Ringtone Azan Di Handphone

on Jumaat, Jun 08, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Sekarang ni ramai yang gunakan smartphone, tablet dan pelbagai jenis teknologi yang sentiasa berkembang pesat. Apabila sebut tentang Android, pasti kita terbayangkan Market atau Google Play dan boleh download pelbagai aplikasi untuk kemudahan kita. Kalau boleh install semua, rasanya semua aku nak install. Bila rasa tak berguna, baru rasa menyemak dan nak buang pulak.


Pernah install apps Muslim Pro yang mengandungi Azan, Quran dan Arah Kiblat? Atau apps myAzan Free dan yang seangkatan dengannya? Kalau belum install, boleh la cuba. Kita boleh set tempat dan kedudukan kita bagi menentukan waktu azan 5 waktu termasuk waktu terbit fajar.

Aku dah lama install benda ni. Memudahkan aku untuk tahu waktu solat. Walaupun masjid dekat dengan rumah tapi pencemaran bunyi telah menghalang suara azan berkumandang. Tau-tau saja la, rumah aku berdekatan jalan utama Teluk Intan- Sungai Besar - Klang. Banyak trailer yang lalu-lalang. Azan subuh pun sayup-sayup je dengar. 

Aku on semua waktu solat dan letakkan nada dering Azan apabila masuk waktunya. Tapi sejak kebelakangan ini, ramai pulak yang call aku time azan sedang berkumandang dari corong smartphone aku tu. Tak diangkat, bimbang pula kalau-kalau ada hal penting. Kalau aku jawab panggilan, wujud pulak masalah lain.

Masalahnya ialah kalau aku angkat dan terima panggilan ketika azan sedang berkumandang, suara azan tidak akan berhenti. Mana satu yang aku nak dengar? Dengan nak jawab azan lagi, nak dengar orang di sana bercakap lagi, rasa bersalah pun ada jugak. 

Kita kan kena hormat azan (jangan bercakap) dan menjawab azan tersebut secara tertib. Apabila aku angkat telefon, dua-duanya aku dengar, aku dah tak tau mana satu nak jawab, aku segera tekan off. Dah banyak kali aku buat. Kesian pulak pada orang yang menelefon. Rasa bersalah sangat-sangat. Orang yang kerap telefon pulak hubby aku sendiri bila dia tak dapat nak balik makan di rumah atau balik lewat atau ada apa-apa yang ingin disampaikan padaku melalui telefon.

Akhirnya aku vibrate semua waktu solat kecuali waktu subuh sebab time ni mana ada makhluk Allah nak call. Bulan puasa nanti (waktu sahur) mungkin ada yang call time subuh.

Sebenarnya menyusahkan juga kalau nak masuk dalam tandas. Kalau kita berjalan jauh, tiba-tiba masa kita ada dalam tandas tu azan berbunyi. Bahaya jugak tu.

Walau apa pun yang kita lakukan, kita buat lah yang terbaik untuk diri kita sendiri tanpa menyusahkan orang lain. Sekadar perkongsian di pagi Jumaat.







Kongsikan artikel ini jika bermanfaat.

Ranking: 5

14 comments

8 Jun 2012 pada 2:40 PG

pernah sekali ada kejadian dalam tandas awam..sedang menunaikan hajat, tiba tiba diruang sebelah kedengaran laungan azan ditelefon bimbit 'jiran' ruang sebelah tu..dan kedengaran jugak secara sepontan dari pemilik hempon tu, "Allah..time ni jugak la dia nak berbunyi pun"..

hehehe..klakar pun ada..tapi tu la, kena berhati hati la jugak kalau menggunakan aplikasi sebegitu dan jangan sampai tersasul tersebut perkataan 'jalalah' dalam tandas pulak kerana kealpaan kita sendiri tu..

8 Jun 2012 pada 10:35 PG

ohohohoho ..aiyoo.

8 Jun 2012 pada 12:04 PTG

Pengunaan app azan ni memang best, membantu bila rumh jauh drpd masjid dan bile time pi masuk hutan..

8 Jun 2012 pada 12:32 PTG

hehe...saye just set alarm jer dgn azan atau pun yg sewaktu dgnnya....

lagipun, saye tak seglamer Iza, ada org call tiap2 hari...hehehehe

Pepun, bagus jugak ada ringtone camni...leh dgr bila diperlukan...best!

8 Jun 2012 pada 3:53 PTG

aplikasi ni mmg berguna jika melancong kenegara yg tidak ramai org islam..panh sebulan di negara matahari terbit..x pernah dgr azan..mmg rindu sgt2.. :)

8 Jun 2012 pada 5:32 PTG

Sudah ada app azan di komputer dan handphone..
thanks for sharing here

9 Jun 2012 pada 12:05 PG

Salam,
Dulu pernah juga pasang aplikasi azan ni waktu guna telefon lama..
betul juga tu.. tak kira apa aplikasipun.. janji guna untuk kebaikan dan tak menyusahkan diri sendiri atau orang lain..

9 Jun 2012 pada 11:52 PTG

Dulu letak juga. Tp bila banyak na jobs terus vibratekan aja. Macam fobia lah sekarang ni dengar ringtone. Harap2 tak kena sakit jantung :)

11 Jun 2012 pada 9:09 PTG

ya tak ya juga, kan
tetiba je bunyi azan dalam tandas
tak molek la lagu tu

13 Jun 2012 pada 12:53 PG

Jangan bunyi azan ketika didalam tandas sudahlah.

14 Jun 2012 pada 12:10 PG

Salam kak..
Baru2 ni saya ada baca article ringtone azan dan ayat2 Al Quran diharamkan di Arab, atas alasan ketika ringtone berbunyi kita angkat phone, maka jadi separuh dan maksudnya akan jadi lain...Wallahualam. :)

Tanpa Nama
19 Februari 2013 pada 7:28 PG



Hеre iѕ my page payday loan online
my webpage :: payday loan online

Tanpa Nama
19 Februari 2013 pada 8:34 PG



Аlso νisit my ωеblog; payday loan,
Also visit my web blog ... payday loan online

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved