Permintaan Terakhir Sebelum Esok.

on Selasa, September 06, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Apa khabar semua pembaca yang sudi singgah di Teratak Usang? Diharapkan anda semua sentiasa sihat di samping menjalani tugas-tugas harian. Aku di sini, pada ketika ini, hari dan detik ini masih sihat walafiat dengan berat badan yang tak pernah dijangka iaitu 65 kg (sebelum ini antara 45 hingga 47 kg sahaja). Bayangkan dengan ketinggian 153cm, membawa bebanan seberat 65kg, cukup sukar untuk bergerak atau berjalan. Dengan keadaan kaki yang bengkak, timbul segala urat saraf yang sebelum ini langsung tak kelihatan.

Tengah hari tadi aku ke Hospital Tunku Fauziah, Kangar Perlis untuk melakukan pemeriksaan jantung bayi dalam kandungan. Jika mengikut jangkaan sebenar, hari ini adalah hari ke 8 aku lewat untuk bersalin (Kalau Doktor tahu, mesti dah kena marah dan dipaksa bersalin sebab dah melebihi 7 hari). Tetapi pada kad pemeriksaan, 3hb lepas adalah tarikh yang tertulis. Bermakna, rekod di klinik mahupun hospital berkenaan tarikh bersalin sudah lewat 2 hari.

Keadaan di Hospital sungguh tidak selesa. Setelah selesai proses pemeriksaan jantung, hampir 1 jam setengah pula aku menunggu Doktor untuk pemeriksaan selanjutnya (scan) kerana sudah lama aku tidak membuat sebarang pemeriksaan sejak balik ke kampung. Terlalu ramai ibu-ibu yang menunggu untuk bersalin hinggakan ada yang terpaksa menahan kesakitan di atas kerusi kerana katil di bilik bersalin sudah penuh. Kesian pulak aku tengok.

Apabila tiba giliran aku, aku dibawa ke bilik scan. Menurut Doktor, bayi dalam kandunganku terlalu besar iaitu 3.4 kg dan boleh mencapai 4kg jika dibiarkan terlalu lama. Maka Doktor memberi aku 2 pilihan samada masuk wad hari ini atau menunggu dalam masa seminggu lagi. Doktor cadangkan aku untuk masuk wad pada hari ini juga.

Dalam hati...."Masuk hari ni? Tak sanggup rasanya nak tahan sakit atas kerusi..."

Kataku pada Doktor, " Kalau saya perlu masuk hari ini, saya tak nak bersalin di sini. Saya nak bersalin di Kedah."

Nasib baik aku dibenarkan untuk buat pilihan dan dilepaskan dari ditahan. Syukur sangat-sangat. Sekurang-kurangnya aku masih punya masa untuk menenangkan diri walaupun terpaksa.

Setelah berbincang melalui call dan SMS dengan my hubby yang sedang bertugas di Perak, keputusan dibuat walaupun hatiku kurang bersetuju (takut pun ada). Aku disuruh pergi ke Kedah Medical Centre (KMC) bersama bapa mertuaku pada hari ini juga. Aduh...terasa kejamnya...hari ini disuruhnya aku pergi menyerah diri?

Aku minta ditunda keesokkan harinya kerana hari ini aku nak makan puas-puas. Bapa mertuaku ingin menghantarku pada petang esok tetapi my hubby menyuruh aku masuk wad pada jam 12 tengahari esok juga. Kenapa la nak cepat-cepat? Takut aku yang 4 tahun dulu belum lagi hilang. Namun aku pasrah jika itu yang dikehendakinya...

Oleh kerana aku bakal berjuang esoknya, hari ini suka-suka hati aku memesan bihun sup dan koewteaw goreng pada bapa mertuaku. Alhamdulillah..permintaan terakhirku ditunaikan. Lepas makan bihun sup, aku makan pula koewteaw. Berselera betul aku mengisi perut dan menambah berat badan. Patut la, beratku semakin bertambah. Seleraku tak pernah berkurang.

Masa berpantang nanti akan aku kuruskan kembali berat badanku ini (tekad dalam hati). My hubby asyik hantar MMS gambar aku ketika slim dulu. Dulu nak sangat aku gemuk sikit. Sekarang ni bila dah gemuk macam ni, nak suruh aku cepat-cepat kembali slim seperti dulu pulak. Tak faham aku dengan keadaan ini. Tak payah nak disuruh, aku sendiri memang simpan hasrat itu sejak tahun lepas (siap beli korset dan girdle yang belum sempat aku gunakan lagi).

Kalau bersalin 7 September, akan sama tarikh lahir dengan Alongnya tapi abahnya pula nak dicepatkan.

Malam ini aku telah pun berkemas segala barang-barang yang perlu di bawa. Aku cuba untuk tenangkan hati, tenangkan minda dan menerima seadanya keputusan yang telah dibuat. Esok aku akan mula berjuang. Doakan kejayaan untukku...

Aku akan berehat panjang selepas hari esok. Moga-moga aku tabah untuk hadapi hari esok dan 44 hari akan datang...
InsyaAllah..
Ranking: 5

11 comments

5 September 2011 pada 11:29 PTG

assalam iza

memang sudah lewat benar tu. semoga dipermudahkan oleh Nya segala urusan.

5 September 2011 pada 11:32 PTG

salam kak iza..

semoga dipermudahkan segala urusan..sy yg membacanya pun berdebar sekali ni..huhu

5 September 2011 pada 11:56 PTG

semoga segalanya dipermudahkan..
amin~

6 September 2011 pada 12:15 PG

aduuhhh..tak sampai hati betul kalau tengok pompuan tengah sarat..apapun semoga anda dan bayi akan di lindungi Allah s.w.t sepanjang masa..

6 September 2011 pada 12:19 PG

salam...
harapan ibu dan anak selalu
sihat..moga Allah permudahkan
urusan anda..bersalain di KMC
1ST CLASS tu...
:)

6 September 2011 pada 12:31 PG

semoga selamat semuanya kak..

6 September 2011 pada 4:22 PTG

Salam;
lewat memang sudah lewat,tapi biasalah kadang2 kita sendiri salah kira..oleh kerana puan sendiri pernah bersalin sebelum ini..mudah2han semuanya lancar dan selamat..

7 September 2011 pada 11:49 PTG

Hari n dah 7bh, semoga selamat dalam perjuangan, & tak sabar nak tengok gambar baby kat entry selepas ni...

Lambat sikitlah agaknya nak tunggu komen ni di"approve"kan.

8 September 2011 pada 12:52 PTG

Salam iza, dah delivery blom?

Smoga semuanya selamat dan di permudahkan olehNYA.

11 September 2011 pada 8:22 PG

makan sepuasnya.nanti bila dah bersalin kena pantang pula.

semoga semua selamat.

11 September 2011 pada 2:19 PTG

salam iza..cpt2 upload gmbr baby ye..rindu dah kat iza.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved