Salam 1 Dunia.
Hari ini aku cuba mencuri sedikit masa untuk up date blog setelah hampir seminggu aku membiarkan ia terus usang. Seumur hidup aku, aku hanya punya 4 buah diary sahaja untuk tahun-tahun tertentu kerana aku cukup malas untuk menulis diary dan kadang-kadang terlupa untukku coretkan sesuatu.
Itulah sebabnya aku tak punya diari setiap tahun. Hanya membazir sahaja jika setiap helaian hanya dibiarkan kosong. Namun begitu, aku berpegang pada kata-kata seorang guruku. Katanya, "Diari seseorang tidak semestinya sebuah buku yang perlu ditulis setiap hari." Hati juga boleh jadi/merupakan sebuah diari bagi seseorang. Walaupun tiada tulisan yang dicoretkan, namun tetap ada lakaran perasaan atau ingatan tentang sesuatu.
Diary separuh bulan Disember 2010:
Hari ini aku cuba mencuri sedikit masa untuk up date blog setelah hampir seminggu aku membiarkan ia terus usang. Seumur hidup aku, aku hanya punya 4 buah diary sahaja untuk tahun-tahun tertentu kerana aku cukup malas untuk menulis diary dan kadang-kadang terlupa untukku coretkan sesuatu.
Itulah sebabnya aku tak punya diari setiap tahun. Hanya membazir sahaja jika setiap helaian hanya dibiarkan kosong. Namun begitu, aku berpegang pada kata-kata seorang guruku. Katanya, "Diari seseorang tidak semestinya sebuah buku yang perlu ditulis setiap hari." Hati juga boleh jadi/merupakan sebuah diari bagi seseorang. Walaupun tiada tulisan yang dicoretkan, namun tetap ada lakaran perasaan atau ingatan tentang sesuatu.
Diary separuh bulan Disember 2010:
4 Disember,
Sambutan Hari Keluarga TNB Cawangan Teluk Intan dan Hutan Melintang, Perak. Acara diadakan dari pagi hari untuk sukaneka hingga ke malam hari dengan makan malam. Oleh kerana my hubby terpaksa standby, kami hanya menghadiri majlis tersebut di malam hari sahaja bersama 2 orang anak saudaraku.
6 Disember,
Sambutan ulangtahun perkahwinanku yang ke 4.
7 Disember,
Berkelah di Teluk Batik, Perak.
10 Disember,
Balik kampung.
11 Disember,
Kenduri berkhatan anak saudara sepupuku di Perlis. Kenduri berkhatan tetapi meriah macam kenduri kahwin. Menu hidangan: Nasi berlauk ayam masak merah, acar, gulai nangka, ulam-ulaman dan sambal belacan, gulai buah kundur, ais kacang, bubur kacang dan laksa.
12 Disember,
Kenduri kahwin jiran di kampung.
Balik ke Kedah.
13 Disember,
Ke Bandaraya Alor Setar berdua bersama anakku.
Destinasi pertama ke Maybank untuk mendaftar dan mencarum akaun Amanah Hartanah Bumiputra (AHB) seperti yang telah diwar-warkan di media massa.
Cukup mudah untuk mendaftar, isi 2 jenis borang iaitu borang pendaftaran dan borang masuk duit, salinan Mykad serta pelaburan sebanyak RM500.
Destinasi ke dua, ke kedai emas. Kali ini bukan untuk membuat pelaburan emas tetapi anakku sudah lama teringin hendak memakai anting-anting apabila melihat rakan seusianya sudah memakai anting-anting. Oleh kerana abahnya tiada disini (dah balik Perak), hajatnya telah aku tunaikan. Kalau ikutkan abahnya, tak merasa la nak memakai anting-anting sebab kesiankan anak, takut anak sakit.
Anak aku ni pemalu orangnya tetapi dia terpaksa mengenepikan malunya seketika untuk memberi peluang pada peniaga kedai itu menebuk telinganya.
Jalan-jalan ke Pekan Rabu. Pekan Rabu kini sudah ada kemajuan. Dulu, terasa penat memanjat tangga jejantas tapi sekarang tidak lagi.
15 Disember,
Balik ke Perlis berdua bersama anakku menaiki bas. Dah lama tak merasa naik bas sejak kahwin. Asyik nak tertidur saja seolah-olah dibuai-buai ditambah dengan aircondnya lagi.
Bila dah balik perlis, bolehlah online dan up date blog.
18 Disember,
Kenduri rumah jiran merangkap Ketua Kampung dan Guru Besar Sekolah. InsyaAllah, aku menjadi wakil kepada my hubby untuk menghadiri kenduri kahwin tersebut pada hari Sabtu akan datang.
Itu sahaja catatan Diary separuh pertama bulan Disember 2010.
Sekian.
11 comments
salam..
selamat menyambut ulangtahun
perkahwinan ke-4..ermmm bila ke Alor Setaq wajib dah tu ke pekan Rabu..he he
wah cantiklah kek anniversary tu, dan gambor budak bersunat tu pun steady jugak tu hehe
penuh nya aktiviti ko bln ni. tu baru separuh bln. seronoknya, banyak yg makan2 erk ... he33
Dulu saya raji tulis diari tapi mencatit aktiviti kerja tapi sekarang semuanya dicatitkan pada Outlook sahaja
aktiviti yang penuh meriah dan menyeronokkan ni
maksudnya...iza hanya akan tulis diari bila perlu sajakan? diari yg dalam hati lagi lama bertahan..betul tak? :D
Merangkumkan aktiviti berhari0hari dalam satu entry memang jalan mudah kalau tak cukup masa nak menulis.
Namun kekadang lupa pulak. Eh! 2 hari lepas aku kat mana dan buat apa ye? Nak kena catat dalam notebook jugak ni...
@zulkbo
W'salam..
Terima kasih.
Saya pernah bekerja di situ dulu sementara tunggu result STPM.
@etomyam
hehe..sedap pun sedap kek tu..
@wachak
Bulan ni je kot yg penuh...
best kan mkn2.
dapur pun kurang berasap.
@akubiomed
Skrg ni serba mudah kan...
handphone la pengganti diary skrg ni..
@ereview
yes..yes..
aktiviti yg blh menggemukkan badan.
@hafizmd
Ya betul...
@Ardzham
Kalau yg penting tu pasti kita akan ingat.
eh!!
pekan rabu..
sama saja, xde perubahan..
@mie
Ya la. Perubahannya cuna ada eskulator
cakap pasal eskulator, sy adalah antara insan yg terlibat bersama abg sy dalam pembinaan eskulator... rasa sgt puas hati bila dapat menyumbang sesuatu pada negeri kesayangan... (sj gatal tangan google eskulator as),,,heheh
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini