Sifat 20

on Ahad, Mac 27, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Kali ni Along nak masuk blog ibu.


Anak aku ni dah tak sabar-sabar nak masuk Tabika dengan semangat yang berkobar-kobar tapi belum diizinkan oleh abahnya. Kata abahnya, umur masih muda lagi, baru 3 tahun 4 bulan pada Januari lepas.

Namun begitu, Alhamdulillah, aku dah ajar perkara yang mudah disebut. Sebelum aku melahirkan dia, aku berazam untuk buat eksperimen pada anakku ini. Boleh ke dikatakan eksperimen? Kata orang, membaca Quran semasa mengandung, menyusu dengan susu ibu, makan makanan sunnah (kurma, kismis, delima) di samping doa-doa dan amalan-amalan lain membuatkan anak pintar. Aku berusaha untuk menyusu sepenuhnya dalam 2 tahun dan dalam usia 2 tahun setengah, dia tidak lagi memakai pampers dan tidak pernah kencing tilam. Aku juga merancang untuk menghantar ke Tabika seawal 3 tahun. Namun apakan daya, aku hanya mampu merancang.

Oleh kerana aku tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa, aku menghabiskan masa dengan menulis blog dan mengajar anakku serba sedikit ilmu yang mudah untuk dihafal. Syukur Alhamdulillah, walaupun tak sehebat anak Ustaz (usia 3 tahun dah boleh baca Quran), anakku dah boleh baca Alif Ba Ta, Sifat 20, doa makan, doa tidur, mengira, kenal jenis warna dan nama binatang. Cuma ada sedikit masalah jika mengira dalam bahasa Melayu dan sebutan ABC, pasti ada yang tertinggal. Harap-harap, dia boleh ikut apabila mula belajar di Tabika nanti (mungkin tahun hadapan).

Kadang-kadang aku risaukan tentang satu perkata berkenaan anakku ini. "Banyak Akai", kata orang Kedah. Kalau dia nakkan sesuatu, nak jugak-jugak. Kalau tak dapat, menangis guling-guling dibuatnya, ambil masa yang lama pulak tu, susah nak dipujuk melainkan dapat apa yang dia nak. Nak kena berikhtiar dan cari ubatnya ni.
Sekian dulu untuk kali ini...

Entry lama:
Sedikit Renungan Di Celah Kesibukan Kita Setiap Hari.
Ranking: 5

11 comments

27 Mac 2011 pada 12:20 PG

alolo..
comelnya dia..
anakk lelaki susah sikitlah iza..
lagi banyak akalnya..
nak main jer yang dia tahu..

27 Mac 2011 pada 1:59 PG

as salam iza

Adat ler budak baru umur 3 tahun lebih bila mengira atau membaca ABC akan ada yg tertinggal.Jgn dok risau hal tu.

Tentang banyak akai tu. Jangan sesekali berkata 'jangan' atau 'tidak boleh' pada mereka ini tapi alih kan perhatian mereka pada benda lain. sebagai contoh. kalau anak hendak makan ais krim tapi masa tu dia batuk, mula2 terangkan kenapa dia tak boleh makan ais krim dan kita berikan makanan lain 'yg dia suka' sebagai 'umpan' untuk mengalihkan perhatian dia terhadap ais krim tadi dan yg paling penting biasakan apa yg kita beri, dia terima bukan nya tanya apa yg dia hendak. Maknanya kita yg tentukan apa yg dia dapat bukannya dia dapat apa yg dia hendak.

Alhamdulillah kedua2 anak wa belum lagi pernah sekali nangis berguling2 dengan wa bila hendakkan sesuatu. Ada masanya wa penuhi juga permintaan mereka sebagai 'hadiah' dan terangkan kenapa mereka dapat apa yg mereka inginkan.

27 Mac 2011 pada 2:06 PG

wah..tahniah2...dh besar anak ko nie..bijak2..bgus2 ajar awal2..nnti dh masuk tadika senang...

p/s:mana dpt burung biru tu?comel betul..bole terbang lak tu..

27 Mac 2011 pada 3:06 PG

salam..
cerdik budaknya tu..
pendidikan awal yang
baik pasti menajamkan
kepandaian beliau lagi

27 Mac 2011 pada 12:26 PTG

@cikgu isza
Ya ka?
Hmmm, biasa la lelaki.

@wachak
W'salam.
Mula2 dulu ada jgk aku buat macam tu, tp dia sengaja tak nak faham kot. Akupun kdg2 naik angin sama kalau habis sabar...

@black_mel
Terima kasih. Hmmm, itu lah..buat persediaan awal2.

p/s:ada tutorialnya. nak ke?nanti aku email...

@zulkbo
W'salam.
InsyaAllah, harap2 begitu lah..

@apisv2
W'salam
Selamat berkenalan..

27 Mac 2011 pada 12:31 PTG

Kanak kanak mmg cam tu
pendedahan awal mmg baik suapaya lebih cepat berkembang
moga menjadi anak yang pandai nanti, amin

27 Mac 2011 pada 2:20 PTG

x sabar nak kawen..x sabar nk ad anak..hurmm

27 Mac 2011 pada 10:09 PTG

kalau menjadi surirumah sepnuh masa..senang sikit nak ajar anak2 apa yang patut tetapi bagi ibu yang bekerja...susah sikit..kekangan masa

27 Mac 2011 pada 10:41 PTG

comelnyer sis.. :D

30 Mac 2011 pada 10:54 PTG

xD ko buat entry tutorial kan senang..ramai yg nk tau tu aku rasa..

30 Mac 2011 pada 11:07 PTG

@sop
InsyaAllah..
Itulah yg diharap2kan.

@mohd saifulnizam said
hehe..cpt la bina masjid,jgn lupa jemput.

@abadi romeo
Ya la tp ok je kalau ajar time nk tidur tu..Setiap malam mesti dia suruh dengar betul tak bacaan dia tu..

@Zairie Husin
Thanks..

@black_mel
Ok, nanti aku buatkan..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved