Hari Bumi

on Khamis, April 22, 2010

Tanggal 22 April merupakan Hari Bumi. Dalam kempen ini, kita disarankan untuk menjadikan setiap hari adalah Hari Bumi. Hal ini kerana planet bumi telah mengalami pelbagai ancaman dari segi pencemaran, teknologi nuklear, penggunaan teknologi dalam pertanian dan sebagainya. Oleh itu, bagi menjayakan dan menyelamatkan bumi kita, diharap kita dapat menyokong kempen ini. Tidak hanya menyokong tetapi melaksanakan tanggungjawab kita sebagai makhluk yang dikurniakan akal fikiran di bumi untuk kepentingan bersama.

Mengapa kempen "Every day is earth day" ini penting?
Untuk memberi kesedaran kepada warga dunia bahawa pentingnya kita sebagai makhluk untuk memelihara bumi ini dari segala pencemaran, penyalahgunaan tenaga nuklear agar kita memelihara dan memulihara alam sekitar supaya bumi kita sentiasa bersih, sihat dan aman.

Bumi ini bukan hak mutlak kita tetapi amanah yang dikurniakan oleh Yang Maha Pencipta sebagai pinjaman dan kita wajib memeliharanya agar kita dapat mewariskan kepada generasi akan datang.

Bagi menunjukkan sokongan anda, sila klik gambar. Untuk keterangan lanjut, sila klik DI SINI.
Ranking: 5
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved