Beberapa tahun lalu aku ada terbaca sebuah buku cerita di rumah kakak ku. Aku dah lupa keluaran syarikat mana dan apa tajuk bukunya. Tapi aku tertarik dgn jalan ceritanya. Pasti kita semua pernah dengar cerita tentang arnab dan kura-kura yang beradu nasib bertanding dalam pertandingan lawan lari. Kesudahan cerita tu, kura-kura yang menang sebab keangkuhan arnab. Tetapi...berlainan pulak dengan buku yang aku baca. Sebab tu la aku teringin nak tahu kesudahan ceritanya. Dalam cerita ni, arnab yang menang sebab kura-kura berbangga di atas kemenangan moyangnya dahulu. Menarik kan???
Nak aku ceritakan ke? Aku tak pandai nak bercerita sebenarnya. Tapi kalau secara lisan dgn loghat utara, tak ada masalah la.
Dalam cerita tu, Sang kura-kura telah mengajak si arnab lawan lari dengannya tapi arnab menolak. Kura-kura mula jadi sombong kerana memikirkan bahawa arnab takut disebabkan kekalahan moyang arnab dahulu. Akhirnya arnab bersetuju dgn cadangan kura-kura. Seperti biasa, si bijak, Sang Kancil menjadi pengadil. Dalam pertandingan tersebut, si arnab terfikirkan tentang kekalahan moyangnya disebabkan rasa sombong, bongkak dan leka dalam menggunakan masa. (moyang arnab dulu berehat dulu dan tertidur bawah pokok, siap dgn mimpi lagi, mimpi makan carrot).
Oleh itu, si arnab mempergunakan masa sebaik-baiknya dan belajar dari kesilapan dan pengalaman lalu dengan memecut lari sekuat-kuatnya meninggalkan kura-kura di belakang. Akhirnya, si arnab telah menang dan kura-kura berasa malu akibat kesombongannya.
Pengajaran dari kisah ni......
Kita tidak boleh (jangan) sombong atau bongkak dengan kejayaan, kekuatan atau kekayaan kita hari ini kerana kita tidak tahu nasib kita di masa depan.
Hidup kita ini seperti roda yang sentiasa berputar. Mungkin hari ini kita berada di atas dan tidak selamanya kita akan sentiasa kekal di atas.
Perjalanan hidup kita hari ini dan esok tidak kita ketahui melainkan Yang Maha Pencipta.
7 comments
ms zmn kecik2 mmg byk citer2 haiwan ni kan???
Ya, mmg byk tp dulu susah, tak mampu nak beli buku cerita byk2. Harapkan dengar cerita dari mama,cikgu dan kawan2 je. Tapi skrg Alhamdulillah...
wah
ada sambungan
xtau plak
gud2
A'ah, x sangka kn ada lg sambungan rupanya kn. Itu yg menariknya tu.....
Salam,
wah, ni kali kedua baca kisah arnab dan kura-kura untuk malam ni..
memang betul, setinggi mana pun kita berada, jangan sesekali lupa memandang ke bawah..
W'salam..
hehe...ini post lama dah.
Betul tu supaya kita tak lupa diri.
kura kura terlalu berlagak sangat la
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini