Bukan 18sx??? Asal buah Pauh

on Rabu, Januari 27, 2010



Ini bukan kisah Intan Izani dan tiada kaitan antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

Tahu apa itu buah Pauh? Buah Pauh adalah buah Pelam. Kenapa orang Kelantan menukar nama buah pelam kepada buah pauh? Nak tau kenapa? Pada orang Kelantan, jangan marah ye....

Satu ketika dahulu ada satu pasangan sedang hangat bercinta antara orang Kelantan dan orang Johor. Mamat Kelantan ni bernama Amirulshah bin Amer dan minah Johor ni nama dia Siti bt Ali...

Si Amer ni loghat Kelantan memang original tak boleh nak ubah,ikan di sebut ike dan mamat Kelantan ni sekadar kerja kampung dan tiada kerja tetap.
Setelah berbincang dengan si Siti, maka mereka bersetuju untuk sama-sama melayari bahtera rumah tangga, susah senang suka duka mereka akan bersama. Ulat dalam batu pun boleh hidup kan..gitu lah konon ceritanya ..

Dengan semangat membara, datang si mamat tadi ke Johor tujuan nak berkenalan dengan keluarga Siti. Sampai sahaja di rumah Siti maka dijemputlah masuk oleh kedua-dua orang tua Siti. Maklumla bakal menantu katakan.

Setelah bersalam-salaman dengan keluarga Siti, bapa pun memulakan bicara,

Ayah Siti : Datang dari mane?
Amer    : Maghie kelatee pok cik.
Ayah Siti : Datang naik ape?
Amer    : Maghie naik bahh (bas). Nok maghri naik kheta pitih dok cucuk lagi.
Ayah Siti : (Dalam hati pun barkata) macam mana ni nak mintak duit hantaran, deposit kereta pun tak ada cair juga anak aku..alahaii pening..
Ayah Siti : Sekarang awak kerja mana ?
Amer      : Genee pok cik, saye ni di kelatee kija hok panjhat pokok pele (pelam) pah tu jual buah Pele.
Siap cakap lagi kat mak nya siti, "mok cik suka tak buah pele?"

"Aduh, soalan yang sukar nak jawab", dalam hati mak Siti.

Ayah Siti  : Aduhhh, biar betul awak ni. Kat johor tak ada orang panjat pokok peler dan jual buah peler. Payah budak ni....(Kata dalam hati)
Mak Siti : Pak nya, macam mana ni? belum apa apa lagi budak ni dah buat kurang ajar dengan kita. Ada ke dia tanya benda yang susah saya nak jawab. Suka tak buah peler?  Abg pun dengar kan?
 
Dengan muka merah, maka mak dan ayah siti pun tunjuk arah pintu, mu klek kelatee pegi tukar nama buah pelam sekarang.

Maka setelah sebulan berbincang dengan orang kelantan maka meraka pun bersetuju menukar nama buah pelam kepada buah pauh. Jadi sehingga sekarang orang kelantan memangil buah pele/ Pelam kapada buah pauhh ..


     
            
Ranking: 5

8 comments

27 Januari 2010 pada 11:21 PTG

hehehe
takpe2 tak sama kisah ngan saya
tak berlaku perkara ni dulu
hubby jumpe family saya otomatik gune
bahasa standard
even kat umah pun gune bahasa standard
;p

27 Januari 2010 pada 11:37 PTG

@intan izani

Ya ka? nasib baik guna bahasa standard...tak la terkantoi..ahak..ahak..

28 Januari 2010 pada 1:18 PG

ni citer tol ke?
taknah dgr g versi nih..hehehe

28 Januari 2010 pada 5:49 PG

ahahaha....
asal usul buahh pauh ko ni ??

ahaha...



DARA FREE DAN BONUS RM100


Kalaulah Wanita Menjadi Lelaki

28 Januari 2010 pada 12:21 PTG

salam iza...rsanya msti org kelante n ganu mrh ni...ada stngh tmt buah pele n buah pauh n lain wei...
n lgi..1..nk pesan lah na?
org luar jgn sesekali belajaq sbut buah pele kalu btoi2 x reti sbut..
wal hasil dia buah pele..jd...buah lain la....huhuhu...

28 Januari 2010 pada 12:52 PTG

@INNA AB

W'salam kak Ina...sorry la kak Ina kalau tersilap.
Alamak.....mak mertuaku....Kalau Mak terbaca, jgn marah, sekadar hiburan.
Hai kak Ina, org T'ganu pun sebut mcm tu jgk ka?

@aimy

Tah la...hanya rekaan semata-mata kot

@JMR

Ada versi lain lagi ke? Tak pnh dengar ek? ni yg nk gtau ni..

@Aus

Tah le......sekadar berkongsi cerita. Satgi org Pantai Timur marah pulak....

28 Januari 2010 pada 7:52 PTG

iza..ntahlah...msa kecik2..slalu dgr ore pnggil buah pele la...skrg rsanya acapkali dgr buah pauh!! rsanya buah pauh siam baru pnggil pauh!!kotlah kn?
la..ni dh murtad negeri...cmpo gaulbahasa dh jd caca mrba...

17 Mac 2018 pada 5:51 PTG

di kampung saya(padang,Indonesia) saat ini tak pernah lagi ketemu buah pauh,dulu waktu th 70an setiap musim buah selalu dipasar bisa beli,emang buah pauh itu beda rasa sama mangga.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved