Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Sekali lagi CAL (Crochet A-Long) sedang berlangsung dan bakal berakhir pada 3 November ini. Projek kali ini adalah Shawl atau selendang. Setiap peserta diberi pattern shawl dan terpulang kepada peserta untuk kreatifkan diri mencantikkan shawl tersebut.
Shawl ini menggunakan benang baby acrylic mix color dengan warna-warna lembut.
Lega rasanya apabila dapat siapkan projek yang betul-betul mencabar kesabaran ini. Bayangkan, sudah kait banyak tiba-tiba ada tertinggal satu langkah, terpaksa rungkai semula untuk membetulkan step yang tertinggal tadi. Ada yang terlebih kait pun kena buka semula untuk membetulkan kesilapan. Kalau tidak, tak boleh nak teruskan mengait.
Jangka masa untuk siapkan shawl ini lebih kurang 2 minggu. Itu pun bukan mengait sepenuh masa. Aku ambil masa hampir sebulan juga apabila diperam-peram untuk sudahkannya. Siap juga akhirnya.
Ranking: 5
JOM BACA LAGI
Crochet Kopiah.
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Tiga jenis kopiah berjaya dikait. Aku saja-saja kait kopian kosong untuk hubby, kait kopiah GAZA tempahan pelanggan dari Terengganu dan kait kopi ... readmore
Kategori Crochet
Senarai produk mengikut kategori.
Baju.
Cardigan, dress, gown
Sweater
Vest
Headband
Beg
Purse
Sling bag
Tote bag
Shawl
Booties
Topi, beanie
Kotak tisu
Alas tv
... readmore
Tutorial Kotak Pensil
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Esok hari guru. Jadi hari ini kena siapkan hadiah untuk anak-anak berikan pada guru-guru mereka. Ibu-ibu di luar sana boleh cuba.
Tutorial rin ... readmore
Tutorial Lunch Tote Bag
Assalaqmualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia...
Ramai yang berminat dengan Lunch Tote Bag. Jadi aku kongsikan serba ringkas totorial bergambar yang sempat aku snap.
Dan....
Ini la ha ... readmore
Pencil Case
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Ketika semua orang sibuk di awal tahun baru, tak terlambat lagi rasanya untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru pada semua yang berkunjung di sini.
... readmore
6 comments
Semalam isteri saya beli jarum kait dan benang. Tentu ada projek yang hendak dihasilkan. :-)
Agaknya apa projek yang nak dibuat tu ye?
ha.. dah follower yang sama minat, mudah2an bertambah pengaruh blog ni.
byk juga pakaian yg di buat.. :)
wah hebat...maksudnya dijahit sendiri yaaa??
Follow me at Forex Trader
Bukan jahit tapi dikait guna jarum kait.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini