Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Selama 3 hari 2 malam aku tinggal bertiga bersama anak-anak di rumah. Hubby ke Hatyai, Thailand sempena rombongan bersama Kelab Kilat. Seperti biasa, hubby berpesan supaya kunci semua pintu. Jumaat malam yang lalu, hubby keluar dari rumah, aku terus pasang mangga ABLOY yang paling besar kat pintu pagar rumah.
Mulanya nak pasang Abloy tu kat gril tapi susah nak masukkan. Jadi aku pun letak Abloy paling besar kat gate luar untuk keselamatan. Selama itu juga aku tak keluar rumah dan tak ke mana-mana.
Malam semalam hubby balik jam 1 pagi. Balik hantar beg, barang-barang dan akan keluar semula untuk bekerja kerana ada tugasan (breakdown) yang perlu diselesaikan. Tak sempat nak masuk rumah dan tak sempat nak rehat. Tapi malangnya puas dicuba, kunci Abloy nak terbuka juga. Maka terpaksa la hubby lompat pagar untuk ambil kunci kereta.
Jam 4 pagi hubby balik dan berusaha untuk membuka lagi mangga Abloy, letak minyak, namun usahanya hanya sia-sia. Hampir jam 5 pagi, hubby bagitau kalau tak dapat juga buka pintu, Along tak boleh ke Tabika esoknya.
Aku pun gagahkan diri untuk bangun mencuba nasib. Dengan lafaz Bismillah, lembutkan jari untuk masukkan kunci dalam lubang mangga Abloy sambil berdoa dalam hati agar cubaanku berjaya agar Along dapat bersekolah esoknya. Alhamdulillah cubaan ketiga membuahkan hasil. Aku berjaya membuka kunci Abloy tersebut.
Sebelum ni tak ada masalah dengan Abloy tersebut, tetiba dia buat hal. Nasib baik tak ada kecemasan ketika ketiadaan hubby. Kalau tidak susah juga nak bawa keluar motor, kereta atau aku dan anak-anak sendiri. Tak kan nak lompat pagar? Masa muda remaja dulu boleh la panjat pokok kelapa sekali pun tak pernah.
Pengajaran - Kalau nak guna kunci apa-apa, cuba, try, test dulu sebelum mengunci. Pastikan ianya berfungsi dengan baik dan lancar. Bimbang kalau-kalau terjadi sesuatu yang mendesak, diri sendiri juga yang susah.
Pengajaran - Kalau nak guna kunci apa-apa, cuba, try, test dulu sebelum mengunci. Pastikan ianya berfungsi dengan baik dan lancar. Bimbang kalau-kalau terjadi sesuatu yang mendesak, diri sendiri juga yang susah.
20 comments
salam;
kadang2 ada juga mangga bila kena hujan susah hendak dibuka..
Kakak rasa masa masukkan tu tak masuk betul-betul sebab lubang dia ada half round shape itu yg kadang macam tak boleh buka kan Iza. Nasib baik tak ada apa-apa terjadi... kesian en hubby kena panjat pagar
p/s: Kakak dulu masa kecik pokok jambu pun kakak panjat Iza...
kunci mahal2 mcm ni pun boleh rosak, manusia yg design namanya. berkat bismillah terbuka juga.
Abloy mmg tak boleh bukak kalau lubang kunci bahagian dalam tak selari,sebab ada security lock.Kena check tu lubang kunci tu bagi dia selari dah masukan habis baru boleh bukak.
Sudah lama tidak diletakkan minyak. Berkarat lah tuh. :-)
kunci yang jenis macam tu kalau anak kuncinya tak masuk btol2 memang ta boleh buka. Mesti sabar dan tenang...
Wah, kacau juga tu kalau nak cepat
Mujur juga tak ada kejadian tak elok terjadi
huaah kalau jadi macam tu memang sakit hati, benda nasi dah jadi mee goreng..hehe
macam mana nak buat kalau tak test dulukan sesuatu barang tu
W'salam..
Ya betul tapi jenis ni susah nak karat kot.
Entah la kak zakie, hubby cuba buka pun susah. Mungkin abloy tu memang susah nak buka kot. Tapi time nak bubuh kat gate hari tu, macam senang je bukanya.
Itulah kelemahan barang ciptaan manusia..
Betul la tu. Dah cuba buka banyak kali, memang susah. Serik dah nak guna Abloy besar2 macam tu..
Agaknya la kot...
A'a, yang penting sabar. Nak buka pun kena lembut2 je..
Ya, memang susah kalau nak cepat..
Alhamdulillah la..
Hmm..sabar je la..
salam..
ermm..tak pernah jumpa jenama Abloy ni pula
selalu orang guna Solex atau Yale..saya guna
Yale yang 3 mangga satu kunci..mudah nak buka
sebab hanya satu kunci sahaja :)
W'salam...
Menurut hubby, jenis abloy ni macam master key la. Kalau kunci hilang, kena buat laporan polis. Biasanya TNB guna di stor atau pencawang kot. Wallahu'alam..
Kelab kilat n kunci abloy n ade brekdown..tu semua ada kaitan.huhu
@Tanpa Nama
Siapakah gerangannya ni?
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini