Assalamualaikum...
Petang tadi aku keluar jalan-jalan di Pekan Teluk Intan. Di menara Condong ada pertunjukkan tapi aku hanya tengok sepintas lalu dengan kereta. Tak boleh nak parking, jalan sesak sangat. Tempat parking pun susah nak dapat.
Wow, ada beca la.....
Bukan senang nak tengok beca sekarang ni. Beca hanya ada di tempat-tempat tertentu sahaja seperti di Pulau Pinang dan Melaka Bandaraya Bersejarah.
Aku masih ingat lagi, dulu aku pernah naik beca semasa usiaku 6 tahun di Bandar Alor Setar. Masa tu belum ada teksi lagi. Yang ada hanya kereta sapu dan beca. Seronok sangat naik beca masa tu sebab baru pertama kali merasa.......siap ada bumbung lagi. Walaupun setiap hari menaiki basikal (gerek, kata orang Kedah), tapi tak sama dengan naik beca. Penumpang duduk di depan. Tambangnya pun murah.
Tapi sekarang ni, kalau kita tak pergi ke tempat yang ada beca, kita tak akan jumpa. Harap-harap lepas ni aku masih berpeluang merasai kenikmatan naik beca buat kali kedua. Mmmmmm......kena pergi ke Melaka la ni. Cuti-cuti Malaysia.....
Ranking: 5
JOM BACA LAGI
Ke Negeri Minang.Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Maaf pada semua kerana aku terlalu sibuk untuk blogwalking ke blog kawan-kawan dua tiga hari ni. Apabila terpublishnya entry ini, aku mungkin dalam perjalan ... readmore
Sumpit Asli
Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Jika disebut tentang SUMPIT, apakah yang terbayang di minda anda? Kalau sebut sumpit, aku akan terbayang tentang senjata yang digunakan oleh orang asli di Malaysia s ... readmore
Kuala Lumpur Ke Jeddah
Assalamualaikum,
Salam sejahtera, Salam 1 Dunia.
Pada Sabtu lepas, 8 Mac 2014 jam 4.30 pagi, aku dan keluarga bertolak dari Teluk Intan ke LCCT., Kuala Lumpur ke Jeddah untuk menunaikan Umrah. M ... readmore
Kenangan Di Pahang.Salam 1 Malaysia....
Cerita ini dah basi tapi aku belum sempat tulis. Walau bagaimanapun, aku nak tulis juga. jom layanzzz....
Sehari sebelum aku berangkat ke Pahang sebulan yang lalu, internet su ... readmore
Vietnam
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Rombongan ke Vietnam bersama rakan sekerja hubby (4 berkeluarga dan 4 orang bujang) seramai 22 orang pada 25 Disember lalu amat la meletihkan tet ... readmore