Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan

SOSEJ HOMEMADE

on Sabtu, Jun 12, 2021

Assalamualaikum, Salam 1 Dunia.Ni kisah malam semalam tapi tak sempat nak tulis sebab setiap malam ada kelas pukul 9-11 malam.

    Beberapa bulan lepas, husbnd ada dapat voucher KFC 100 ringgit. Bulan puasa lepas dah guna 70. Ada baki lagi 30. Petang semalam keluar dengan husband ke KFC tapi tak sanggup nak beratur, ramai sangat. Cancle.

    Husband kata, "Jom la pi cari bahan mentah, kita buat roti burger. Abang nak buat inti sendiri". Dalam hati bersorak riang gembira sebab tak payah fikir nak masak apa-apa untuk makan malam. Tapi tu je la yang riangnya. Balik rumah, tak boleh goyang kaki saja.
  
 Besiang dan bersihkan ikan, udang, sotong untuk stock mingguan, potong sayur, buat coslow dan bahagian membasuh juga. Husband sediakan bahan. Ni 1st time dia cuba buat benda ni. Tak tahu la dipanggil apa. Boleh rujuk gambar kat bawah ye.

COSLOW
Ada rupa coslow KFC tak?

     Dia ambik isi ikan pelaling, buang kulit juga, bawang holand, daun basil, lada sulah, garam, origano dan blend semua bahan hingga hancur lumat. Dia masukkan daun bawang, tepung gandum, tepung beras dan gaul. Dia bentukkan panjang macam keropok lekor dan goreng.

BAHAN KISAR

YANG DAH SIAP GORENG

Eh, jadi rupanya! Tapi tak tau nama. Mungkin macam daging burger. Sapa tau, boleh komen nama untuk inti tu ye. Terima kasih.
  
Dia buat 8 ketul saja. Selebihnya ditinggalkan. Ni bukan jenis alang-alang menyeluk pekasam ni. Ku juga yang kena sambung ke pangkal lengan. Buat bulat² sudah. Goreng sekejap supaya tak lerai time nak guna esok dan simpan dlm peti beku.

LEBIHAN TADI, BUAT BULAT-BULAT PULA

    Dia masak sos lada hitam juga. Lupa nak ambik gambar. Bakat memasak tetiba muncul sejak pkp 1.0 lagi dan di sambung ke pkp 3.0. Alhamdulillah. Tapi masa pkp 1.0 lagi best. Yang ke 3 ni, masih boleh keluar bekerja.
ROTI YANG DAH SIAP

Ok. Itu la ceritanya. Boleh tengok dalam gambar kejadian roti manis dengan inti homemade. Terima kasih kerana sudi membaca.

Maajun Warisan Keluarga (MWK)

on Selasa, Oktober 14, 2014

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Dulu aku makan sorang-sorang. Dah hampir 7 tahun aku amalkannya. Sekarang ni, bila dah terbukti keberkesanannya, baru berani nak syorkan pada yang berminat atau yang memerlukannya.


Maajun Warisan Keluarga (MWK), ubat tradisi yang diamalkan secara turun-temurun dari nenek dan ibu-ibu pada masa dahulu.

Fungsi utamanya untuk merancang keluarga atau family planning. Kalau kita tengok jarak anak sesetengah keluarga statik je, 2 tahun, 2 tahun, 2 tahun. Ni la rahsianya. Tak perlu risau lagi nak beli pil perancang moden yang ternyata ada kesan sampingannya. 

Dari perbualan aku dengan ibu-ibu yang ada anak berderet, setahun seorang, mengikut pengalamannya, katanya, "Tak boleh la nak makan pil perancang, sakit kepala." Maka, tak sempat la nak rehat panjang lepas bersalin kerana dah nak dapat adik pulak.

Ada pulak yang kata, tak nak makan pil perancang sebab takut badan gemuk bagai di pam-pam. Jadi ini la penyelesaiannya.

Khasiat MWK: 
Merancang keluarga, merawat keputihan, kegatalan dan bau, mengetatkan kembali liang faraj lepas bersalin, teraturkan haid, membuang toksin dan darah kotor melalui haid, memelihara rahim, mengawal kolestrol dalam darah, melawas pembuangan air besar, mengawal berat badan, awet muda, menegangkan payudara dan menambah tenaga sepanjang hari.

Tak perlu nak ragu-ragu tentang maajun ni sebab tiada bahan steroid. MWK diperbuat daripada Kacip Fatimah, Senduduk, Serapat, Manjakani, Madu dan Minyak Zaitun. Baunya pun wangi.

Pada yang pernah mencuba, pasti dapat rasai keberkesanannya. Kalau ada yang berminat, jangan segan-segan untuk pm/email/sms/whatsapp aku.

Resepi Cheesekut

on Sabtu, Mac 22, 2014

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Hari ni, ada sikit mood rajin. Sikit je tau. Walaupun letih..pagi-pagi uruskan anak-anak, tengahari pergi ke pasar. Balik dari pasar, terus masak, makan. Bagi anak-anak tidur, keluar ke Giant pulak, cari bahan untuk buat cheese biskut.

Ni la rupa cheesekut yang aku buat. Comot sangat.


Sekarang ni resepi ni tengah popolar. Aku pun cuba try test. Macam variasi boleh buat. Aku ikut je resepi asal

Bahan:

250gm krim cheese
1/2 tin susu pekat
Sedikit susu segar
Biskut craker delux (boleh gantikan dengan biskut oreo atau apa2 biskut lain)
Nestum

Caranya;

Putar krim cheese dengan susu pekat dan sedikit susu segar agar jadi sedikit lembut. Jangan lembik sangat,nanti tak jadi. Anggaran 2-3 sudu susu segar je.

Celup biskut dalam susu segar dan susun dalam loyang. Ratakan krim cheese dan tabur nipis nestum. Ulang lagi lebih kurang 3 lapisan. Lapisan terakhir, masukkan semua krim cheese. Aku letak sedikit taburan milo dan nestum di lapisan paling atas. Sebab tu ada nampak hitam-hitam sikit.

Masukkan dalam peti sejuk semalaman. Esoknya baru boleh makan. Jadi, kita tunggu esok untuk merasai keenakannya.

Selamat mencuba.

*up date





Pai Nenas

on Jumaat, Mac 14, 2014

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Dah nak habis baru teringat nak snap pic

Petang-petam macam ni, aku saja merajinkan diri membakar pai memandangkan ada 3 biji nenas masak ranum. Daripada nenas tu rosak, elok juga aku buat jem nenas. Last aku buat jem nenas, masa sekolah rendah. Mama aku ajar buat jem. Ni kiranya kali ke 2 aku buat jem. Cara nak buat pun aku dah lupa jadi hentam la labu...

Kali pertama aku makan pai nenas ketika bercuti di Resort Pantai Cahaya Bulan, Kelantan. Sedapnya la pai tu. Itu la kali pertama dan terakhir aku makan pai yang sedap. Pai di McD pun tak boleh lawan dengan pai tu.

Untuk mengulangi memori silam (ceewah...), aku pun cuba la buat pai sendiri. Resepi sendiri la ni.. Ada juga cuba google Resepi Pai Nenas tapi rasa malas je nak buat bila tengok resepi yang pelbagai. Jadi aku buat la ikut citarasa sendiri. Di bawah ni aku ada sediakan resepi simple Pai Nenas.

Bahan-bahannya:

Filling
1/2 biji nenas
3 @ 7 sudu gula pasir (boleh kurang atau lebihkan ikut kemanisannya)
sedikit air
Sedikit tepung jagung (untuk memekatkannya)

Pai
2 @ 3 cawan tepung gamdum
sedikit minyak jagung/ matahari yang panas
sedikit air

Cara-caranya:
Buat intinya dulu. Kalau malas sangat, beli je jem nenas di kedai. Aku hiris nipis atau dadukan buah nenas tersebut dan masukkan ke dalam periuk beserta gula dan sedikit air. Kalau tengok nenas tu macam dah keluarkan jusnya, masukkan tepung jagung. Kalau sehingga semua bahan sebati dan pekat. Ketepikan.

Seterusnya, ayak tepung gandum terlebih dahulu. Mana tau ada batu kecil ke, ulat ke, kaboi ke...(tak tau kaboi tu apa?) Ala..binatang yang warna hitam macam dalam beras tu.

Masukkan minyak yang telah dipanaskan (betul-betul panas) ke dalam tepung tadi, masukkan sedikit garam dan sedikit air. Kalau nak masukkan telur pun boleh juga. Uli doh tersebut sehingga sebati dan sedikit kenyal supaya senang nak gelek (apa ya bahasa standard nya?) atas permukaan rata dan tidak melekat.

Apabila dah siap adun, uli dan leperkan supaya adunan tu tak tebal dan cepat masak. Aku buat bentuk bulat dan letakkan atas tudung periuk. Lupa nak ingatkan, Doh bahagi 2 bahagian untuk bawah dan atasnya. Bila dah dinipiskan, letak filling atau jem nenas tadi di atas lapisan bawah dan tutup adunan di bahagian atasnya.

Kalau nak cantik lagi, tekan atau kelimkan di bahagian tepi adunan dengan garfu. Bakar dengan suhu 200 darjah C, api atas dan bawah selama 40 minit lebih kurang.

Selamat mencuba.





Resepi Ais Krim Oreo Mudah

on Selasa, September 17, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Pagi-pagi ni bersemangat untuk buat ais krim. Sebenarnya dah lama nak buat cuma bahan-bahannya tak cukup jadi kena postpone dulu. 



Resepi ni diambil dari Buku Resepi Facebook. Mudah sahaja cara membuatnya.

Bahan-bahannya:
1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat manis
2 sudu besar ovallet
2 sudu besar milo (boleh juga gantikan dengan beberapa keping biskut oreo)
Coklat rise (untuk hiasan)

Caranya...
Blender semua bahan di atas sehingga gebu kecuali coklat rise. Masukkan dalam bekas dan taburkan coklat rise. Mengikut resepi asal, coklat rise tu di tabur setelah beberapa ketika adunan sejuk. Tapi malas dah dak buat kerja banyak kali jadi, aku taburkan terus sebelum disejukkan..

Selamat mencuba..

Kobis Oh Kobis.

on Sabtu, Jun 15, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Siapa suka makan kobis?
Kobis ni ada kebaikan dan ada keburukannya. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh tanya pakcik google.


Aku memang tak suka makan kobis tapi kadang-kala termakan dan tertelan sebab dihiris kecil. Pernah aku bagitau pada hubby tentang keburukan kobis tapi hubby ku dan orang yang seangkatan dengannya tak percaya. Jadi, apa boleh buat? Hati orang tak boleh nak paksa kan...biar la si luncai terjun dengan labu-labunya..(apa kena-mengena dengan si luncai, labu-labu dan kobis? entah la...)

Masa kecil-kecil dulu pun, mama aku suka beli 1/4 hirisan kobis dan disuruhnya aku buka sehelai-sehelai ketika membasuh. Dulu kan susah, kena la berjimat-jimat. Kadang-kadang ambil 3 ke 4 helai sahaja untuk digoreng dengan nasi.

Hubby ku pulak suka beli sebiji untuk dibuat sayur atau coleslow. Aku tolong masakkan saja...Apa yang aku nak ceritakan ni, moga diambil perhatian pada yang suka makan di luar atau makan kedai. Kalau masak di rumah, dah tentunya sayur dibasuh sebersihnya tapi di kedai, siapa tahu kan?

Kadang-kadang tukang masak di kedai basuh sebiji kobis dan dengan cepat terus hiris halus. Nak tau apa aku jumpa ketika aku buka sehelai-sehelai kobis yang di basuh? Ada beberapa ekor cacing tanah di setiap cerok dan pelusuk kobis. Ketika tu terbayang la macam mana kalau makan di kedai, tukang masak hiris cepat-cepat dan masukkan ke dalam kuali? Maka makan la kita sayur kobis beserta hirisan cacing tanah. Sila jangan muntah.....

Kalau ulat dalam buah boleh dimakan (ada ke yang sanggup makan kalau tau ada ulat?), cacing dalam sayur macam mana pula? Ohh tidak...

Jalan-jalan Cari Makan: Doli Kuey Teow

on Selasa, Januari 29, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Seminggu bercuti, seronok sangat. Bercuti dalam Malaysia dan juga luar Malaysia dalam tempoh seminggu. Alhamdulillah, dapat juga tengok negara orang.

Sebelum balik ke kampung, aku sekeluarga singgah menjamu selera di Doli Kuey Teow yang terkenal di Taiping. Sebenarnya sudah lama nak singgah makan di situ tapi ramai sangat pelanggan hinggakan tiada tempat duduk.

google

Balik kampung selepas waktu bekerja, jadi tak ramai sangat orang. Jadi dapat la merasa kuey teaw Doli. Aku makan 2 pinggan kuey teow biasa, hubby order special dan anakku kuey teaw sup. 

Rasanya biasa-biasa sahaja. Oleh kerana kelaparan sangat-sangat, habis juga 2 pinggan. Perjalanan di teruskan lagi....
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved