Kenangan di IPTA

on Jumaat, Februari 19, 2010


Zaman persekolahan memang menyeronokkan tidak kira samada kita di tabika, sekolah rendah, menengah atau peringkat IPT dan setiap orang pastinya mempunyai pengalaman tersendiri.

Pengalaman yang kita lalui merupakan suatu kenangan yang terindah dan tidak dapat dijual beli atau ditukar ganti dengan sesiapa pun kerana ianya terlalu berharga untuk diri kita sendiri tidak kira pengalaman manis atau pengalaman pahit.

Aku masih ingat lagi masa aku mengikuti kelas Pengantar Bahasa Melayu di USM dulu. Pensyarahku bernama Dr. Radiah. Pada permulaannya, terlalu ramai student yang mendaftar untuk mengikuti kursus tersebut kerana menyangka Bahasa Melayu merupakan subjek yang mudah sehinggakan dewan kuliah terlalu sesak. Maksimum 400 orang untuk satu dewan menyebabkan ada siswa-siswi yang terpaksa duduk di atas tangga.

Apabila menghadiri kuliah pertama, detik keperitan pun bermula....Apa yang peritnya?
Kami mendapat seorang pensyarah yang gila-gila (sesuaikah ayat ni?). Bukan dia tidak berapa nak betul tapi mungkin ada yang menganggap happy go lucky kot. Dia terlalu berbeza dengan pensyarah yang pernah aku jumpa.

Ramai juga yang telah menggugurkan kursus tersebut sebab tidak tahan dengan kerenah pensyarah yang lain dari yang lain itu. Dan ada yang sanggup bayar sebanyak RM50 sebab tarikh untuk menggugurkan kursus telah tamat.

Kami mesti ikut semua peraturan yang dia sendiri tetapkan.

1. Wajib beli buku teks Pengantar Bahasa Melayu setebal hampir 1 jengkal yang diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris.
Dah la tebal, mahal pulak tu. Buku bahasa Melayu pun belum habis baca, ini kan pula buku bahasa Inggeris yang bisa membuatkan kami semua cepat terlelap.

2. Pelajar Palapis wajib pakai uniform setiap hari Rabu dan ketika kuliah ingin dimulakan, semua kena berdiri dan nyanyikan lagu Negaraku dan Lagu USM.
Mungkin untuk memupuk perasaan cintakan negara kot, juga sebagai lambang perpaduan.

3. Sesiapa yang tidak menghantar ujian harian atau tidak dapat siapkan tugas yang diberi, perlu membawa char koteaw serta sebarang minuman ais untuk pensyarahku. Kadang-kadang dia nak coklat smaties atau yang lebih mahal dari coklat tu.

4. Kadang-kadang dia suruh sesiapa yang disukainya membawa apple, limau atau carrot. Kemudian, sesiapa yang terleka, tertidur atau tidak tumpukan perhatian, siaplah kena baling dengan buah-buahan tu. Kemudian, pelajar yang terkena perlu membawa turun ke bawah dan makan depan semua orang. Ada soalan yang akan ditanya mengenai perlakuan tersebut.

5. Dia juga akan tetapkan satu hari untuk semua pelajar memakai pakaian sukan yang lengkap tidak kira pagi, petang atau malam.
Rupanya kami kena bersenam dalam dewan kuliah sebab ada yang mengantuk.

6. Semua pelajar perlu membawa cermin mata yang berwarna selain putih atau jernih. Kalau tak ada, terpaksalah membeli untuk memenuhi kehendaknya. Yang ni aku kurang pasti apa dia nak sebenarnya.

7. Semua pelajar diwajibkan pergi bermain boling di mana-mana sahaja kerana akan diadakan ujian bertulis mengenai boling.
Logik ke?
Memang mulanya macam rumit sikit tapi best juga sekali-sekala, bukan selalu.
Tau apa soalan yang di tanya?
Penggunaan bahasa tubuh semasa bermain boling, harga tiket, berapa biji botol yang ada dan macam-macam lagi soalan berkenaan boling. Nasib baik aku pergi main boling juga, tau la apa yang nak dijawab.

8. Setiap orang diberi tugasan dan perlu membuat pembentangan menggunakan Bahasa Melayu Baku (tak boleh ada sedikitpun loghat negeri) serta menggunakan alat bantuan yang dicipta sendiri menggunakan bahan terbuang. Gam, gunting dan apa sahaja yang perlu dibeli tidak dibenarkan. Hanya bahan buangan semata-mata menggunakan kreativiti tersendiri.

Contohnya, kalau nk lekatkan sesuatu, lekatkan dengan nasi terbuang atau tepung ubi asalkan tidak menggunakan wang. Boleh pungut ranting-ranting kayu dan daun-daun juga kertas terbuang.

Yang pastinya, setiap benda yang kami perlu lakukan pasti akan ada soalan yang akan ditanya berkenaan dan berkaitan dengan Pengantar Bahasa Melayu. Cara pengajarannya teramat berbeza. Itulah pengalaman yang pernah ku lalui sepanjang mengikuti kuliahnya.
Ranking: 5
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved