Hidup Seorang Blogger Separuh Masa Pertama Ramadhan.

on Khamis, Ogos 26, 2010

Salam...

Semalam dalam sejarah Hidup Seorang Blogger sepanjang 15 Ramadhan. Dalam sejarah ke? Dalam sejarah Hidup Seorang Blogger seperti aku la sebab tak online. Sebelum ni, tiap-tiap hari aku on laptop dari bangun tidur sampai nak tidur.

Tapi semalam aku sudah tidak berdaya untuk mengangkat mata. Namun ku gagahi juga untuk solat dan terus tidur. Tinggal la anak dan suamiku yang masih berjaga. Entah apa yang mereka buat saat aku dah belayar ke Pulau Dudur. Nasib baik suamiku tak standby semalam. Letih sangat-sangat. Mungkin kemuncak kepanasan ramadhan sekarang ni. Jom layan gambar dulu. Maaf, gambar kurang memuaskan.

Aktiviti dua hari Hidup Seorang Blogger sebelum kedatangan Ramadhan. Aku dah beli baju raya. Bajet RM1000 untuk kami bertiga. Tapi bukan baju kat bawah ni, mahal tu sutera shiffon walaupun hanya sehelai baju dan nipis. Harga paling murah RM220. Itu baru baju, belum masuk kainnya lagi. Fuhhh, tak mampu nak memilikinya. Hanya sekadar menjamu mata.

Sungai Besar, Selangor.


Awal puasa aku pergi ke Penang. Dari kiri, ayah mertua, sepupu dan mak mertua. Menjamu selera di Padang Kota, Penang.


Sotong Goreng Kangkung.


Pasembur Penang. Tak kena pada seleraku sebab memang terasa betul-betul pasembur mamak Penang.

Balik dari Penang, terjumpa peniaga jual petai dan durian di tepi jalan. Singgah beli dulu. Aku memang pakar bab buat sambal tumis ni. Siapa makan sambal aku, akan teringat berhari-hari. ahaks......Nasi boleh lajak sampai tiga hingga empat pinggan tambah. Tapi sayangnya aku tak pandai buat gulai a.k.a kari. Boleh buat tapi sah tak sedap. Bukan saja tak pandai buat gulai, tapi aku juga tak makan gulai dan aku tak dapat nak bezakan gulai itu sedap atau tidak. Aku tak boleh jadi pengadil untuk masakan gulai so jangan suruh aku rasa gulai itu sedap atau tidak. Aku juga tak suka makanan berasaskan rempah.


Tengah masak sambal petai ayam

Teringat masa raya haji aku di Kelantan. Tuan rumah menghidangkan bubur asyura. Sedap aku tengok bubur tu, dengan hitamnya tapi bila bubur tu masuk saja ke dalam mulut, tanganku ter"stop". Belum pernah aku rasa bubur asyura perasa gulai/kari. Terus aku telan dalam keterpaksaan. Tak kan nak buang pulak.


Pulut durian.

Pulut durian tu, my hubby yang masak mengikut seleranya. Pulut tu, di utara dipanggil pulut sibaq. Aku cuma memerah santannya sahaja. Menu-menu lain tak dapat aku siarkan kerana keterlupaan dan kadang-kadang kemalasan untuk snap.

Sehingga ke hari ini baru dua kali aku merasa makan kat luar. Hari-hari seterusnya aku makan di rumah sahaja. Kadang kala aku makan seorang diri kerana kesibukan my hubby untuk menerangkan suasana malam jika berlaku black out atau wajib standby. Terima kasih pada semua warga TNB kerana sanggup berkorban masa bersama keluarga dan nyawa. Macam Doktor pulak, asyik on call je. Itulah kisah Hidup Seorang Blogger pada minggu pertama Ramadhan.
Ranking: 5

11 comments

26 Ogos 2010 pada 10:31 PG

salam..
alahai kesian nlaki hang nak
kena masak sendiri noh?
tak pa lah hang pakar buat
sambai petai,kira memang dah tu
he he..(kegemaranku jua petai ni..)
nasib baik orang rumahku pandai masak kari..hari hari lauk kari..hu hu

26 Ogos 2010 pada 10:36 PG

macam tak caya pulak
pagi ni search "hidup seorang
blogger" nama zulkbo
di tangga pertama siap
ada star lagi..mata ku salah
ke @aku bermimpi?

26 Ogos 2010 pada 11:08 PG

Salam..smlm pasal entri rimas uh, mmg pun, time ni ke akak beli baju sambil promoter ikut?hehe..tah pape, mcm org nak mencuri je kan..
kak, suka gila smabal petai kak !!sedap lak ai....:')
masakan rempah best pe kak.. :)

26 Ogos 2010 pada 6:04 PTG

Pasembur Penang, nampak sedap, sebab tak pernah lagi rasa menu tu.

26 Ogos 2010 pada 10:24 PTG

@zulkbo
W'salam...
Ala...sekali sekala je, bukan selalu...Kari kepala ikan boleh la buat sbb tak guna santan. Kalau lain dari tu memang hancusss....hahaha.

Teratak Usang dok tangga ke berapa dah....nampaknya saingan semakin sengit. hari ni lagi jauh page ke 14 bawah sekali...Esok lusa entah2 hilang terus....

@Kimie Hashim
Salam...
Bukan time ni la, tgk sunyi je kan kat situ.....
Selalunya kat supermarket la yg selalu ikut tu....
Lebih suka sambal tumis dari kari.....kari tu pedasnya tersirat. Kalau sambal tumis dah tau dah pedas tp masih terkawal...

@zackpantai
Orang lain mungkin kata sedap kot tapi tak suka la pasembur mamak ni...

26 Ogos 2010 pada 11:46 PTG

sedapnya sambal petai..feveret nie..

27 Ogos 2010 pada 12:43 PG

wa ari tu ada gak tengok org jual
rojak sotong kat bazaar ramadhan.
sedap ker ?? wa tak pernah rasa
rojak sotong ni ... hehehe

27 Ogos 2010 pada 8:30 PG

@Zikr the Jalanan Sepi Perantau
Ya ka? Nampaknya ramai yg sukakan sambal petai....Ubat lalu makan nasi tu (Penambah selera)

27 Ogos 2010 pada 8:35 PG

@wachak
Entah la.....boleh la kot. Aku kurang berkenan sikit makanan yg nak kena ratah ni. Kalau makan dgn nasi ok la. Ooooo org panggil rojak sotong ke? Kat Taiping ada satu tempat tu dgr abg aku kata sedap sotong goreng kangkung ni.....
Balik kg,ko cari la kat gerai byk2 tu...

27 Ogos 2010 pada 9:54 PG

mak oii sambal petai... mengancam!

27 Ogos 2010 pada 4:12 PTG

@zalizalu
Suka sambal petai jgk ke?

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved