DiGi iPhone 4 Play

on Ahad, September 26, 2010

Salam...


Seperti yang telah diketahui umum, produk terbaru keluaran Apple iaitu iPhone 4 merupakan teknologi pintar terkini yang mempunyai teknologi FaceTime, HD 720p kemampuan merakam video, iOS4 dan iMovie iaitu software untuk mengedit video iPhone dan banyak lagi kelebihannya telah dilancarkan pada 24 September lalu.

Rekaan iPhone 4 pintar ini juga telah dimuatkan dengan pelbagai kemudahan yang tiada tandingan dalam semua aplikasi mobile. Aplikasi yang boleh digunakan untuk DiGi iPhone 4 adalah percuma, mudah dan cepat.


Tiada handphone sepintar iPhone 4 kerana ianya diperbuat daripada kaca berkualiti tinggi, tahan lama dan boleh dikitar semula. Dengan fungsi Multi-Touch membolehkan anda mengawal menggunakan jari anda dan menjadikannya lebih mudah, cepat dan pantas.

Multi-Touch.

Kelebihan lain yang terdapat dalam DiGi iPhone 4 adalah seperti berikut:

1. Aplikasi untuk masakan
Terdapat sebanyak 60 hidangan dihujung jari anda yang disediakan dan ianya membantu anda untuk memilih resipi yang anda inginkan dengan pantas. Fungsi ini juga dilengkapi dengan gambar dan arahan serta langkah-langkah menyediakan hidangan.

2. Aplikasi Sukan Luar
Mempunyai ribuan peta yang akan membantu anda menerokai dunia luar samada untuk bersukan atau menuju ke destinasi yang dikehendaki atau destinasi yang dicari.

3. Aplikasi Muzik.
Membantu anda untuk mencipta, menggubah dan mendengar muzik yang disukai juga pilihan lagu kegemaran anda dengan pantas.

4. Aplikasi Berita Terkini.
Anda tidak perlu lagi tergesa-gesa untuk mencari akhbar harian kerana dengan iPhone 4, berita terkini juga berada dihujung jari anda. CNN Mobile memberikan berita yang pantas untuk berita tempatan, kebangsaan dan berita antarabangsa.

5. Aplikasi Kerja.
Di mana sahaja keberadaan anda, anda tetap dapat menyelesaikan kerja tanpa perlu membuang masa untuk bertemu pelanggan. Segala kerja anda akan beres hanya dengan iPhone 4.

6. Aplikasi Pelajar.
Tidak ketinggalan, aplikasi pintar ini juga memudahkan pelajar untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan seperti mencari sesuatu kata atau definisi,latihan, kemudahan peta dunia dan sebagainya yang berkaitan dengan pembelajaran.

7. Aplikasi Ibu Bapa.
Berfungsi sebagai kegunaan ibubapa untuk mengajar anak-anak kecil.

8. Aplikasi Bersenam
Kemudahan ini membantu untuk mendapatkan hasil maksimun dalam latihan anda, juga membantu anda mempelajari latihan-latihan baru untuk bersenam.

9. Aplikasi Kewangan.
Aplikasi ini membantu anda menguruskan kewangan anda pada bila-bila masa sahaja samada untuk urusan pemindahan dana, urusan perbankan, portfolio, berita, sahan dan sebagainya.

10. Aplikasi Pelancongan.
Memudahkan anda untuk melancong ke seluruh pelusuk dunia kerana dilengkapi dengan kemudahan peta, bahasa, menyemak nombor penerbangan, penerbangan alternatif dan pelbagai fungsi berkaitan pelancongan.

11. Aplikasi Permainan dan Hiburan.
Terdapat pelbagai permainan dan hiburan yang menyeronokkan untuk anda gunakan.

12. Aplikasi Aktiviti Luar.
Dengan iPhone 4 dan hanya dihujung jari, anda boleh menyemak atau mendapatkan senarai filem yang bakal ditayangkan, membeli tiket atau mengetahui sinopsis filem yang bakal ditayangkan. Anda juga boleh mendapatkan tempat awal untuk meletakkan kereta anda atau memilih restaurants kegemaran anda.

13. Aplikasi Kawalan Jauh.
iPhone 4 berfungsi untuk mengendalikan lampu, TV dan kereta anda. Jika anda adalah pelanggan DIRECTV, aplikasi ini membolehkan anda menetapkan DVR untuk merakam rancangan kegemaran anda. Anda juga boleh mengakses semula jadua TV anda untuk mencari saluran, tarikh dan masa sesuatu program.

Kesimpulannya, DiGi iPhone 4 menjanjikan seribu keseronokan, menyajikan sejuta hiburan dan pastinya pelbagai kemudahan untuk pengguna.
Ranking: 5

Catat Komen

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved