Kenderaan Alternatif.

on Khamis, Ogos 19, 2010

Salam...

Lebih kurang 1 minggu saja lagi...
Setiap hari aku menghitung detik dan waktu...
Terasa seperti masa begitu pantas berlalu...
Walaupun hati memberontak,
Namun terpaksaku terima jua...

Entah mengapa,
Kali ini terasa berat untuk ku pulang ke kampung,
Mungkinkah kerna bukan kampung halaman?
Ataukah kerana hidupku sudah sebati dengan dunia maya?
Namun aku tetap pasrah atas segalanya.....

Terasa sayang untuk aku berpisah dengan laptopku. Bagai nyawa dengan badan. Tapi apakan dayaku. Masa yang tersisa ini akan aku gunakan sebaik mungkin untuk melepaskan rinduku kelak.

Copyright by Jason Devadason.

Aku akan dihantar balik ke kampung suamiku seminggu sebelum raya dan mungkin aku akan kembali semula seminggu selepas raya, InsyaAllah. Itulah kenderaan yang bakal aku naiki seminggu lagi. Sebelum ni, ke utara, ke selatan atau ke Pantai Timur dengan menaiki kereta ke mana sahaja. Pengalaman menaiki kapal laut, feri, bot dan kapal terbang telah aku lalui. Cuma keretapi saja yang belum pernah aku rasa.

Sebenarnya sudah lama mengidam nak naik keretapi, sejak zaman sekolah lagi tapi tidak tahu destinasi yang ingin dituju. Harap-harap pengalaman yang bakal aku lalui itu tidak membosankan. Cuma ada satu kelemahan apabila balik ke kampung menaiki kenderaan alternatif. Bak kata orang Kedah, "Di kampung nanti mesti patah kaki". Patah kaki bermaksud tidak boleh menaiki kereta sendiri untuk ke mana-mana. Kesimpulannya, kereta ayah dan motosikal mak mertua yang jadi mangsa.

Lagipun minyak kan mahal sekarang ni. Kalau dulu RM70-80 dah boleh pergi dan balik dari Perak ke Utara. Tapi sekarang ni minyak sebanyak tu hanya untuk satu hala sahaja, belum kira tol dan perbelanjaan di pertengahan jalan lagi.

"Kenapa awal sangat nak hantar balik kampung? Lambat lagi nak raya". Persoalan yang aku timbulkan pada hubby.

"Kalau dok sini, asyik mengadap laptop saja. Kalau balik kampung, boleh teman mak dengan ayah, tolong mak buat kuih raya dan kemas rumah. Boleh juga otter baju raya".

Ada juga kebaikannya. Satu yang harus aku korbankan. Meninggalkan Teratak Usang untuk sementara waktu. Kalau dapat balik dan tinggal di Teratak Usang di kampung kelahiranku kan lebih seronok. Tapi apakan daya, Teratak Usang telah lama aku tinggalkan dan hampir di mamah usia dan anai-anai. Sayang....seribu kali sayang.

Andaikata suatu hari nanti aku beroleh pekerjaan dan pendapatan tetap, akan aku perbaiki semula segala kerosakan dan kecacatan Teratakku di kampung, InsyaAllah. Amin....doakanlah moga-moga aku dapat pekerjaan.
Ranking: 5

11 comments

19 Ogos 2010 pada 12:14 PG

Selamat bercuti ye hehe... tapi naik keretapi kadang2 seronok jugak kalau ada geng la

Entri terbaru: Khasiat Kordial Pegaga dan Kordial Kurma

19 Ogos 2010 pada 1:08 PG

kimie pernah naik keretapi,tapi komuter je. hehe. akak tak pakai broadband ke? alah bawaklah balik sekali laptop tu, lagipun mesti sunyi je Teratak Usang nanti..pape pun akak takyah risau, kita berayalah dulu, nanti baru blogging..patutlah org panggil akak blogger tegar..hehe..memang, minyak dah naik skang ni, meyampah, isi motor rm8 baru penuh, dulu rm5 dah penuh..huh..Sebelum tak sempat, baik kimie ucapkan SELAMAT HARI RAYA kak, kim salam kg suami akak ya..

19 Ogos 2010 pada 2:06 PG

Tak pa ar. mak mertua mak ko juga. Besar pahala dengau cakap suami ni.

19 Ogos 2010 pada 3:39 PG

salam..
alahai kesiannya kisah
kesian mak ayah..tapi
suami jangan derhaka aaa..
he he..selamat bersahur..

19 Ogos 2010 pada 4:46 PG

nak balik kampung yer, hati2.. teratak usang akan ditutup untuk beraya, jgn risau kami akan tgk2 teratak ni nanti..hehe

19 Ogos 2010 pada 6:00 PG

harap2 semuanya selamat ya. :)

19 Ogos 2010 pada 7:40 PG

@Syafrizal
Terima kasih....ya ka?

@Kimie Hashim
Dulu ada pakai tp dah lembap sgt, pasang blockbuster je la. Broadband tu belum potong lagi tp dah lama tak byr, mungkin dah xleh guna kot. Kalau bawak balik pun nk buat apa?pandang je?kat kampung ada streamyx tp semua org nk guna internet terutama mak dan ayah.
Zmn akak dulu lg murah, RM3 dah penuh kalau tangki kosong. Terima kasih, SELAMAT HARI RAYA.

@wachak
Ya la, memang aku byk dok kg mertua.kg aku singgah kejap je jengok mama aku. A'a, kutip pahala byk2.

@zulkbo
W'salam...
Kesian lagi pada mamaku dok sorang2.mak ada ayah teman, mama tak ada teman.
Baik encik...hehe...selamat berpuasa.

@LiFe KaMi
Terima kasih. Patutnya Teratak Usang kena bukan kan, utk org datang beraya...hehe.
Ok,thanks....jgn lupa sapu sawang2 yg ada...

@ayin~weeweet
InsyaAllah, terima kasih...

Tanpa Nama
19 Ogos 2010 pada 9:36 PG

Good dispatch and this enter helped me alot in my college assignement. Thanks you as your information.

19 Ogos 2010 pada 11:20 PG

moga2 niat akak nak baiki teratak di kampung tercapai

20 Ogos 2010 pada 6:57 PTG

babe!! tak balik raya kedah ka??... naik ketapi?? erk aku pernah balik naik ketapi! gila lama 13 jam tu!!! tapi balik dgn buah hati x der la bosan!! ngeeeeeee!! :D

23 Ogos 2010 pada 11:52 PTG

Tarikh ko balik kampung tu bila iza ??
moga selamat pergi dan balik. enjoyy kat kampung erk !!

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved