Perbincangan: Permulaan Manusia dan Dunia Akhir Zaman.

on Sabtu, November 06, 2010

Salam 1 Malaysia.

Waktu aku tengah bosan melayan perasaan, maklumlah jauh dari my hubby, aku jumpa video ni dalam Facebook. Mungkin ramai yang dah tengok video ni tapi aku nak share juga. Mungkin ada yang belum tengok.

Sekadar suatu perkongsian ilmu bagi membuka mata pada yang masih dibuai mimpi....



Selepas aku tengok video ini, baru aku terfikir rupanya sudah hampir 20 tahun lebih aku ditipu bukan hanya dalam subjek Sejarah malah subjek Sains juga. Di sini aku fokuskan dalam subjek Sejarah.

Selama aku belajar di Universiti, tak pernah aku terfikir untuk mempersoalkan tentang Zaman Batu yang kononnya wujud berjuta-juta tahun dahulu walaupun aku sememangnya Major Sejarah. MasyaAllah, betapa leka dan alpanya diriku ini.

Ketika di sekolah, aku terima bulat-bulat apa yang diajar kerana ianya bertepatan dengan topik dan soalan peperiksaan yang bakal ditanya. Kalau aku jawab berpandukan logik akal tanpa mengikut buku teks, dah semestinya aku awal-awal lagi dah fail.

Sebagai bakal guru Sejarah pada pelajar-pelajar mahupun pada anakku(InsyaAllah jika ada rezeki pada tahun depan- Tolong doakan aku), pastinya aku dalam dilema sekarang. Nak diajar tentang sub topik permulaan manusia mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan dengan pandangan Islam tentang asal usul manusia, dah tentunya bercanggah antara kedua-duanya.

Aku rasa terlalu berdosa jika menyembunyikan kebenaran terutamanya apabila teori dan kajian yang dibuat di atas berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Bagaimanakah untuk aku menghadapi situasi ini kelak? Sebenarnya pelbagai persoalan timbul di mindaku tika ini namun terlalu sukar untuk aku mempersoalkannya di sini. Bimbang juga jika blogku diharamkan atau disaman atau dikenakan tahanan ISA, kan naya.

Walau bagaimanapun, aku teramat mengharapkan jawapan yang bernas dalam persoalan ini.
Ranking: 5

6 comments

6 November 2010 pada 11:52 PTG

konpirasi yahudi untuk menyesatkan umat islam.di dlm mata pelajaran sain ada mengatakan bumi mengelilingi matahari tetapi di dalam hadis nabi ada mengatakan matahari yg mengelilingi bumi.

7 November 2010 pada 12:38 PG

salam..
semoga berjaya
dalam niat menjadi guru tu..
bila apply..tak de kursus
perguruan dulu ke..?ermm..
lama dah grad kan..?sayang
je degree tu kalau tak di
manfaatkan..moga anda sihat
selalu di sana...

7 November 2010 pada 12:28 PTG

Salam Iza. Sebenarnya isu ini telah lama dibincangkan secara maya. ada yang boleh menerima teori yang dinyatakan didalm video ni dan ada yang kata 'bodoh' kerana percaya pada teori ini. Bagi wa mana yang baik kita terima dan mana yang tak baik tu dijadikan sempadan. setidak tidaknya sebagai peringatan kerana manusia itu sering kali terlupa.

~ http://keretamayat.blogspot.com/2010/10/teori-konspirasi-itu-bodoh.html

7 November 2010 pada 2:03 PTG

@Aku Dan Teksi
A'a...

@zulkbo
W'salam..
Belum apply lg, tahun depan baru nk apply.hehe...Nak apply guru GSTT je. InsyaAllah, kalau ada rezeki.kalau belum dpt jgk, cari rezeki jln lain plak....

@wachak
W'salam...aku ada baca serba sikit sebelum ni. Ramai jgk yg membangkang. Betul kata ko, yg baik kita terima.
Thanks url tu...aku dah baca...

7 November 2010 pada 2:03 PTG

okey nk kongsi lagi link bagi membincangkan teori ni :
http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/10/panduan-memahami-ilmu-teori-konspirasi.html

7 November 2010 pada 4:38 PTG

@wachak
Thanks.....link ni yg aku buka mula2 dulu...hehe..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved