Azam Tahun Baru...

on Jumaat, Januari 01, 2010



Tahun 2009 dah berlalu pergi tanpa dapat di halang.
Tahun 2010 juga datang tidak diundang...
kerana masa pastinya berlalu dan tidak dapat di tahan-tahan.
Walaupun 2010 tidak diundang, namun kedatangannya tetap disambut dengan keazaman.

"Demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"

Apa azam tahun baru?

* Nak cari kerja, InsyaAllah (masih dlm perancangan)- ada org kata, best kerja, ada duit selalu, x boring tapi ada yang kata sebaliknya. Letih la, kalau boleh nk dok umah je. Aku masih keliru...yg mana satu ni??? Tolongggg....

Situasi:

Kalau x kerja pun, aku tetap menjadi pendidik pada anak2 bangsa kerana ibu merupakan guru terbaik yg boleh mendidik anak2 dan mencorakkannya ke arah Islam. Kerana pendidikan awal tetap bermula dari rumah. Dapat jimat kos upah pengasuh, kos makan (masak sendiri boleh jimat), banyak masa terluang bersama anak dan suami, boleh berjalan-jalan ke mana saja tanpa kekangan masa kerja dan sebagainya. Boleh selalu klik2 nuff..hehe...

Kalau kerja, kena hantar anak ke rumah pengasuh yang aku sendiri tidak tahu tahap keselamatan anak, makankah dia dan pelbagai persoalan bermain di fikiran. Kalau kerja, dapat bergaul dgn ramai orang di luar, dapat duit gaji, boleh beli apa saja yg kita suka, dapat memenuhi keperluan dan kehendak tapi kena bayar upah pengasuh, mesti selalu kena makan di luar, kalau suami kerja siang, malam pulak kena standby, waktu mana nak jumpa? Anak pula dah tentu lebih rapat dengan pengasuh. Adakah nilai2 murni, keagamaan dan pengetahuan am diajar kepada anak kita? Kecuali la dihantar ke TABIKA, TADIKA atau NURSERI....


* Nak tambah berat badan
Org lain sibuk nak turunkan berat, aku pulak sebaliknya. Memandangkan berat aku sentiasa statik sebelum dan selepas kahwin, harap2 tahun ni ada perubahan sikit kot. Sapa2 yg ada petua utk tambahkan berat badan, sila la berkongsi petua....kalau pemuda pun bagus jgk. Selama 2 minggu tinggal dgn mertua, asyik, makan tdo je kerjanya, berat badan aku mcm dah naik sikit.....bestnya...


* Azam setiap tahun.....nk jadi anak, ibu dan isteri yg solehah untuk mamaku, mertuaku, anakku dan juga suamiku...InsyaAllah..


* Nak tingkatkan amalan dan melabur untuk saham akhirat...Kalau boleh, sekurang-kurangnya nak khatam Quran 3 kali dalam setahun.
Ranking: 5

4 comments

2 Januari 2010 pada 7:35 PG

Tahniah atas niat murni anda. Semoga tercapailah azam mu dengan izin nya.

2 Januari 2010 pada 1:54 PTG

@Dak Wan

Terima kasih, insyaAllah

2 Januari 2010 pada 8:31 PTG

nk tmbh brt bdn?tbalik pula ye..=)heheh..

3 Januari 2010 pada 8:09 PTG

@pakcik kordi

Ya la pakcik....nak dapatkan berat badan ideal...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved