Kuala Lumpur Ke Jeddah

on Isnin, Mac 10, 2014

Assalamualaikum,
Salam sejahtera, Salam 1 Dunia.

Pada Sabtu lepas, 8 Mac 2014 jam 4.30 pagi, aku dan keluarga bertolak dari Teluk Intan ke LCCT., Kuala Lumpur ke Jeddah untuk menunaikan Umrah. Masa tu tak tau pun tentang kehilangan pesawat MAS MH 307. 

Rencananya nak tengok mama ku naik kapal terbang. Mama bertolak dari Kedah selepas Maghrib terus ke LCCT. Check in jam 10 pagi dan dijangka berlepas jam 11.30 tengahari.

Aku selamat sampai lebih kurang jam 8.30 pagi. Tapi tak dapat nak tunggu lama-lama. Anak kecik dah meragam. Maklum la bangun dari jam 4.30 pagi tak tidur-tidur. Mana nak cari buaian.... Jadi terpaksa la meminta diri lebih awal.

Jom layan gambar dulu...
Dah nak sampai ke destinasi

Menuju ke tempat menunggu

Dah jumpa pun..

Bergambar bersama rakan seiringan

Dengar taklimat ringkas dan terima tag

Bergambar sekali lagi sebelum balik. Muka baby dah masam..


Selama 1 jam setengah berada di airport, baby pun dah meragam, aku ajak hubby pulang semula ke Perak.

Sampai je di rumah, baru aku terdengar berita tentang kehilangan pesawat MAS. Memang terkejut la, takut pun ada. Moga anak-anak kapal dan semua penumpang berada dalam lindungan Allah.

Kalau tak ada apa-apa aral, 19 Mac ni nak ke LCCT lagi sekali.



Ranking: 5

Catat Komen

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved