Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Tetiba je nak up date tentang produk kecantikan. Ya la, dah setahun wajah tak terjaga. Masa mula mengandung tahun lepas, aku tak boleh bau sebarang benda. Deria bau memang sensitif. Jadi aku tak ada pakai sebarang produk yang berbau. Sabun mandi pun kena cari yang ada b
au lemon gitu. Kalau tidak, tak bersabun la...
Mula tahun 2004, aku menggunakan produk SHADIRA sehingga tahun lepas. Wow, lama juga tu setia dengan satu produk. Memang berkesan tapi itu dulu la. Selepas aku join Mahasiswa Bersama Masyarakat, muka aku memang teruk disambar panas mentari. Lepas guna produk SHADIRA, masalah tu hilang.
Minggu lepas, kawan lama up date gambar di facebook. Punya la licin muka dia. Aku pun tanya la apa rahsianya. Dia syorkan aku produk ni. Aku pun nak juga cuba.
Semalam aku ke Watson Teluk Intan, barang yang di cari tak ada. Aku ke Guardian pulak. Kedai sebelah menyebelah je. Ok la kan. Sekarang ni susah nak boleh pandu kereta sendiri sebab ada baby kecik, maka ditemani la encik hubby dan anak-anakku.
Kawan lama suruh try set trial dulu, harga dalam RM25 gitu tapi set kecil tak ada. Sales girl tu mula nak promote produk lain. Aku ni kadang-kadang cepat cair, tak tetap pendirian, macam lalang. Jadi sebelum aku ubah fikiran, baik aku meminta diri dulu. Barang ni pun sama jugak di Guardian. Ada pek besar je. Tanpa lengah lagi, aku sambar satu set dan tambah satu lagi produk berasingan. Harga semua tu dalam RM97 gitu la. Ni set nya....
Dalam set ni ada pembersih muka, toner dan krim siang. Yang atas tu, aku beli asing iaitu CC krim. Begitula yang disarankan oleh kawan aku.
Next time aku buat review tentang produk ni. Kita tunggu hasilnya nanti samada berkesan atau tidak. Wajah aku sekarang ni...warna kulit tak sekata, mengelupas di sesetengah tempat mungkin sebab perubahan cuaca dan kadang-kala terasa kulit kering.
Ok. Setakat ini sahaja untuk hari ni...
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini