Apa dah jadi ni? Tolong!!!

on Selasa, Februari 02, 2010


Assalamualaikum...

Semenjak dua senjak ni aku dah mula give up. Blog aku dah mula memberat. Kenapa dan mengapa?

Segala widget yang tak berkenaan telah aku buang. Tapi masih berat jugak. Dulu ada lagu, widget widgeo, feed traffik dan segala macam kaum kerabat widget yang aku letak untuk mencantikkan blog. Tetapi tanpa aku sedari, aku macam syok sendiri bak kata Pak Dogol. Adakah blog aku ni blog syok sendiri? Entah lah, sukar untuk aku tafsirkan. Terima kasih Pak Dogol, kerana telah menyedarkan aku yang dah hanyut sendirian.

Iklan nuffnang pun dah tak mau dok bertapak lama-lama di sini. Tetamu teratakku pun dah semakin berkurangan.
Ramai yang dah merungut bila berkunjung ke Teratak ni. Aku sendiri pun dah mula jemu bila buka saja, nak kena tunggu berjam-jam kerana lambat loading.

Aku amat memerlukan sokongan, bimbingan, kritikan dan tunjuk ajar dalam usahaku untuk bertapak lebih lama dalam dunia blog. Pada semua blogger yang otai atau tidak dan arif serta prihatin dengan rakan blogger kalian, tolonglah rakanmu ini.

Komen dan kritik lah apa sahaja dari segala isi perabut dalam teratak usang ni supaya blog aku lebih mesra Pakcik dan Makcik google, yahoo dan segala macam enjin pencarian kerana aku sudah mula sesak nafas memikirkan teratakku yang serba kekurangan.

Terima kasih kepada Nescafe Ais yang banyak membantu aku mempelajari selok-belok html, pada arieDRifke yang banyak bagi tips Nuffnang dan tak lupa juga pada teman-teman blogger yang tak jemu menyapa aku setiap hari. Tanpa teman-teman blogger, siapalah aku?

Tolong la wahai kawan-kawanku....
Jika tidak, Teratak Usang hanya tinggal kenangan.
Di kesempatan ini, ingin aku memohon maaf andainya aku terkasar bahasa dan ada yang terluka. Aku tidak dapat menjangkakan hayat Teratak Usang, adakah hanya sampai di sini?
Ranking: 5

17 comments

2 Februari 2010 pada 6:44 PTG

neh pndapat iza jea keh.. cuba akk singkatkan link kwn2 blog akk jadi 5 ke 10 ke.. pastu klau blh ruangan sembang tu buat satu dah laa.. klau akk sayang dua2 az takleh nak ckp apa dah.. klau blh gak visitor log tu buang laa.. mutiara tu pun.. ini just pandangan iza jea keh.. moga sukses :)

2 Februari 2010 pada 7:04 PTG

ok je... mngkin link list jadi lambat..sebab bnyak sangat kot??

2 Februari 2010 pada 7:37 PTG

bosan dgn layout? try usha2 template baru :)

2 Februari 2010 pada 8:23 PTG

cuba compresskan css code..ariedrifke de buat psl entri ni..cuba cari entri 2..sy dh cuba, mmg berkesan!=)

2 Februari 2010 pada 8:37 PTG

Assalamualaikum akak,peduli kan apa orang nak cakap akak.. janji akak berblogging dari buat ahli mesyuarat tingkap :D

2 Februari 2010 pada 10:16 PTG

teruskan berblogging...teratak usang my fav blog...nuffy hanya smpingan..mesti ada pasang surut..xpe...update jer blog nie..black_mel mesti dtg..insyaAllah..

2 Februari 2010 pada 10:57 PTG

@Aiza

Ok, InsyaAllah link akan disingkatkan. Chat box memang nk buat 1 je,yg 1 lg tu hanya testing di samping nk kesan spam. Mutiara tu dah dibuang dan visitor log tu jgk bakal di buang. Thanks.

@Zikr the Jalanan Sepi Perantau

Mungkin jgk link list tu berat. InsyaAllah akan dikurangkan.

@DaHLia

Tak bosan dgn layout, suka sangat warna hitam tp macam tak berapa nk mesra dan buat berat blog kot.

@ZihNuN FaTiN

Dah buat lama dah ikut step yg dia bagi, memang berkesan, ringan je tapi skrg ni dah jadi berat semula.

@AyieBlog

Waalaikummussalam..
Ahak....ko ni ayie....Akak belum pernah lagi la sertai ahli mesyuarat tingkap sebab sibuk dgn blog. Rasanya tak boleh jgk kalau tak pedulikan apa orang cakap sebab kritikan tu kadang-kala membuatkan kita jadi lebih baik dari sebelumnya. Apa-apa pun, thanks.

@black_mel

Wah....kata-kata black_mel ni membuatkan aku tersenyum lebar dan kembang hati....Aku pun dah lama perasan, bila ada je posting terbaru, black_mel mesti muncul. Thanks kerana kata2 tersebut memberikan aku satu semangat baru.

2 Februari 2010 pada 11:49 PTG

kak, aku rasa sekarang blog kau ni bagi aku ok je, mungkin internet explore kau yang mula berat, cube kau clear kan cookies dan cache dekat ie,firefox atau google chrome, atau apa benda ie yang kau pakai, aku pun penah jadi mcm ni, biasa nye cookies kau dah betindih, dia akan jadi lembab, try dulu kalau ok bagus,kalu tak ok, plan b pulak ok

3 Februari 2010 pada 1:31 PG

@bom321

Ya ka? ko tak rasa berat ke bila buka blog aku? Aku memang dok fikir laptop aku ni yang berat tp bila nuff pun tak nk muncul, rasanya memang blog aku ni tersangat la berat. Dah 2 orang kata blog aku berat. Ok, aku cuba dulu. Thanks.

3 Februari 2010 pada 2:29 PG

mgkn kak iza boleh buang yg msgbox junaidi tu n yg log dr msgbox junaidi tu jgk. sbb dh ada shoutmix kt atas tu kan. then mgkn leh buang the top commentors jugak sbb kan dh ada yg recent comments tu. mcm redundant ckit la kot, in my opinion la. then yg ada widget 'jom bace entry terkini' tu. mgkn sbb dia flash, ada scrol, tu leh buat berat jgk. n recent visitors pun sbnrnye mgkn xperlu.. huhuhu..

just my pndpt k kak iza. kot2 leh bntu. sorry if xsefahaman :)

3 Februari 2010 pada 3:35 PG

Hai Iza..sy rasa iza kena buat header iza jadi lebih kecil sikit. Pastu, animation untuk "Jom baca entry" pun biarkan statik pun ok jugak kot, ataupun boleh buang aje...sebab iza dah letak popular post kan..Lagi satu, saya tak pasti kalau ini hanya untuk blogger blogspot yang bertukar ke custom domain macam blog saya yang menggunakan bluedianthus.com dan bukannya bluedianthus.blogspot.com, ada software Page Speed yang iza boleh install supaya loading jadi lebih cepat...Saya pun mqsih dalam proses belajar...apaun, saya rasa entri iza ok dan menarik..blogger setia pasti akan datang..:)

3 Februari 2010 pada 8:07 PG

@|arieza|

Ok, msjbox junaidi tu dah dibuang. Thanks.....yg lain2 tu akan difikirkan kemudian.

@: bluedianthus :

Header tu ke? Mmmmm, ok dan yang lain2 tu akan ada perubahan jgk jika ia memang memberatkan blog. Page speed ek? Ok, kena study dulu ni. Thanks.

3 Februari 2010 pada 9:26 PG

Sama-sama la kita study Iza..:)

3 Februari 2010 pada 11:26 PG

ni mesti blog kamu gumuk ni~

3 Februari 2010 pada 2:02 PTG

@|| nemo mimosh ||

Ya la kot, kalau kurus, x jd berat mcm ni. hehe..

3 Februari 2010 pada 3:47 PTG

biar la design simple, kemas tapi menarik dan yang masih paling penting. isi nya. my pendapat je lah. aku pun masih baru. hihihi

Tanpa Nama
22 Februari 2010 pada 9:54 PG

membaca seluruh blog, cukup bagus

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved