Buah Delima...

on Ahad, Oktober 25, 2009




Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga yang kaya dengan unsur zat besi.

Ni merupakan buah yg aku paling suka selain buah naga. Masa aku pregnant dulu, aku teringin sangat nak makan buah delima. Masa tu susah nak dapat sebab bukan musim dia. Habis ditanyakan pada saudara-mara di kg (Kedah dan Perlis) kot-kot ada yang tanam atau terjumpa orang jual buah ni. Punya la jauh mencari.... Kat kg di Perlis ada saudara suamiku yg tanam pokok delima. Kebetulan ada buahnya tapi belum masak.

Bila orang kg dengar aku mengidam nak makan buah ni, semua saudara-mara berusaha mencari. Akhirnya dapat jgk buah delima dari Cu ayah, kak Ngah, Pak cik. Tapi......(ada tapi pulak)....

Sebelum ni aku tak pernah rasa buah delima yang ditaman di Malaysia. Rupanya, buah yang diberi oleh saudara-mara ku ini rupanya MASAM. Walaupun aku pregnant, aku tak teringin pun nak makan benda masam-masam ni. Dari sekolah lagi aku tak makan masam-masam.

Walaupun dah dapat buah delima, aku masih tak berpuas hati kerana aku belum jumpa buah delima manis yang sentiasa terbayang di mindaku mahupun di lidahku.

Bulan terakhir baru lah aku dapat merasai dan menikmati kemanisan buah idamanku. Rupa-rupanya, buah delima ni sentiasa ada dijual di gerai buah-buahan berdekatan dengan rumah kami. Kata penjual tu, buah ni diimport dari luar Malaysia dan sentiasa ada walaupun bukan musimnya tapi mahal la sikit.

Dalam Al-Quran, Allah berfirman:
“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Surah Al-An’am:99.

Buah Delima dan Khasiatnya...
- Kaya dengan sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus.
- Merupakan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.
- Dapat mengubati cirit-birit, sakit telinga, mata kabur, sakit gusi dan penghadaman yang baik bagi usus.
- Boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk.
- Buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.
- Mengandungi zat besi dan dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Amat sesuai untuk orang yang mengalami penyakit anemia.
Ranking: 5

6 comments

26 Oktober 2009 pada 3:23 PTG

alhamdulillah..... kalau tak nnt baby selalu meleleh air liur.... org kata la... hehehe

salam singgah

26 Oktober 2009 pada 7:30 PTG

Suka buah delima.sangat suka.

26 Oktober 2009 pada 11:38 PTG

Ya la shifu67, betul tu.....tu yg cari sampai dapat buah delima tu, tkut air liur dia meleleh.

26 Oktober 2009 pada 11:41 PTG

Ye ke cik cookie?skrg ni mmg musim dia. Dah banyak d psr mlm dan pekan nat (pasar sehari). Kat Kedah, ada yg jual sibiji RM1. Kat Perak, blum jmpa lg semurah tu. Abis murah RM2.50 sibiji.

27 Oktober 2009 pada 1:09 PTG

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry.. mintak sikit buah delima tu...hehehe

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila
klik disini.

Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

27 Oktober 2009 pada 2:54 PTG

Waalaikummussalam....thanks sudi ziarah blog yg serba kekurangan ni...
Nk buah delima ke?ambik la, jgn malu2....
Berbanyak terima kasih atas pujian dan sokongan di atas. InsyaAllah, semoga dgn sokongan rakan blog, akan meningkatkan qualiti serta dapat memberi dan menerima ilmu yg diumpamakan seluas lautan ni.Aminnn.....

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved