Crochet Baby Booties

on Selasa, Ogos 28, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Ketika mood malas untuk blogging, aku dapat siapkan kaitan baby booties ni. Jika sebelum ini aku buat Crochet Headband dan Crochet Baby Dress, kali ini aku cuba buat booties pulak.


Terdapat banyak jenis pattern baby booties ni tapi belajar buat yang mudah dulu la. Bunga atas booties tu, anak sulung aku (5 tahun) yang bagi idea. Aku ingat nak biarkan kosong je tapi dia pulak beria-ia suruh aku letak bunga.

Baby booties di atas ni belum ada yang punya. Ukuran tapaknya atau tapak kaki baby yang boleh muat adalah 9cm (anggaran usia 0-6 bulan). Menggunakan benang kain Minlon merah dan putih. Jika ada yang berminat, boleh isi  Contact Form di atas menu bar.

Minat terhadap seni mengait ini menyebabkan amaun dalam akaun maybank ku sedah menyusut gara-gara berkenan dengan benang import yang cantik-cantik untuk dikumpulkan. Aku cuba untuk membeli pelbagai jenis warna benang untuk hobi ini. Masa balik kampung 2 minggu lepas, sempat la cari benang. Bukan senang nak ajak hubby ku menyinggah kedai sana sini. Sebab tu aku beli benang secara online. Kalau kereta baru dah keluar nanti, boleh la aku shopping dengan anak-anak. Benang yang ada dalam simpanan: 
Minlon: Purple, Biru, Hijau, Kuning, Merah, Hitam, Putih, Coklat, Kuning Air.
Lace: Putih, Purple, Merah
Benang Import: Poly, Sugar'n Cream, Ice Yarn, Red Heart, Caron Simply Soft..
Benang Nona: On the way (esok sampai kot)

p/s: 3 headband yang ditempah oleh rakan blogger sudah siap cuma belum pos lagi. Projek Baby Dress belum dimulakan. Cari mood mengait dan cari pattern dress yang mudah untuk memulakan projek.


Ranking: 5

4 comments

28 Ogos 2012 pada 12:20 PG

owh..comel jugak booties tu..nanti nak bagi isteri sy tengok dulu..hehehe

28 Ogos 2012 pada 1:35 PG

comelnya
sangat comel
tahniah

28 Ogos 2012 pada 11:28 PTG

mmg cute la.. :)

29 Ogos 2012 pada 1:17 PG

Adik saya rajin mengait. Ada sahaja benda dia hasilkan.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved