggalkan ayat sebegitu kepada isteri anda?

Kalaulah pembaca berada di tempat aku? Bagaimanakah perasaan anda ketika itu?
Mungkin sesiapa yang berkenaan menganggap ianya hanya suatu gurauan tapi tidak bagi aku kerana ayat tersebut seolah-olah aku boleh dipermainkan, diajak ke sana ke mari bagaikan seorang perempuan murahan. Kenapa mesti tulis komen sebegitu sedangkan di wall yang aku tulis tu adalah komen dari suamiku sendiri. Bukan orang lain atau lelaki-lelaki lain yang sesuka hati boleh mengajak perempuan keluar malam-malam. Itu adalah suamiku sendiri.

Ayat tersebut telah mengecewakan aku dan amat menyakitkan hatiku. Buktinya aku langsung tidak boleh melelapkan mata apabila mengingatkan ayat tersebut. Entah dah berapa ribu orang yang telah baca komen itu. Aku terpaksa delate dan singkirkan sesiapa yang berkenaan dari senarai rakan untuk kebaikan atas nasihat my hubby. Nasib baik mood my hubby masih boleh dikawal, silap-silap aku yang kena marah. Kalau marah saja masih boleh diterima, silap-silap hari bulan lain pulak yang jadinya.

Selagi kita dianggap sebagai seorang kawan, hargailah pertalian tersebut dan jangan cemarkan ia dengan kata-kata yang tak enak di dengar. Paling utama, jagalah hati orang. Aku juga memohon maaf (walaupun lambat lagi nak raya) andainya aku ada terkasar bahasa dalam pergaulan seharian dalam alam maya ini.
Ranking: 5

8 comments

22 Mei 2011 pada 9:09 PG

itulah keburukan facebook kak Iza..org tak berfikir sblum post atau tulis apa2 di komen org lain..

22 Mei 2011 pada 10:08 PG

salam Azila..perangai org nie mcm2.atie pon jarang FB kecuali klu klu kena add tuk join GA?contest & nk gebang2 ngan adik beradik atie...

22 Mei 2011 pada 11:44 PG

kadang2 ini yg mereka terlepas pandang..main redah saja nak komen apa..nak komen lawak lucah..komen lawak bodoh..pun ada..kalau lah saudara2 sy nampak..sepupu..kakak..abang..x ke malu saya?? agak2 la..sy ckp mcm tu sbb saya pun pernah merasa sebegini..

22 Mei 2011 pada 1:38 PTG

assalam iza.

Bila dah timbul masalah mcam ni, elok ar kasi clear semua. sib baik asben ko bleh paham.

22 Mei 2011 pada 1:58 PTG

salam Cik puan..
demi mengeruhkan keadaan
cadangan saya delete je
akaun lama..buka saja yang
baru..pilih di kalangan keluarga
dan terdekat sahaja sebagai ahli

23 Mei 2011 pada 3:01 PTG

saya sarankan agar approve keluarga sahaja atau kawan yang betul² tahu bahawasanya akak sudah bersuami.

23 Mei 2011 pada 4:37 PTG

Yer lah iza, delete yg lama. Saya pon jarang update status kat wall, just ping blog jer.

23 Mei 2011 pada 8:13 PTG

PEMBETULAN:

erppp..bukan mengeruhkan
menjernihkan..alahai..tak
perasan la pulak...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved