Annyversary Kami.....

on Isnin, Disember 07, 2009


Assalamualaikum....
Syukur Alhamdulillah.....
Tanggal 7 Disember, hari ni genap 3 tahun usia perkahwinan aku dan suamiku.
Ya Allah, macam mana boleh terlupa....mungkin terlalu sibuk kot. Selalunya abg ku yg selalu ingat tarikh2 penting macam ni. Sebelum ni tiap2 tahun abgku selalu saja ada kejutan untukku time birthday ataupun wedding anniversary.

Alamak!!!
Baru lepas raya ni....malam raya haji lepas bershopping sakan, awal bulan pulak tu.....hmmm.....Nak celebrate ke time kekeringan macam ni.....?Tunggu dan lihat je lah.....tahun ni agak2 apa pulak kejutannya untukku.....
Bahagianya......
Terima kasih wahai kekasihku...

Doa Ku Untuk Mu.

Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan, Dia milikku tercipta buatku, Satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah kebahagiaan antara kami, Agar kemesraan itu abadi ...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ketepian yang sejahtera dan abadi, Maka panjangkanlah jodohkanlah kami...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu, Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan, Adalah yang terbaik untukku, Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui, Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku, Di dunia dan di akhirat, Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini, Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian, Di dunia ini mahupun di akhirat, Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran, Maka jadikanlah aku seorang pasangan yang beriman, agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, Kejalan yang Engaku redhai, Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat, Dan peliharalah kami dari azab api neraka,

AMIN... AMIN... AMIN...
YaRabbal'aalamiin..
Ranking: 5

25 comments

8 Disember 2009 pada 9:22 PG

congrats! semoga bahagia milik anda.. =)

8 Disember 2009 pada 10:28 PG

Thanks wany, InsyaAllah

8 Disember 2009 pada 2:22 PTG

tahniah kak iza.. semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.. =)

8 Disember 2009 pada 3:05 PTG

tahniah Semoga berkekalan

8 Disember 2009 pada 5:05 PTG

Tahniah..moga berkekalan hendaknya..=)

8 Disember 2009 pada 5:28 PTG

semoga berkekalan :)

8 Disember 2009 pada 7:19 PTG

Salam singgah pada pada semua yg sudi komen. Pada Putra Al-Maliki, Jantan terhangat, mAr@ZiEy dan nn: terima kasih, InsyaAllah...moga berkekalan hendaknya.

8 Disember 2009 pada 8:25 PTG

hepi belated anniversary.. terlambat wish lak.. semoga sentiasa berbahgia dan berkekalan hingga akhir hayat..

Tanpa Nama
8 Disember 2009 pada 11:56 PTG

salam perkenalan..
baru first time dtg sini :D
ape2 pun tahniah :)

9 Disember 2009 pada 12:08 PG

Terima kasih pada ezany, InsyaAllah dan Nur Hazlin, selamat datang ke teratak usangku....

9 Disember 2009 pada 12:02 PTG

wah...gud lak~

9 Disember 2009 pada 12:18 PTG

Thanks...

9 Disember 2009 pada 7:49 PTG

selamat ulang tahun.. jangan lupa tolong rekemenkan adik kak iza untuk saya ye.

9 Disember 2009 pada 10:31 PTG

Terima kasih apih...sejak bila pulak aku ada adik ni apih ooiii....Kalau kak iza ada adik, confirm kak iza rekemenkn tp kak iza la yg paling kecik.kami ada 2 beradik je....

10 Disember 2009 pada 3:53 PG

salam kembara iza..

salam anibeseri gak..

ngee..

10 Disember 2009 pada 8:39 PG

Semoga berkekalan diharapkan..:)

10 Disember 2009 pada 11:25 PG

Thanks eko dan ::g3n....InsyaAllah

10 Disember 2009 pada 11:28 PG

moga2 bahagia selalu >.<)

[From diDEN]

10 Disember 2009 pada 12:10 PTG

InsyaAllah...Terima kasih diDEN

11 Disember 2009 pada 1:33 PG

amiinn..

dah boleh makan ke skang iza?

hakhakk!

11 Disember 2009 pada 2:31 PG

Ada terbaca doa makan ke? akhak....

11 Disember 2009 pada 3:26 PG

happy anniversary....
semoga kebahagiaan berkekalan selamanya

11 Disember 2009 pada 4:37 PG

happy anniversary...

semoga kasih sayang sentiasa bersama kalian dalam mengeratkan lagi ikatan yg sedia ada...

:)

11 Disember 2009 pada 1:48 PTG

Terima kasih IxoR@....InsyaAlah...Amin....

11 Disember 2009 pada 2:02 PTG

Thanks Izan...
InsyaAllah, moga bekekalan hendaknya

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved