Nursing Blouse

on Sabtu, Oktober 29, 2011

Assalamualaikum, Salam 1 Dunia.

Sudah berhari-hari aku tunggu posmen, akhirnya barang yang ditunggu sampai juga. Hari Jumaat lepas ketika masih berada di kampung, tanpa pengetahuan my hubby, aku ada beli baju menyusu secara online dari Aqeela Muslimah. Sabtu, Ahad dan Selasa cuti. Hari Jumaat baru barang sampai.

Memang sengaja tak nak bagitau my hubby. My hubby memang tak galakkan aku beli barang secara online, takut tertipu tapi kalau barang tu memang penting dan perlu dibeli secara online, baru dibenarkan. Sama seperti Set Bersalin dan ubat-ubatan yang perlu dibeli secara online sebab lokasinya jauh kalau nak beli secara terus.

Oleh kerana dah lama tak keluar jalan-jalan, mungkin lepas ni aku susah nak keluar shopping seperti dulu (tak larat nak dukung, baby besar sangat), aku pun tak pernah jumpa baju yang dijual khas untuk menyusu jadi aku ambil keputusan untuk beli secara online. Nak bagitau dan tunjuk pada my hubby pun, hujung minggu ni baru dia balik dari (Tasik Banding) memancing. Kalau dia kata baju tu cantik, lepas ni boleh la order lagi.

Inilah bajunya...

Warna hitam putih juga yang aku berkenan. Nursing Blouse ni memang direka khas untuk ibu yang menyusu badan. Di samping menutup aurat, tak perlu lagi nak selak-selak, selindung-selindung. Harganya pun berpatutan. Terdapat pelbagai jenis dan warna serta saiz. Nasib baik baju yang aku berkenan ada saiz XS. Kalau ikutkan hati, aku nak order 3 helai tapi tak berkenan pula warna lain.

Bila dah ada baju baru ni, rasa tak sabar pulak nak keluar jalan-jalan. Dah lama sangat tak keluar jalan-jalan makan angin. Tapi keadaan sekarang mungkin tak mengizinkan. Bila petang saja, angin kuat dan hujan pun turun diikuti kilat dan guruh. Tak dapat la nak bersantai-santai kat luar.

Ranking: 5

12 comments

29 Oktober 2011 pada 12:57 PTG

salam..
ermm..saya baru tahu
ada baju sebegitu..dulu Mrs
tak pernah pula dia bagitau
kalau tahu saya belikan..
nampak mudah kan..?

29 Oktober 2011 pada 5:19 PTG

mmg senang kalau ada nursing blouse nih. izan dulu2 pun sempat beli sehelai dua masa twins masih BF. geram sgt tgk nursing blouse yg cantik2 nih.

29 Oktober 2011 pada 5:55 PTG

Salam;
Yelah..akupun baru tahu anakpun dah 5 org...buta pembaharuan betullah aku ni.

30 Oktober 2011 pada 11:56 PG

lepas ni senanglah nak pg jalan2 dengan baby ye kak..hehe

30 Oktober 2011 pada 12:18 PTG

Yang ini pun aku tak pandai nak komen tapi kaler hitam putih tu kegemaran orang rumah :)

30 Oktober 2011 pada 7:47 PTG

semua perkara jadi mudah kalau ada sesuatu yg bersesuaian dengan kehendak kita kan....

:)

pd saya, kalau shopping on9 ni.. mcm berhantu... nak lagi nak lagi... sebab apa nak just klik je hujung jari kan... hehehe

31 Oktober 2011 pada 10:04 PG

cemana nak menyusu ye guna baju ni??
dia boleh buka macam ada zip ke??

31 Oktober 2011 pada 10:40 PG

@diana
Buka tali yang kat atas tu..ada satu lagi lapisan dalam...

31 Oktober 2011 pada 10:44 PG

SALAM,
SINGGAH DAN SINGGAH LAGI. JAGA KESIHATAN !

Tanpa Nama
31 Oktober 2011 pada 5:41 PTG

Ada juga dengar semasa berita di radio.

31 Oktober 2011 pada 8:09 PTG

warna hitam dpadankan dgn putih memang nampak anggun...

Nak komen sikit pasal belan online ni, kalau belian kat website di Malaysia saya tak pernah kecewa, setiap pesanan Insyallah sampai.

Org bisnes ni nak jaga kredebiliti mrk juga, kalau tipu habislah bisnes. Tapi kenalah hati-hati, cari maklumat sebanyak mungkin ttg penjual, lps tu baru beli.

Sy juga biasa terima pesanan, tp x boleh le promot kat sini.

31 Oktober 2011 pada 8:53 PTG

heee orang pompuan je tau kot baju cenggini

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved