Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Teluk Intan Fun Ride 2012 akan diadakan pada 29 Januari 2012 bermula jam 7.30 pagi di Dataran Menara Condong Teluk Intan.
Kawasan kayuhan bermula dari Teluk Intan dan akan melewati beberapa kawasan berdekatan iaitu melalui kawasan Air Hitam, Langkap, Sungai Manik dan kembali ke Teluk Intan. Jarak kayuhan sepanjang 65km. Seramai 320 orang dijangka mengambil bahagian dalam acara tersebut.
Pada semua yang menyertai acara tersebut, berhati-hati di jalan raya, selamat berkayuh dan moga berjaya.
Majulah sukan untuk kesihatan.
28 comments
Salam,
nasiblah Teluk Intan tu jauh dari tempat aku.. kalau tak boleh juga ikut mengayuh sama..
Bro kulanz sedang semangat anak berkayuh tu
Memang satu aktiviti yg banyak faedah ni
Menyihatkan badan :-)
Aktiviti menarik tu.. tapi jauh la :D
salam..
ermm,..selamat bersukan
memang molek untuk kesihatan
lama dah saya tak kayuh
basikal nih..entah tahu ke lagi :)
Awak tak ikut sekali ke... Masa bujang dulu saya selalu jugak ikut aktiviti berbasikal nie... Bermula dari Bandar Sitiawan - Sri Manjung - Pekan Lumut - Teluk Batik - Sitiawan. Jarak perjalanan dalam 50K. Biasa jer nie. Tak la jauh mana. Kat KL nie kawan-kawan saya buat antara 120KM - 150KM (dua hala).
Sejak kahwin nie, saya pun dah lama tak kayuh basikal. Jiran2 kat rumah, ramai yg dah start. Mereka guna Mountain Bike. Tu laa, saya ingat nak mula balik laa...
aktiviti yg menarik ni..
dah lama tak naik basikal sebenarnya...
Salam,
Sebut Teluk Intan (dulu Teluk Anson),teringatkan kampung halaman. Dah lama tak balik ke sana ! Mee mustan ghani tu best !
65KM?
Waaaah.... boleh tahan juga tu nak berkayuh. Terutama kalau dah lama tak naik basikal macam saya.
teluk intan jauh dari tempat saya,,,kalau dekat nak jugak pergi tu..
serba biru....
W'salam..
A'a kan, nasib baik jauh,
kalau tidak, boleh test basikal baru kan...
Dulu keluarga saya pernah menetap di Sungai Besar. Kalau hujung minggu mesti bapa saya bawa keluarga pergi Teluk Intan.
Betul tu tehr..
semangat orang baru dan basikal baru..
Ya la..
W'salam..
Saya pun dah lama tak kayuh.
Masa sekolah dulu, juara rempit basikal kat kg...hehe
Tak la, jaga anak2 kat rumah.
Memang la kena guna Mountain Bike. Kalau tidak tertinggal jauh ke belakang la.
Ramai dah yang memiliki mountain bike sekarang ni..
Sama la..
Dah tinggal basikal sejak bersekolah jauh.
W'salam..
Ooo, asal Teluk Intan ke?
Ramai yang kata sedap,
saya je belum cuba lagi mee mastan ghani tu.
hehe..boleh semput juga ni.
Ya ka?
Dok kat mana?
Tak join sekali ke?
Ya ka?
Saya pulak selalu nak ke Sg. Besar,
kain baju murah kat sana.
lamanya dah tak ke teluk intan. teringin betul nak kesana lagi tapi tktau la bila.. last pegi dalam tahun 90-an gitu
dah lama tak gi telok anson ni...
Lama tu...
Alaa..time balik kg, lajak la ke Teluk Intan tapi...
rasa boring la, tak ada apa2 yang menarik selain menara condong.
Rasa nya kalau nak laju tak leh guna Mountain Bike... Kena guna Road Bike... Baru laa kurang geseran...
Tak ada apa yg menarik di sini.
Tapi kalau nak mancing udang galah boleh la..
Nice weblog right here! Additionally your web site loads
up very fast! What web host are you the usage of? Can I am
getting your affiliate link in your host? I desire my site loaded
up as fast as yours lol
Feel free to visit my web blog: paleo diät ernährungsplan
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini