HIDUP SEORANG BLOGGER

on Rabu, April 21, 2010

Salam...

Syukur alhamdulillah kerana aku punya blog sendiri. Itulah yang dinamakan HIDUP SEORANG BLOGGER. Sekurang-kurangnya aku boleh mengisi masa lapang, berkongsi kegembiraan, keceriaan dan kesedihan bersama pembaca yang setia menjengah saban hari.

HIDUP SEORANG BLOGGER,
Hadirku bukan untuk dipuji.
Bukan juga untuk dikeji.
Bukan populariti yang aku cari.
Sekadar ingin difahami, memahami, dimengerti dan berkongsi segala cerita, sedih suram, suka duka kehidupan duniawi.

HIDUP SEORANG BLOGGER,
Pada yang membenci, ku pohon jutaan kemaafan.
Pada yang mengerti, sejuta persahabatan akan aku hulurkan.
Membantu sekadar tahu, mencari sebanyak perlu.

HIDUP SEORANG BLOGGER,
Tidak ramai teman di dunia nyata,
ku mencari di dunia maya.
Tanpa bicara, beralun suara.
Sekadar tinta menceritakan segalanya.

HIDUP SEORANG BLOGGER,
Ingin ku luahkan segalanya isi hati
namun masih ku simpan sendiri.
Entah mengapa lidahku kelu,
Apabila berhadapan dengan blogku.

HIDUP SEORANG BLOGGER,
Itukah dia yang digelar blogger?
Pabila jari-jemari pandai menari.
Mencari info untuk dikongsi,
Juga meluahkan apa yang terlintas di fikiran juga hati.

Namun ku punya pendapat sendiri.
Setiap penulisan yang punya erti,
Setiap bait kata yang punya makna,
Setiap inspirasi yang di beri,
Setiap lontaran fikiran yang punya jiwa
Setiap coretan perasaan,
Setiap lakaran, gambaran dan luahan hati seorang penulis adalah sebuah kisah
HIDUP SEORANG BLOGGER




Ranking: 5

2 comments

13 Mei 2012 pada 7:23 PTG

hidup seorang blogger...paling seronok bila dapat berkongsi minda dan pengetahuan dengan rakan rakan lain..

14 Mei 2012 pada 2:58 PTG

Hidup seorang blogger tak boleh menulis ikut sedap rasa
Kena ikut aturan juga

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved