Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Selama lebih seminggu bertungkus-lumus menyiapkan produk untuk diletakkan di booth Lorong Seni. Lega rasanya. Para peminat barangan kait boleh berkunjung ke sana mulai 15 Februari ni. Ada pelbagai item yang dijual seperi Baby Dress, Cardigan, Booties, Kupiah, Key chain... Semua item yang dijual disitu dikumpul dari satu kumpulan yang minat mengait (GSM), terdiri dari crocheter pelbagai negeri.
Bawah ni ada item yang aku hasilkan untuk booth tersebut...
Baby dress, gabungan antara benang kait cotton Indonesia dan kain heavy dull satin. Dress ni sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 setengah tahun. Harganya RM35 (tak termasuk kos pos). Kalau kait 100% dari atas hingga bawah, harganya mahal sikit la. Bukan senang nak hasilkan baju dari benang. Lain la kalau dari kain menjadi baju.
Yang di bawah ni pun sama juga, untuk kanak-kanak berusia setahun ke bawah. Menggunakan benang nona (acrylic) dan skirt menggunakan kain heavy dull satin. Harganya RM27 sahaja.
Gambar terbalik pulak. Tak pe la. Ni topi baby. Menggunakan knit loom untuk menghasilkannya. Kalau berminat nak tempah terus dari aku, boleh contact atau inbox di www.facebook.com/izaarm. Boleh pilih warna kegemaran dan juga jenis benang. Harga bergantung pada jenis benang.
Topi ni aku gunakan benang nona (acrylic). Sekali lilit, aku guna 3 urat benang dan terhasil la topi ni.
Yang dalam plastik ni, aku buat topi pelbagai pattern. Harganya RM25 sahaja.
Ni barang yang dah siap packing untuk diposlajukan.
Dah selesai semua ni, boleh la rehat sebentar sebelum sambung order yang tertunggak...
3 comments
Assalamualaikum...
Syukur... aktiviti blogging masih diteruskan hingga kini dan ditambah lagi dgn aktiviti jualan.. Semoga apa yang diusahakan akan terus mantap dan mencapai kejayaan...
@Ahmad Zaki
W'salam..
Alhamdulillah, Amin. Terima kasih.
@Muhd Anuar
InsyaAllah..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini