Tetamu Tak Diundang.

on Rabu, Julai 14, 2010

Salam...

Mohon maaf pada semua tetamu teratak usang. Sehari dua ni aku kurang bersemangat untuk blogwalking seperti hari-hari yang lepas. Bukan trafik terlalu sesak tetapi disebabkan ganguan dari tetamu tak diundang yang datang dari Vietnam. Sememangnya tetatak ini sentiasa terbuka pada semua tetamu walaupun tidak dijemput, namun kehadiran tetamu yang tidak tahu adat resam sedikit mengecewakan aku. Aku suka sangat kalau dapat banyak trafik tapi biarlah beradab. Kalaulah mereka boleh faham apa yang aku cakap, alangkah baiknya.....

Untuk Warga Vietnam......

Để việc áp dụng:
Xin vui lòng không spam Chatbox của tôi.
Vui lòng tôn trọng đồng blogger của chúng tôi và hải quan của một xã hội và văn hóa
Xin vui lòng không spam trong Chatbox với Việt Nam. Xin vui lòng sử dụng tiếng Anh nếu bạn muốn giao tiếp ở đây bởi vì người Malaysia không biết ngôn ngữ toàn bộ của Việt Nam.
Sử dụng các kênh thích hợp để quảng bá blog của bạn.

Harap-harap mereka dapat faham ayat di atas. Tolong jangan suruh aku translate udah le...

Mungkin sesetengah dari anda perasan dan telah mengetahui akan hal tersebut. Shoutbox aku telah dikunjungi oleh warga Vietnam. Bukan sekali dua, malah setiap masa. Bukan aku tidak suka tetapi mereka telah menyalahgunakan shoutbox tersebut untuk berbual-bual. Bukan aku marah jika untuk berbual-bual, tak salah kerana kita boleh saling mengenali antara satu sama lain di alam maya ini. Tetapi kehadiran mereka semata-mata untuk berborak sesama mereka sendiri menggunakan shoutbox di teratakku ini.





Kalau masuk kandang kambing, mengapa hendak mengaum? Dan kalau masuk rumah orang, buat la seperti rumah orang yang punya tuan rumah untuk dihormati. Jangan main redah saja. Kita kan punya adat dan tatasusila. Adakah warga Vietnam ini tidak punya adat? Maafkan aku. Aku cuba untuk menegur secara sopan. Wallahu’alam.

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa mereka menggunakan shoutbox aku. Untuk pengetahuan semua, warga Vietnam yang bertandang di sini tidak pandai berbahasa Inggeris. Mereka sendiri yang mengatakan begitu padaku. Kurang asam betul. Kalau dah tak pandai bahasa Inggeris, sudah la. Yang ko tulis bahasa Vietnam tu apa cerita? Macam la aku faham sangat dengan bahasa dia. Membara dalam hati.....siapa yang tahu...

Bukanlah bermaksud aku terlalu fasih berbahasa Inggeris. Bahasa Inggeris ku pun masih merangkak-rangkak tapi sekadar menyapa sepatah dua ayat boleh la. Jadi, aku rasa mereka tidak tahu cara untuk memasang shoutbox di blog mereka sendiri (Pandai-pandai je aku buat teori sendiri). Masakan boleh buat blog kalau nak pasang shoutbox yang remeh pun tidak pandai. Mengapakah teratakku yang menjadi mangsa.

Perlukan aku menyorokkan shoutbox ini seperti di sesetengah blog?
Ada juga yang bagi cadangan supaya aku ban IP address mereka. Seperti yang aku faham, IP address kita sentiasa berbeza setiap kali kita online. Kalau aku ban IP tersebut, mungkin akan menimbulkan masalah pada visitor lain yang berkunjung ke sini dengan IP yang di ban.

Rasanya bukan aku sahaja yang bermasalah. Kesian juga pada pengunjung-pengunjung Teratak Usang yang terkena tempiasnya. Warga Vietnam ni turut serta mengekori url yang ditinggalkan di sini. Harap-harap keadaan ini tidak berterusan.


Ranking: 5

27 comments

14 Julai 2010 pada 7:51 PTG

hebat blog ni.warga vietnam pun suka.

14 Julai 2010 pada 8:08 PTG

Wah...
sampai ke vietnam blog ni..
glamer2..
hehehe...
boleh je klu nak ban IP..
tak payah nak kesian kat diorang tu..
Hidup biar KEJAM...
hahaha....

14 Julai 2010 pada 8:21 PTG

Memang payah mereka ni..apapun sabar ya..

Kepada yang tak faham tulisan merah tu, saya translatekan untuk anda, harap tuan blog tak marah ya. ^__^

Maksudnya lebih kurang :

Perhatian : Tolong jangan spam di chatbox saya. Tolong hormati privacy blogger dari pelbagai budaya dan adat resam. Tolong jangan spam chatbox dengan bahasa vietnam. Tolong gunakan bahasa inggeris sekiranya ingin berkomunikasi disini kerana rakyat Malaysia tidak tahu bahasa vietnam. Gunakan bahasa yang bersesuaian sekiranya ingin mempromosikan blog anda.

--betul ke saya translate ni.he..he..

14 Julai 2010 pada 10:02 PTG

urghhh...aku pun kena....pastu bila bukak page dier tgk kat shoutbox tu, mesej yang aku tulis kat teratak usang tiba2 ada kat sana..urghhh..rsa nk block je diorang ni..

Post-post baru faiz!
Lawatan sambil belajar ke..
Template header Percuma!
Newbie pun boleh dapat trafik

14 Julai 2010 pada 10:02 PTG

ooo..aah ade gak dorg dtg..dh xphm dorg tuleh..tkut mepek2..maka sy delete kn sje..=pp maaf kpd mereka..

14 Julai 2010 pada 11:13 PTG

spam memang menyusahkan.. sebab tu lah juga saya dah tak letak lagi shoutbox.. tambah berat blog satu masalah.. tapi yang lagi tak tahan tu spam mesej..

14 Julai 2010 pada 11:32 PTG

uh..
kurang asam betol..
ada ka patot wat shoutbox tuh mcm diorg punya..

warning je mereka tuh..
eeee..geramnye..

opss! ter'elmo' plak :)

15 Julai 2010 pada 12:27 PG

Salam bertandang sahabat moga hari mu di berkati dengan kesihatan yang baik dan gembira selalu...
HA HA..wajah mu menarik perhatian
warga vietnam gamoknya..he he..
biolah di amemuja anda tu..jangan marah bila ada yang suka..hu hu

15 Julai 2010 pada 1:39 PG

mcm2... kite kene gak aritu
tapi tak berlarutan
mungkin takde tarikan kat blog
blog iza byk tarikan agaknye
hehehe

15 Julai 2010 pada 8:03 PG

sian mu iza...sian..mak tumpang simpati..ari ni nmpk cam x de je..! Syabas betey..

15 Julai 2010 pada 8:05 PG

eh akak..bukan ke IP adreess tuh 1 je..kalo dorg gne laptop dorg, mknenye still sama IP adress tuh..tp xsure..lain la kalo dorg g cc n on9 kat cc..hii~

15 Julai 2010 pada 8:22 PG

@nizamsani
ahaks....
tak ada yg hebatnya :)

@RastaMat
A'a kan,
mcm mna la blh sampai ke Vietnam.
Dah kejam dah ni sbb baru semalam ban IP mereka.

@Alessandro
Ya la, sabar je la...
Thanks krn sudi translate, buat apa nak marah?
Mmmm....lebih kurang macam tu la...

@kay-N
Bagus2...

@faiz
Semalam dah ban IP. Harap2 tiada lagi...

@kulanz
Patutla sesetengan blogger tak letakkan shoutbox, rupanya anti spam. Sapa yang tak sakit ati kalau kerap sangat kan.

@Saya Adalah 'Cik Putput'
Dah banyak kali dah warning, dlm bahasa Vietnam pulak tu tp tak berkesan. Dah la kita speaking pun mereka tak faham.
Langkah terakhir, ban je la.

@zulkbo
Salam...InsyaAllah....Amin...
Tak marah sbb sukakan gambar tu tapi yang sakit atinya bila buat chatbox kita ni macam diorang punya...

@intan izani
Ya ka? Apalah tarikan yang ada di sini? Nama pun teratak usang. Iza tulis bahasa Inggeris pun diorang susah nak faham, inikan pula blog yang berbahasa Melayu....

@Lagenda
Alhamdulillah.....harap2 tak datang lagi. Iza dah ban IP mereka semalam.

@att
IP address kita berbeza-beza tiap kali kita on/off laptop. Kalau tak percaya, try check. Walaupun kita guna line TM sekalipun, IP tetap berbeza.

15 Julai 2010 pada 8:33 PG

oo..bru tau..hehe..
yea! dpt ilmu baru..
tq akak~
akak kat perlis ke??

15 Julai 2010 pada 8:39 PG

@att
Tak pe, sama2 kita berkongsi ilmu.
Akak di Perak, mungkin ujung bulan ni kot balik Perlis sat.

15 Julai 2010 pada 9:33 PG

sabar jelah.. boleh plak depa buat ruangan smebang kt blog iza nih kan.. ishkk2x..

15 Julai 2010 pada 10:01 PG

Sawadikap...
sesat dorang..
BTW,aku rakyat M'sia ye ^^

15 Julai 2010 pada 10:32 PG

dear,u should b proud, not angry or bengang ye. try gune google translation. it works!

15 Julai 2010 pada 11:02 PG

haha... sampai U pun kena berbahasa vietnam... =)

15 Julai 2010 pada 11:34 PG

@Redboy
Ya la.....sabar dah ni...

@Umie Nadhirah
ahaks......ingatkan warga Siam pulak singgah sini...

@redriben
Mmg dah guna benda tu redriben, kalau tidak langsung tak faham apa yg di kata.
Mulanya bangga la juga sbb dapat visitor luar tp haruskah kita bangga kalau diorang buat chatbox tu seperti hak mereka sendiri, berborak sesama mereka yang langsung tiada kaitan dgn blog kita?
Bukan saja2 nak marah kalau setakat guna utk menyapa. Cuba bayangkan, dua tiga org warga Vietnam masuk sini sembang sesama mereka ttg hal keluarga mereka dgn bahasa mereka tanpa ada apa2 kaitan dgn kita dan negara kita, siapa yang boleh terima?

@woaini_87
Ya la. nak cakap bahasa Inggeris, diorang tak faham apatah lagi bahasa Melayu...

15 Julai 2010 pada 2:24 PTG

mungkin spam msg..
mungkin bleh delete msg kat chatbox tu..

tahniah..blogni ramai pengikut =)

15 Julai 2010 pada 4:50 PTG

oklah tu.. dah setaraf antarabangsa...lepas ni kompen seluruh asean akan masuk belog ini .. hahahahahahaha

15 Julai 2010 pada 5:06 PTG

@pingu
Bukan delate lagi dah...
Dah ban IP terus sebab semalam pun masih ada lagi.
Terima kasih. Setakat ni Alhamdulillah.

@kodok hijau the ghost writer
Ya la tu. Blog berbahasa Melayu terkenal di peringkat antarabangsa tapi orang luar langsung tak paham apa yang tercatat di Teratakku... :)

16 Julai 2010 pada 11:24 PG

sy tumpang hot gak tgk gelagat vietnam ni.abeh bengong la tu..btw,org perlis ke? perlis smlm kt kg wai kritikal gak ribut.

16 Julai 2010 pada 1:30 PTG

@miZz_nizZ
A'a org Perlis celup :)
Ya ka? Tak tau kat mana kg wai tu....
Dkt2 area Kangar tau la...

17 Julai 2010 pada 12:02 PG

pening kepala jugak klu cmni jadinya..hehe

17 Julai 2010 pada 4:41 PTG

ahahahaha..aku dah paham apa yang kau tulis vietnam kat atas tuh..siot betol kn diorg ni.

17 Julai 2010 pada 4:46 PTG

@dunspeak♥
Memang pun....

@aren
Bagusla kalau dah faham....
Nanti kita boleh belajar banyak bahasa lagi kalau-kalau ada yang berkenan kat blog Teratak Usang...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved