Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Seminggu yang lepas tercapai hasratku untuk membeli Aura Shape Up Vest Corset dan Girdle setelah sekian lama berangan-angan untuk memilikinya. Nak beli Premium Beautiful ribu riban tu tak termampu, hanya barangan AVON sahaja yang aku mampu. Orang lain berlumba-lumba nak cantik, aku pun nak juga. Nak cuba dulu. Harganya pun boleh tahan.
Kebaikan Aura Shape Up:
1. Teknologi Nano Arang Bambu merupakan penyerap hebat, mengeluarkan Sinar Infamerah Jarak Jauh, melepaskan ion negatif dan perlindungan UV.
2. Kebaikan set eco-fabrik ini datang dari bambu dan bebas dari bahan kimia.
3. Karbon yang dibebaskan menyerlah kualiti keberkesanan fabrik untuk kegiatan luar rumah.
Fungsi Utama:
1. Menyerap bau - bambu bherliang besar menyerap kimia penyebab bau agar badan terhindar.
2. Pantas mengering - Karbon dari arang bambu mengering lembapan dengan hebat agar tempoh mengering dipendekkan. Tubuh berasa bebas peluh sepanjang hari.
3. Lancarkan peredaran darah - Arang bambu mengeluarkan tenaga inframerah jaraj jauh dan melancarkan perjalanan darah untuk tubuh yang lebih sihat.
4. Perlindungan UV.
Bersemangat aku nak cuba produk tu. Aku pun menggunakannya selama lebih kurang 1 jam. Sungguh aku rasa tidak selesa dengan ketatnya, sempitnya dan sesak nafasnya. Aku bertahan lagi selama 30 minit. Aku mula berasa pening kepala. Adakah disebabkan Aura Shape Up tersebut?
Keesokkannya pula, kepala ku masih terasa pening dan tekakku terasa loya. Wah, begitu kuat kesannya ku rasakan walau hanya 1 jam 30 minit aku pakai corset dan girdle tu. Aku mengambil keputusan untuk tidak memakainya sehingga aku balik ke Perak. Sebelum pakai, bolehlah berpuasa dulu bagi mengempiskan perut. Tinggal di kampung membuatkan badanku semakin membesar kerana ibu mertuaku pandai memasak.
Walaupun sudah berhari-hari aku tidak memakainya, namun kepalaku masih pening dan tekakku tetap loya. Apakah tandanya.....??? Mungkinkah aku tidak akan dapat memakainya lagi sehingga tempoh 10 bulan akan datang? Jantungku dah mula berdebar-debar. Hanya kepulangan suami yang ku nantikan untuk mengetahui adakah ianya berita gembira. Alhamdulillah, jika itu lah tandanya, aku bersyukur. Rezeki lagi.....

14 comments
wah gitu ke kesannya..kalau memudaratkan baik hindarkan
salam..
amboii!!
tak cukup shape
ke lagi Puan kita?
salam kak Iza..
sy ada entri corset ni tp draft..lama dh nak publish tp x terpublish..
pakai corset ni mmg bagus, dpt membentuk badan dgn cantik, membentuk postur badan yg btul dan melancarkan pengaliran darah..
btul ke xde kesan lain ye?
@etomyam
Sebenarnya tak ada kesan sampingan yg buruk....
@zulkbo
W'salam..
Belum lg....
nak cari sikit lg extra shape.
hehe...
@adele
Salam Adela..
Rasanya tak ada kot. Belum tahu lagi. Masih belum dengar kesan negatifnya lagi..
Wooottt.. nak shape up kasik mantap tapi ada mual2 loya tekak la pulak. Silap haribulan 10 bulan lagi simpan saja sampai berkulat corset tu. Pi beli test kit cepat. Kalau +ve alhamdulillah.
@Anwar Osman
Buat apa nak beli test kit tu? Pi test kat klinik terus la, baru best...
ish2... nak try guna ker kak.??
@Zikri Husaini
Ya la tp kena postpone dulu la nampaknya...
Harap2 ader yg 2nd tu. Tahniah erk. Jaga kesihatan wokey :)
@wachak
InsyaAllah, Terima kasih..
Bila tengok corset rasa risau pun ada takut susah bernafas dan berjalan nanti macam RoboCop menegak saja ketika berjalan :-)
@akubiomed
Tak la....ikut size jugak tu. Baik utk tulang dan peredaran darah. Selebriti pakai ok je...
my wife dulu pakai girdle. Beratus jugak harga dia, last2 pakai sekejap je. Sbb cerewt nak pakai katanya.
@faizuleffendee
Ya ka?hehe...
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini