Keajaiban Burung.

on Jumaat, Mac 30, 2012

Assalamualaikum, 
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Keunikan dan keajaiban yang ada pada burung menjadikan suatu yang menakjubkan bagi para saintis. Jika  kita sedang menaiki Kapal Angkasa Maha Canggih dengan bebasnya tanpa sebarang kos, burung juga punyai sesuatu iaitu sayap kebebasan. Allah Maha Pencipta, petandanya ada pada burung juga.

"Tidakkah mereka memerhatikan pada burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa lepas. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bagi orang yang beriman." (Surah al-Nahl: 79)

  •  Tulang burung sangat ringan tetapi kukuh kerana bahagian dalam tulangnya kosong.
  • Sayap burung dijadikan dalam bentuk aerodinamik yang membantunya untuk terbang dengan baik.
  • Paru-paru burung sangat unik kerana ia menyedut dan menghembus udara melalui saluran berbeza.
  • Bulunya dibentuk daripada protein yang dinamakan keratin. Bahan yang keras dan tahan lasak ini terbentuk daripada sel-sel lama yang meninggalkan sumber zat dan udara untuk mati dan menghasilkan sel-sel baru.
  • Burung membersihkan bulunya menggunakan minyak yang keluar daripada kelenjar minyak di ekornya. Ini menjadikan bulu burung kemas, berkilat, licin dan kalis air.
  • Semua burung yang terbang mempunyai tulang dada (sternum) yang kuat untuk menyokong otot-otot sayap.


Sumber: SOLUSI.
Ranking: 5

12 comments

30 Mac 2012 pada 1:25 PG

Salam,
Banyak juga kelebihan burung ni yang tiada pada haiwan lain..

30 Mac 2012 pada 1:43 PG

Dari zaman Leonardo da Vinci sudah ada minat untuk terbang seperti burung.

30 Mac 2012 pada 4:51 PG

banyaknya tanda tanda kekuasaan Allah yang ada depan mata kita semua tapi tu la, akal tak mampu nak berfikir betapa kerdilnya kita semua ni..

30 Mac 2012 pada 9:55 PG

Alangkah indahnya burung, kekuasaan Allah tiada siapa dapat menandinginya.

p/s: Ingat masa kecik-kecik main sepak yem tak Iza? Guna bulu burung yg cantik lawan kawan yg guna bulu ayam...:)

30 Mac 2012 pada 10:49 PG

salam;
Tiap2 mahluk yang di cipta oleh-Nya..masing2 mempunyai kelebihannya tersendiri..

30 Mac 2012 pada 2:06 PTG

aah...buu burung ni sentiasa cantik, kemas, licin berminyak gitu..baru den tau rupanya dye cuci pakai minyak. oo

30 Mac 2012 pada 4:18 PTG

nice..info berguna..banyak yang aku tak tau...

30 Mac 2012 pada 5:05 PTG

Disebabkan burung la terciptanya kapalterbang....

30 Mac 2012 pada 5:36 PTG

Memang burung sebagai salah satu tanda kebesaran Allah.

Manusia juga mencipta pelbagai alat@benda utk kemudahan sendiri aplikasi dari binatang.

subahnallah.

thanks kak iza...suka =)

30 Mac 2012 pada 5:38 PTG

Sampai sekarang, manusia berlumba2 mencipta sesuatu yg lebih hebat, tapi takkan dapat menandingi kehebatan ciptaan Allah. Subhanallah

30 Mac 2012 pada 6:00 PTG

tak suka pelihara burung
biarkan saja dia terbang bebas

31 Mac 2012 pada 12:27 PG

burung kelicap hanya makan madu shja utk hidup...walhal kibasan sayapnya sgt laju..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved