Kenapa Baby Besar?

on Ahad, Oktober 02, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Buat muka hairan

Selepas aku bersalin, ramai yang terkejut bila melihatkan si kecilku terlalu besar. Dan ramai juga yang bertanyakan aku soalan yang sama iaitu "kenapa baby besar sangat?" Aku ada kencing maniskah? "Makan apa masa mengandung dulu?"

Pertama sekali, baby aku besar sebab kuasa Allah nak menjadikannya besar, Alhamdulillah sihat walafiat.

Aku pun tak pasti sebab-sebab lain yang menjadikan si kecil ni besar. Kalau difikirkan kembali pemakanan aku masa mengandung dulu, tak ada lah mengidam yang pelik-pelik. Yang aku ingat, aku suka minum air sarsi (habis sebotol jugak walaupun minum sikit-sikit), ais krim (stok tak pernah putus), air nyok (kelapa muda sekali dengan isinya), buah cempedak, durian, kurma (paling banyak, berkotak-kotak habis untuk aku seorang), air dan isi barli, susu anlene, roti potong dan di akhir-akhir mengandung aku makan sekali untuk 3 orang (2 hingga 3 pinggan) sebab walaupun aku dah kenyang, perutku tetap berbunyi (berkeroncong) seperti orang tak makan 3 hari. Kalau aku makan semangkuk laksa waktu malam, tengah-tengah malam pasti aku makan lagi semangkuk ataupun makan nasi sebagai penutup. Ketika ini aku sungguh berselera. Kalau ke rumah kenduri, macam aku makan dalam pinggan tambah. Mak mertuaku pun terkejut tengok. Kebanyakkan baju pregnant yang aku ada pun dah tak muat untuk aku pakai.

Ubat-ubatan pula, di awal kehamilan, aku makan ubat yang diberi oleh nurse dari Klinik Kesihatan dan 5 bulan keatas, aku hanya makan OBIMIN dari klinik panel.

Kesimpulannya, aku makan benda-benda manis dan makanan kabohidrat tinggi kot, sebab tu baby aku besar. Aku tak ada sebarang penyakit kronik atau 3 serangkai kecuali darah rendah (anemia).

"Tak nak baring...."

Seronok juga bila dapat baby besar sebab mudah untuk aku pegang, nak peluk pun best ni. Anak-anak jiran yang lahir 2 bulan lebih awal dari anakku baru mencapai berat 4kg lebih. Anakku pula dah mencapai berat 5kg dalam usianya 20 hari.

Sekarang ni, si kecil ni dah pandai meragam. Kalau terjaga, tak nak baring-baring lagi. Nak selalu di riba saja. Kalau letak atas tilam, nangis la dia. Kalau angkat dukung, peluk atau di riba, confirm diam.

Nyenyak tidur
Waktu siang, dia suka sangat tidur dan bila tengah-tengah malam, ajak ibunya join sekali berjaga malam. Alahai la anak, nak ajak ibu berjaga malam ye...

Dalam pukul 3 atau 4 pagi, mata mula mengantuk. Tak usah nak menyusu, dodoi di riba atau apa sahaja. Hanya satu ubatnya iaitu naik buaian. Sekejap sahaja mata terlelap. Baru berusia 20 hari lebih dah pandai nak naik buai. Nasib baik ada tok ayah yang rajin dodoikan dalam buaian di tengah-tengah malam.

Ketika ini, dia baru belajar-belajar nak senyum. Jadi belum ada gambar sedang senyum. Sebelum ini hanya senyum ketika tidur sahaja. Sikit hari lagi, ibu dah tak larat nak dukung bila berat dah makin meningkat.
Ranking: 5

14 comments

2 Oktober 2011 pada 9:33 PG

org neh senantiasa sebok. kalo beby kecik sgt ditnya,"naper beby kecik eks? x cukup zat?".. sy neh bdn beso, soklan cepu gangsa,"ada apa2 penyakit tak?"... hampehz ajer kan? asal kita n beby sihat sudah... yg lelain, pedulik haper aku kan?

2 Oktober 2011 pada 11:54 PG

salam iza..alhamdulillah iza dan anak sht.tu yg penting.mmg betul..salah satu sbb kot baby besar sbb ibu mengandung suka mkn benda manis.saya dah kena masa anak sulung.suami galakkan mkn..saya pun taksub mkn.aiskrim, roti..dan mcm2 lg.akhirnya badan saya gemuk nak 20 kg.anak ke2-4 saya dah tau kawal diri..naik 9-13 kilo..

2 Oktober 2011 pada 5:03 PTG

salam

wahh comelnya anak akak ni
dah besar nanti mesti hensem n macho tu

3 Oktober 2011 pada 11:07 PG

Salam;
Biasalah jiran dan kenalan kalau boleh apa saje nak ambil tahu...betullah tu faktor makan/makanan mempengaruhi tumbesaran bayi dlm kandungan..

3 Oktober 2011 pada 11:21 PG

salam iza..
tak kira besar kecil
janji baby sempurna
dan sihat...comel
nampaknya tu..
hehe

3 Oktober 2011 pada 12:41 PTG

@akuzle
Betul tu..mesti ada je kan soalannya..

@Lydia Miza(Aidyl Azim)
W'salam..
Ya ka? iza tak sangka pulak kali ni baby besar. Dulu yg sulung 2.85kg je..Next time kena beringat-ingat la ek..Terima kasih..

@wazy
W'salam..
Terima kasih...
Pembetulan sikit...bukan hensem @ macho..anak akak perempuan la..

@yusuflaili
W'salam.
A'a..memang betul..kadang2 kita sendiri pun ada sifat ingin tahu..memang sah la faktor pemakanan..

@zulkbo
W'salam.
Betul tu en. Zul. Alhamdulillah, cukup dengan apa yang ada. Terima kasih..

5 Oktober 2011 pada 4:36 PTG

Tak kira lah, baby beso atau kecil, janji sihat ☺☺☺

Geram nengok baby montel² nih, sedap nak gomol² & peluk.

Tanpa Nama
20 Januari 2012 pada 11:08 PTG

bape kg mase lahir... anak sy pun besar... 4.7kg... tp alhamdulillah x penah kembong demam n selsema... shat sokmo... 5 bln da tumbuh 4 btg gg...

Azell
21 Februari 2012 pada 2:50 PTG

Assalamualaikum.. terlajak masuk dalam blog ni sbb google "kenapa baby besar". anak sulung azell dulu pun besar mase kuar 2 tahun lepas. 4.15 kg - Alhamdulillah deliver normal. dia kuar tepat on the due date. ni tgh pregnant 35 weeks for the second baby. mase scan hari tu, baby dh 3.1 kg. doc kate tgk lagi 2 minggu. kalau dh dekat2 4 kilo tu, dia nak induce kuar. ramai orang tanye, makan banyak ke? well.. mase first pregnant tu, maybe tak kontrol sangat makan.. badan pun naik banyak. so, mmg logik la kalau baby besar. tapi this time around, berat tak naik banyak.. but baby still macam besar jugak. tensen bila semua orang tanye & keep on suruh control makan. rase macam semua bende salah kite lak.. ape-apehal, as long as baby sihat, kite pun sihat, should be ok.. kan?

21 Februari 2012 pada 4:21 PTG

4.4kg...
Wah cepatnya tumbuh gigi...

21 Februari 2012 pada 4:23 PTG

W'salam..
Terima kasih kerana meninggalkan komen walaupun tersesat.
Mungkin zaman sekarang baby semua besar2 kot.
Tahniah...moga selamat semuanya.

Tanpa Nama
8 Ogos 2012 pada 4:03 PTG

tersesat gak dalam blog nih sebab google 'kenapa baby besar?' sy skrg 35 wk..baby kt dalam bila scan tadi dah 3.4 kg. adooii..kenapa baby besar? tak bleh nak jawab..yang nyata ayat ayat dari doktor di klinik kerajaan memang la asyik nak menakutkan aje..nyampah!

Tanpa Nama
22 Januari 2013 pada 11:38 PG

baby sy pun besar..lahir 4.68 kg..bersalin normal..sy pun kuat mkn masa pregnant..huhu..tp alhmdulillah baby sihat xpernah demam..

2 September 2015 pada 10:53 PTG

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Cepat Hamil.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved