Semangatku Terbantut

on Khamis, Jun 14, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Bukan semangat untuk blogging yang terbantut. Sudah dua tiga minggu lepas aku bersemangat nak buat kuih rasa. ha..ha..ha.. Puasa pun belum, sudah terfikir kuih raya? Ya la. Mulanya ingat nak buat untuk makan hari-hari dulu. Kalau sedap, boleh la nak buat business biskut raya. Business yang terbengkalai sejak tahun 2008 lepas.

Setiap hari aku google cari kuih raya yang sama. Biskut yang aku cari, Biskut Samprit a.k.a Biskut Dahlia dan Biskut Mazola. Bukan cari resipi pun. Resipi sudah lama ada, warisan dari mamaku cuma aku saja yang tak pernah cuba buat sendiri. Last aku buat biskut raya bersama-sama mama pada tahun 2003 sebelum aku masuk U. Lepas dari tu, aku hanya tumpukan pada Simpul Kasih sahaja sehingga sekarang.

Dulu-dulu, bakar biskut bukan guna oven pun. Sekadar guna periuk jenama Hanamay je. Macam periuk bulat biasa tapi masak juga kek atau biskut tiap kali raya. Zaman sekarang ni je mengada-ngada manja sikit, nak oven la, mixer la. Dulu, pukul telur guna sarang besi besar macam sarang tebuan tu masa nak buat kuih bahulu. Cara tradisional punya, pukul dalam baldi besar. Nostalgia dulu-dulu.

Hubby kata oven sudah rosak. Kalau pasang plug, habis black out. Hubby beli oven tu tahun 2008 dan hanya dua kali aku guna seumur hidupnya (oven tu la). Jenama Khind hanya bertahan 4 tahun kerana simpan punya pasal. Padan muka aku. Simpan lagi lama-lama, itulah akibatnya. Apabila dibawa ke kedai untuk baiki, Cina tu kata tak boleh baiki sebab tak ada barang. Daripada bayar mahal, lebih baik beli yang baru. Sedihnya...

Dulu nak sangat oven. Bila sudah ada, tak guna pulak. Bila diperlukan, oven pulak sudah rosak. Menyesal kemudian tidak berguna lagi.

Bahan-bahan biskut sudah ku beli termasuk la acuan biskut dan alat penimbang. Jauh aku mencari acuan-acuan yang diperlukan hingga ke Aeon/ Jusco Klang tapi apakan daya, oven pulak rosak.

Dengan muka sepuluh sen aku tanya hubby, macam mana nak buat kuih, oven tak ada? Hubby kata, nanti la beli oven baru tapi nak beli oven bulat je macam mak (mertuaku), walaupun sudah lama guna, tak pernah rosak. Dalam hatiku, "tak nak laa....nak oven yang besar macam oven lama tu..." tapi hanya dalam hati je la. Tak beli langsung kang nanti, lagi kesian.







p/s: Kalau hubby ku terbaca entri ni.....he.he..alang-alang nak beli tu, beli la oven yang besar ye.


Kongsikan artikel ini jika bermanfaat.

Ranking: 5

23 comments

14 Jun 2012 pada 1:33 PG

go for it kak iza :)

14 Jun 2012 pada 9:57 PG

amboi2 semangat betul..
tulah kalo nak wat baking2 ni kena ada dua menda ni over ngan mixer..barulah kek n biskut sedap dan cantek
el pun rs kena beli oven besaq skit lah..dah berjenama skit baru tahan lama...haii x tau lah raya ni nak wat kueh raya ke x...malas betul :)

14 Jun 2012 pada 10:37 PG

salam;
aku tak faham bab2 buat kueh ni..sbbnya kerja aku makan kueh je,apa2pun moga niat awak nak buat kuah taun ni berjaya menjadi.

14 Jun 2012 pada 11:18 PG

hahaha.. buat je la kak.. sementara ada semangat ni.. anti dh nk raya jgn wat kuih tunjuk2 je kt pasar malam.. hahaha

14 Jun 2012 pada 12:33 PTG

nk ketawa tak blh hya sisa je yang tinggal..ni terbantut namanya

14 Jun 2012 pada 12:39 PTG

Alahai sedihnya...
Sayang kan baru 4 thn dah rosak, kena hantaq servis tu..

Seb bek blom posa lagi, kena servis cepat2 kak :)

14 Jun 2012 pada 2:00 PTG

sayang tuh, cantik ovennya.

14 Jun 2012 pada 2:06 PTG

wah semangat nak buat kuih raya..hehe.. beli oven yg mahal sikit supaya tahan lama :)

14 Jun 2012 pada 6:54 PTG

saya kurang suka buat biskut sebab lambat siap..haha tapi kalau buat kek saya suka :D

14 Jun 2012 pada 8:32 PTG

dh nk prepare raya ke ni??..huhu

14 Jun 2012 pada 10:11 PTG

@jebengotai
Ya la..

14 Jun 2012 pada 10:12 PTG

@Mrs.Yie
Dah lama tak buat kek.

14 Jun 2012 pada 10:13 PTG

@Bobo
Tu la. Kalau dapar yg mahal, best jugak.

14 Jun 2012 pada 10:14 PTG

@Myra Jay
Hantar servis, barang tak ada dan mungkin mahal.

15 Jun 2012 pada 12:04 PG

Isteri saya baru sahaja membeli oven jenama Butterfly. Katanya hendak buat bakar kuih.

15 Jun 2012 pada 12:40 PG

salam..
adehh..mesti tension kan..
ala..hubby sayang, lepas nih
dia beli oven besar..siap
boleh meniaga kuih raya lagi :)

15 Jun 2012 pada 7:20 PG

yeaahh !!!! Spain menang ..bhahahhahaha

15 Jun 2012 pada 11:52 PG

@Iza Teratak UsangModel tu dah tak keluar lagi kot...

15 Jun 2012 pada 11:53 PG

Semangat dah ada, oven plak takde yer. Masa dok semangat tinggi camni tak elok disekat nanti tak buat terus :) Mintak2 hubby baca :)

15 Jun 2012 pada 4:41 PTG

beli aje yang baru..

16 Jun 2012 pada 10:31 PG

hahaha ada 1 kat rumah..tapi jarang pakai hmm..kan membazir tu he3..

16 Jun 2012 pada 5:49 PTG

salam iza,
beli jeh lah oven baru. :)

16 Jun 2012 pada 7:13 PTG

Hehe kena beli satu tu.

"hanya dua kali aku guna seumur hidupnya (oven tu la)" nasib baik diikuti dengan pembuka dan tutup kurungan hahahahahahah

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved