Awas!!! Ancaman Virus.

on Jumaat, Jun 04, 2010

Salam.


Virus memang amat ditakuti oleh sesiapa sahaja. Siapa yang tidak takut pada virus? Memang kebal lah orang yang tak takut dengan virus. Aku bukan mempersoalkan antivirus terbaik tetapi hanya ingin berkongsi pengalaman. Tidak dinafikan, setiap antivirus punyai kebaikan dan kelemahan masing-masing.

Sebenarnya dah lama aku pendamkan dalam hati. Hari ini baru aku rajin untuk menulis tentang ancaman virus pada PC, laptop atau netbook. Dulu, kita pernah dikejutkan dengan virus yang ada pada iklan CIMB. Banyak juga rakan blogger yang tidak dapat mengesan virus tersebut menyebabkan terjadinya beberapa masalah seperti laptop selalu hang, lambat dari siput, banyak file yang tidak dapat dibuka dan sebagainya. Masa itu aku menggunakan Windows Vista dan antivirus NOD 32. Alhamdulillah, dapat kesan juga virus tu. Walau bagaimanapun, beberapa lama aku gunakan, aku merasakan blog aku semakin berat. Dah banyak kali juga aku tukar template. Mungkin juga banyak widget yang kurang perlu.

Kini aku menggunakan Windows7 dengan Avira. Alhamdulillah, sekali lagi aku dapat mengesan virus yang ada pada favicon malindofm. Dan semakin hari, aku semakin fobia dengan virus tersebut. Aku kurang pasti dah berapa lama virus itu bertapak. Jadi kepada tuan-tuan blog yang (mempunyai virus tersebut) exchange link dengan Teratak Usang, aku memohon maaf kerana aku terpaksa delate url blog-blog yang di kesan.

Buat masa ini, hanya virus dari favicon malindofm sahaja yang dapat di kesan. Mohon berbanyak maaf dari staf malindofm kiranya aku tersilap kata. Moga-moga masalah tersebut dapat di atasi segera.
Ranking: 5

32 comments

4 Jun 2010 pada 1:10 PG

betul ke ada virus pada favicon malindofm.. alamak.. pc aku xda antivirus ni..

4 Jun 2010 pada 1:14 PG

Betul.....tiap kali buka blog malindofm, tiap kali tu la antivirus berbunyi.....dah banyak kali test. Blog yang ada link malindofm pun ada di kesan jgk.

4 Jun 2010 pada 2:57 PG

bahaya nih... jaga2 semua...

4 Jun 2010 pada 12:11 PTG

favicon malindofm tu apa?sori..lembab sket bab2 ni..leh terangkan kat sy x?takut gak dgr ni..tq bg info yg best ek...^_^

4 Jun 2010 pada 12:23 PTG

@Zikr the Jalanan Sepi Perantau
Ya....harap semua berjaga, jgn tdo.

@PUPUT
Favicon tu benda yg ada kat tepi laman blog yg ditaip sebelah kiri. Mcm Teratak Usang, ada 4 kotak kecil2 tu. Harap penerangan tersebut dapat membantu.

4 Jun 2010 pada 12:32 PTG

i used to use avira.. ok ok la =)

4 Jun 2010 pada 1:32 PTG

lege pakai avira...

dulu kini dan selamanye

4 Jun 2010 pada 1:45 PTG

@kenwooi
Ya ka? Dgr2 yg berbayar ok tp avira free ada masalah.

@TeRRoRRiZZ
Teruskan.....avira.

4 Jun 2010 pada 2:16 PTG

favicon tu sy tahu..yg malindofm tu apa ek iza?mksd nyer sy selamat x pakai lmbang tu?sy pon pakai avira...sy baru igt nak buang je pas baca entry awk ni..tu yg nak tya dulu..hehe..

4 Jun 2010 pada 2:24 PTG

@PUPUT
malindofm tu kalau x silap, nama salah satu syarikat radio Malaysia-Indonesia kot.maafla kalau saya tersilap sebut. favicon tu x salah la awak.cuma avira yg saya guna dapat detect favicon dari malindofm ada virus.

4 Jun 2010 pada 6:59 PTG

bagus tue...aku pown slalu kne virus ble bukak sesauatu website...geram...naseb bek ak gne windows 7 n mozilla...so safe....

4 Jun 2010 pada 7:08 PTG

skang guna eset nod..rasa eset plg terbaik setakat ni..sebab tak pernah kena virus dari av lain..sume dah try pakai dah..tapi tak detect pape pun virus favicon tu..

4 Jun 2010 pada 7:34 PTG

@nas
Oooo...aku pun guna W7 dan mozilla jgk tp rasanya chrome lg selamat dr virus...apa2 pun mozilla the best.

@aizuddin.com
Kadang2 kita terkena virus, rasanya sbb antivirus x dpt detect la kot

4 Jun 2010 pada 7:39 PTG

bukan salah kita yang cipta virus nie.. orang yang cipta antivirus nie jugak la yang buat virus.. kalau tak, tak laku la bisness dorang.. menyusahkan betol..

4 Jun 2010 pada 7:56 PTG

blog aku ada virus x?

p/s : Jom Join Contest Dan Menang Barang Kemas Dari Sabah http://hanspunyablog.blogspot.com/2010/06/jom-join-harvest-festival-2010pesta.html

4 Jun 2010 pada 8:14 PTG

@RoMz
Betul jgk tu....

@hans
ok je aku masuk blog ko.

4 Jun 2010 pada 11:38 PTG

virus ni bukan ancaman sangat pun.. aku just pakai avast free dengan autorun killer, ditambah dengan sanboxie dan free-comm.. cukup untuk lawan virus

5 Jun 2010 pada 12:26 PG

@Frantz-Senpai
virus memang bukan ancaman kalau kita boleh kesan dan ada yg blh menahan tp kalau tak ada benteng kan susah, semua jadi lembap dan sesetengah file x blh dibuka. Sediakan payung sebelum hujan....

13 Jun 2010 pada 9:34 PTG

@pch
Memang bahaya, dah namanya pun virus.

Wah sempat lagi promote jadual World Cup, Thanks.

20 Jun 2010 pada 11:38 PTG

aku pki kaspersky 2010 intrnt scurity..bgus..aku pki ori nye..RM20..dkt bln 8 nti expired la..
spnjg aku pki antivirus ni, bla msuk web, dia terus detectd ada malware atau virus..so xpyh msuk..

21 Jun 2010 pada 8:29 PG

@Penulis Seni
Murahnye....aku tak tau pun harga sebenar, semuanya bapa mertuaku yg uruskan.

21 Jun 2010 pada 5:28 PTG

owh, yeke..aku beli kt internet..
download software kaspersky & dia bgi no key..mmg best pki antivirus ni..
slmt dr serangan virus..

21 Jun 2010 pada 7:00 PTG

@Penulis Seni
Mertuaku beli RM50 untuk 3 user. Alhamdulillah, memang bagus la setakat skrg ni....

21 Jun 2010 pada 8:50 PTG

avira ke kaspersky? murah tu..bila bli byk..

21 Jun 2010 pada 10:01 PTG

@Penulis Seni
Avira.

6 Ogos 2010 pada 12:56 PTG

sib bek tjumpe blog ni..usahkn favicon ngn radio2 dia skali saya buang...tk gn gak simpn dan ternak virus ni...tq

6 Ogos 2010 pada 2:20 PTG

@Adisaufi
Sama2...

16 Ogos 2010 pada 8:17 PTG

huhuhu..sedey terkena virus..

moga lepas ni tak kena dah..adekah kena tukar antivirus?? ermm

22 Februari 2012 pada 8:07 PTG

memang kita harus mewaspadai tentang tentang acaman virus itu.

23 Februari 2012 pada 11:25 PTG

Kalau antivirus tu berbayar, tak perlu la tukar, tunggu tamat tempohnya la kalau nak tukar, rugi beli mahal2.

23 Februari 2012 pada 11:25 PTG

Ya, betul tu.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved