"Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir" (Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)
Home > Posts filed under Agama
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.
Posted by Iza on Jumaat, Julai 20, 2012 at Jumaat, Julai 20, 2012
Bulu Berbulu
Posted by Iza on Jumaat, Jun 22, 2012 at Jumaat, Jun 22, 2012
Pada suatu hari, Rasulullah bertanya pada Iblis, "Wahai Iblis, siapakah orang yang paling kamu suka?"
Jawab Iblis dengan panjang lebar, " Orang yang sangat aku suka ialah lelaki dan wanita yang tidak mahu mencukur bulu ari-arinya (kemaluannya) dalam tempoh 40 hari. Aku akan duduk di situ mengecilkan diriku seperti kutu. Aku membuat sarang di sana dan aku juga bergantung dan berbuai-buai pada bulu ketiaknya yang tidak dicukur atau dicabut dalam masa 40 hari."
Kongsikan artikel Bulu Berbulu ini jika bermanfaat.
Gambaran Ketika Israk Dan Mikraj Nabi.
Posted by Iza on Ahad, Jun 17, 2012 at Ahad, Jun 17, 2012
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada satu malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat.(Surah Bani Israil: 1)
- Jin Ifrit membawa obor (api) sambil mengejar Nabi dari belakang. Malaikat Jibril ajarkan doa menagkis serangan jin. Apabila Nabi membacanya, jin tersungkur.
- Sekumpulan manusia memecahkan kepala sendiri. Apabila bercantum dipecahkan lagi tanpa henti. Balasan bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang
- Sekumpulan manusia memakai cawat dihalau untuk makan buah berduri yang amat pahit atau api neraka. Balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat
- Sekumpulan manusia dihidangkan dengan 2 mangkuk berisi daging masak dan daging mentah yang busuk. Mereka memilih daging mentah. Gambaran manusia yang berzina sedangkan mereka mempunyai pasangan yang sah.
- Beberapa orang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapi menambahkan lagi bebanan. Gambaran orang yang diamanahkan sesuatu tugas, walaupun tidak mampu melaksanakannya tapi menerima amanah/tugas lain.
- Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan gunting besi. Apabila bersambung semula digunting lagi tanpa henti. Perbandingan orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi dia sendiri tidak melakukannya.
- Sekumpulan orang berkuku tembaga menggaru muka dan dadanya sendiri sehingga habis daging, namun masih menggaru lagi. Gambaran orang yang mengumpat dan membuka rahsia orang kepada orang lain serta menjatuhkan maruah mereka.
- Seekor lembu keluar dari satu lubang yang sempit, kemudian cuba masuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh. Gambaran pasangan lelaki dan perempuan asing berbual perkara lucah, kemudian menyesal tapi tidak mampu menarik perkataannya.
- Seorang lelaki datang dari arah kanan Nabi meminta Nabi berhenti seolah-olah hendak bertanya sesuatu. Seruan orang Yahudi. Jibril menerangkan jika Nabi melayan, nescaya ramai umatnya menjadi Yahudi
- Seorang lagi datang dari arah kiri merayu Nabi supaya berhenti Seruan orang Nasrani menghalang sebaran Islam
- Seorang wanita dengan perhiasan yang sarat meminta Nabi berhenti. Gambaran tipu daya dunia. Jika Nabi menjawab ramai akan terpesona dengan keduniaan.
- Orang tua duduk di tepi jalan seraya menyuruh Nabi berhenti. Seruan Iblis cuba menghalang usaha dakwah
- Seorang wanita bongkok tiga menahan Nabi untuk bertanya sesuatu. Gambaran umur dunia yang sangat tua dan tunggu saat untuk kiamat
- Nabi tercium bau yang amat harum. Tempat Mashitah dibunuh kerana mempertahankan keimanannya sehingga dia dan keluarga menjadi mangsa kepada Firaun.
- Kayu merentangi jalan sehingga menyukakan orang lalu-lalang. Gambaran orang yang suka berpeleseran dan melepak
- Sekumpulan orang berenang di dalam sungai darah. Mereka dilempar dengan batu. Batu-batu itu diambil dan dimakannya. Gambaran orang yang makan riba'
- Sekumpulan manusia menanam gandum. Sesaat kemudian berbuah dan dituai. Gambaran orang yang suka membelanjakan harta untuk perjuangan menegakkan kalimah Allah.
Kongsikan artikel Gambaran Ketika Israk Dan Mikraj ini jika bermanfaat.
Ringtone Azan Di Handphone
Posted by Iza on Jumaat, Jun 08, 2012 at Jumaat, Jun 08, 2012
Kongsikan artikel ini jika bermanfaat.
Keajaiban Burung.
Posted by Iza on Jumaat, Mac 30, 2012 at Jumaat, Mac 30, 2012
"Tidakkah mereka memerhatikan pada burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa lepas. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bagi orang yang beriman." (Surah al-Nahl: 79)
- Tulang burung sangat ringan tetapi kukuh kerana bahagian dalam tulangnya kosong.
- Sayap burung dijadikan dalam bentuk aerodinamik yang membantunya untuk terbang dengan baik.
- Paru-paru burung sangat unik kerana ia menyedut dan menghembus udara melalui saluran berbeza.
- Bulunya dibentuk daripada protein yang dinamakan keratin. Bahan yang keras dan tahan lasak ini terbentuk daripada sel-sel lama yang meninggalkan sumber zat dan udara untuk mati dan menghasilkan sel-sel baru.
- Burung membersihkan bulunya menggunakan minyak yang keluar daripada kelenjar minyak di ekornya. Ini menjadikan bulu burung kemas, berkilat, licin dan kalis air.
- Semua burung yang terbang mempunyai tulang dada (sternum) yang kuat untuk menyokong otot-otot sayap.
Pulang Ke Rahmatullah.
Posted by Iza on Jumaat, Mac 09, 2012 at Jumaat, Mac 09, 2012
"Ya Allah, Tuhanku!
Sesungguhnya telah sempitlah bumi yang lapang itu bagiku.
Ya Allah, ambillah aku kepadaMu...."
"Saya bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w yang sedang berdiri di samping beberapa orang sahabatnya. Maka saya mengucapkan Salam kepada Baginda dan Baginda membalas Salam saya. Lalu saya bertanya, Mengapa Junjungan berhenti dan berdiri di tempat ini, ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Aku menunggu kedatangan Muhammad Bin Ismail."
Imam Bukhari Difitnah.
Posted by Iza on Jumaat, Mac 02, 2012 at Jumaat, Mac 02, 2012
Pada suatu masa Imam Bukhari pergi ke Naisabur. Walaupun pemergiannya dirahsiakan, berita ketibaabnya cepat tersebar. Ramai penduduk di situ menyambut ketibaannya. Beliau juga terkejut melihat pasukan berkuda mengiringi beliau masuk ke negeri itu.
Peristiwa tersebut dilihat oleh penduduk negeri itu sebagai suatu perarakan besar yang luar biasa. Malangnya bukan semua penduduk terpesona dan gembira dengan sambutan tersebut terhadap Imam Bukhari. Ada yang iri hati dan hasad terhadapnya.
Terdapat beberapa ulama tempatan yang tidak ikhlas dan mengharap sanjungan dari orang lain tetapi tidak mendapat sanjungan seperti yang diberikan kepada Imam Bukhari.
Golongan ulama curang ini telah mencari sebab dan alasan untuk menganiaya dan mendedahkan aib atau kelemahan beliau di khalayak ramai tetapi gagal. Maka dicarilah fitnah supaya Imam Bukhari dihadapkan ke mahkamah berhubung fitnah "Quran Makhluk"
Pendapat ini berasal dari golongan Muktazilah yang telah berjaya mempengaruhi beberapa orang Khalifah hingga tersebar fitnah "Quran Makhluk" yang memecah belah perpaduan umat Islam.
Akhirnya Imam Bukhari di bawa ke majlis pengadilan yang diadakan khusus untuk beliau. Beberapa ulama berdiri dan menghuraikan tuduhan mereka terhadap beliau. Pada mulanya Imam Bukhari hanya mendengar dan menyaksikan sahaja sandiwara mereka dengan penuh sabar.
Akhirnya dengan tegas beliau menjelaskan:
"Quran itu adalah Kalamullah. Oleh itu, ia bukanlah makhluk. Tetapi apa jua yang dibuat dan dicipta oleh manusia adalah makhluk ( termasuk kertas dan pena yang mencatat wahyu Allah itu)"Imam Bukhari kemudian membawa nas Al-Quran dan Hadis bagi menyokong pendapatnya. Imam Bukhari berjaya mengatasi cabaran yang dihadapinya. Namun, ulama curang itu masih tidak berputus asa.
Mereka berjaya mendorong Gabenor Az-Zihliy bertindak melarang Imam Bukhari tinggal di Naisabur. Fitnah tersebut akhirnya reda dan Imam Bukhari dibenarkan pulang ke kampung halamannya di Bukhara dan menetap di sana dalam keadaan aman.
Selama di Bukhara, beliau mengadakan majlis ilmu dan ramai pengikut. Hal ini sekali lagi mengusik perasaan Gabenor Az- Zihliy. Kali ini Gabenor bimbang terhadap pengaruh Imam Bukhari yang semakin besar di Bukhara.
Akhirnya Imam Bukhari diperintah supaya mengadapnya dan membawa kitab-kitab karangannya untuk diperiksa. Oleh kerana bimbang kitabnya akan dirampas dan dibinasakan, Imam Bukhari menolak perintah dengan sopan.
Penolakkan tersebut diterima sebagai suatu penghinaan lalu Az-Zihliy memerintahkan Imam Bukhari keluar meninggalkan Bukhara. Jika tidak, beliau akan ditangkap dan dipenjarakan.
Sekali lagi Imam Bukhari di usir keluar dari tanah airnya sendiri dan terpaksa hidup dalam buangan di sebuah kampung kecil di luar Bukhara bernama Kharninak..
Itulah fitnah yang terpaksa dihadapi oleh Beliau. Ikuti kisah terakhirnya di minggu akan datang dengan tajuk Pulang Ke Rahmatullah.
Imam Bukhari : Ilmu Dan Akhlak.
Posted by Iza on Jumaat, Februari 24, 2012 at Jumaat, Februari 24, 2012
Keperluan Hidup.
Imam Bukhari hidup secara sederhana walaupun mewarisi sedikit harta daripada ayahnya. Beliau juga tidak membelanjakan harta pusaka ayahnya untuk kesenangan hidupnya. Makanan dan minumannya sekadar menjadikan beliau sihat dan bertenaga untuk mencari ilmu.
Beliau juga tidak keberatan untuk menolong murid-muridnya yang susah dan tidak mampu membeli makanan. Beliau mendirikan tempar belajar dengan wangnya sendiri.
Dalam keadaan susah ketika beliau menuntut ilmu, beliau pernah mencari daun-daun kayu dan rumput untuk mengalas perut sebelum beliau mendapat makanan.
Beliau tidak pernak menyatakan keinginannyan untuk makan makanan yang lazat kecuali jika dihidangkan oleh orang lain.
Imam Bukhari: Pengajiannya.
Posted by Iza on Jumaat, Februari 10, 2012 at Jumaat, Februari 10, 2012
"Tidak sempurna ilmu (Hadis) yang dipunyai oleh seorang ahli Hadis melainkan setelah dia belajar daripada orang yang lebih alim daripadanya, yang sama alim dengannya dan yang kurang daripadanya"
Iman Bukhari: Peribadinya.
Posted by Iza on Jumaat, Februari 03, 2012 at Jumaat, Februari 03, 2012
Jadual Puasa Sunat 2012.
Posted by Iza on Selasa, Januari 17, 2012 at Selasa, Januari 17, 2012
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Muslimin dan muslimat yang berminat dan ingin menambah saham akhirat, boleh tengok jadual di bawah.
Download SINI.
Dunia Akhir Zaman.
Posted by Iza on Jumaat, Januari 13, 2012 at Jumaat, Januari 13, 2012
![]() |
| SOLUSI |
Sesungguhnya, mengingati Allah akan membuatkan hati kita menjadi tenang.
Sifat 20
Posted by Iza on Ahad, Mac 27, 2011 at Ahad, Mac 27, 2011
Salam 1 Dunia.
Kali ni Along nak masuk blog ibu.
Oleh kerana aku tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa, aku menghabiskan masa dengan menulis blog dan mengajar anakku serba sedikit ilmu yang mudah untuk dihafal. Syukur Alhamdulillah, walaupun tak sehebat anak Ustaz (usia 3 tahun dah boleh baca Quran), anakku dah boleh baca Alif Ba Ta, Sifat 20, doa makan, doa tidur, mengira, kenal jenis warna dan nama binatang. Cuma ada sedikit masalah jika mengira dalam bahasa Melayu dan sebutan ABC, pasti ada yang tertinggal. Harap-harap, dia boleh ikut apabila mula belajar di Tabika nanti (mungkin tahun hadapan).
Kadang-kadang aku risaukan tentang satu perkata berkenaan anakku ini. "Banyak Akai", kata orang Kedah. Kalau dia nakkan sesuatu, nak jugak-jugak. Kalau tak dapat, menangis guling-guling dibuatnya, ambil masa yang lama pulak tu, susah nak dipujuk melainkan dapat apa yang dia nak. Nak kena berikhtiar dan cari ubatnya ni.
Sekian dulu untuk kali ini...
Entry lama:
Sedikit Renungan Di Celah Kesibukan Kita Setiap Hari.
Pemesongan Akidah
Posted by Iza on Jumaat, Mac 18, 2011 at Jumaat, Mac 18, 2011
Salam 1 Dunia.
PENTING !Mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh Saudaramu se-iman !!!
Waspadalah terhadap website di bawah ini:
1. www.answering-islam.org
2. www.aboutislam.com
3. www.thequran.com
4. www.allahassurance.com
Laman web tersebut tersebut telah sengaja dibuat oleh kaum Yahudi yang senantiasa gencar menyebarkan pemahaman yang salah tentang Al-Qur'an, Hadits dan Islam
Sekali lagi, mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh saudara Muslim di dunia.
Selalu waspada dan jeli terhadap semua sumber informasi tentang Islam yang ada di beberapa Islamic Website, meskipun kelihatannya sungguh meyakinkan.
Mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh Saudaramu se-iman !!!
Jika tidak...maka seluruh Muslim di dunia bisa saja mendapatkan informasi yang salah dan keliru tentang Islam, untuk itu dimohon agar dapat menyebarkan pesan ini segera setelah membacanya.
Entry copy paste dari CINA ISLAM (http://idhamlim.blogspot.com/2009/08/mohon-sebarkan-kepada-saudara-saudara.html)
Sejauh Mana Penghulu Segala Hari?
Posted by Iza on Jumaat, Januari 28, 2011 at Jumaat, Januari 28, 2011
Salam 1 Dunia.
Sewaktu aku berada di negeri kelahiranku jelapang padi iaitu Kedah beberapa tahun dulu, hari Jumaat merupakan hari yang terlalu tenang, damai, sunyi dari kesibukan dan keriuhan kenderaan lalu lalang. Aku benar-benar terasa hari Jumaat merupakan PENGHULU SEGALA HARI kerana segala urusan dunia seperti kerja dan persekolahan dihentikan pada hari tersebut.Hari Jumaat juga istimewa bagi kaum Adam kerana lebih relax dan tenang tanpa tergesa-gesa untuk bersiap sedia sebelum menunaikan solat Jumaat tanpa perlu memikirkan soal kerja. Pada hari Jumaat juga kita disunatkan untuk mandi sunat hari Jumaat, memotong kuku dan berpakaian bersih.
How to change your 'credit card fees' into free stuff instead. For Malaysians only.
Namun kini hari Jumaat bukan lagi seperti dulu. Tiada lagi keistimewaan di hari Jumaat kerana pada hari Jumaat, suasana menjadi teramat sibuk. Bagi kaum Adam, seperti hari-hari biasa bersiap sedia ke tempat kerja. Pulang seawal 12.00 tengahari, itu pun jika tiada kerja yang mendesak atau mustahak. Lazimnya akan tergesa-gesa untuk makan tengahari sebelum berangkat ke masjid. Bagi yang jauh dari rumah, tanpa mandi dengan baju kerja yang berpeluh dan ketat terpaksa solat dalam keadaan tidak selesa. Tiada lagi baju Melayu, berkopiah atau bersongkok.
Time to get products from Apple.
Tiada lagi cuti rehat dalam Islam untuk Penghulu Segala Hari. Agama ini tidak seperti Yahudi yang menetapkan hari Sabtu sebagai cuti rehat dan hari Ahad seperti agama Kristian. Kini hari Jumaat bukan lagi hari cuti mingguan tetapi sekadar hari untuk menunaikan solat Jumaat dan kesesakan.
Sony Ericson K660
Kini, hari Jumaat telah dicemari dengan pelbagai aktiviti terutamanya oleh wanita Islam yang sibuk membeli-belah tika kaum muslimin menunaikan solat Jumaat. Alangkah bagus jika seluruh negeri di Malaysia cuti pada hari Jumaat, PENGHULU SEGALA HARI. Wallahhu'alam....
Azimat Untuk Insan yang Bernama LELAKI...
Posted by Iza on Khamis, November 19, 2009 at Khamis, November 19, 2009
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah
http://www.blogger.com/img/blank.gif
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak danduri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak....
15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran
Sumber : Mahligai
Jangan Tertipu...
Posted by Iza on Isnin, November 09, 2009 at Isnin, November 09, 2009
Mungkin ada yang dah dapat email seperti ini.
Hari ini saya ada terima email dari ayah di kg. Jadi, saya ingin berkongsi sedikit info. Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yg bernama Muslim...

Yang pasti........... ini bukan ayat al-Quran......
Semoga kita semua berhati2 jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita.
Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara2 kita.
Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR ..............
Perhatian:
Kalau ternampak penghujungnya ditulis
"Surah Injilu Matay" (Terus reject)
Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.....Jangan terpedaya pada
rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga... tengok
keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk
menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah
Al-Quran......sebenar ayat Bible.
PERINGAT size="3" face="Times New Roman">
Bermula pada 21-08-2006 lalu,Sebuah Gereja di Damansara telah
mengedarkan Kitab Injil dalam bahasa Melayu dinamakan AL-KITAB.
Jangan Terpedaya dgn kitab ini.Dalam pada itu 3 jenama Air mineral
juga telah di edarkan dan telah berada di pasaran.Air Mineral
tersebut ialah BESTARI,AL-BARAKAH dan AL-MANSUR.
Air mineral ini dikatakan telah dicampurkan dengan HOLY WATER
(Air jampi Kristian).Sesiapa yang a tidak dapat
MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH.
Ingat !!!!!! Jangan ambil air ini sekiranya diberikan secara percuma.
Yang Teristimewa...
Posted by Iza on Rabu, November 04, 2009 at Rabu, November 04, 2009

Allahu Akbar!!
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba Kita amati.. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa? Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratulmaut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.'
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan berkumandang. Sebagai seorang Islam, kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan, kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Tapi mengapa ketika azan, kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Sesiapa yang mengucapkan kalimah 'Lailahaillallah' ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
Syurga untuk mereka.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah' semasa sakaratul maut menghampiri kami... Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'
Sesuatu yang tak pernah terjangkau di akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan mengalunkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Saja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.
Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mulai berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S..W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.
Bermula dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya sebanyak 180 juta. Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia .
Perbedaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belum alunan
Azan merata Indonesia selesai, dimulai pula di Malaysia .
Berikutnya di Myanmar dan dalam waktu satu jam selepas Azan dialunkan di Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh.
Berikutnya alunanannya akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India .
Perbedaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 menit jadi dalam jangka waktu ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbedaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam.
Dalam jangka waktu ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq. Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.
Jarak masa Azan mula dialunkankan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik
adalah 9-1/2 jam. Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.
Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus. Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!
Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara, akan bergetar satu dunia dengan alunan Azan yang tidak putus-putus.
Allahu Akhbar!
Dipetik dari email yg diforwardkan....











