Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Majlis Konvokesyen USM 2006
3 Disember 2011, satu-satunya sahabat baikku, Hidayah Halpi akan melangsungkan perkahwinannya dengan teman seperjuangan sewaktu sama-sama menuntut di USM dulu (2003-2006). Sahabatku ini berketurunan Melanau Sarawak, mengambil kursus yang sama denganku dan selamat sudah menjadi Guru di Sarawak. Aku? Terus jadi surirumah.
Masih lagi ku ingat kata-katanya untuk mencari seorang Taufiq sebagai teman hidupnya tetapi jodoh pertemuan telah ditentukan Allah. Sesuai juga jika Hidayah mencari Taufiq tetapi adakah seorang Taufiq mencari gadis Hidayah? Nama seorang Taufiq yang dia jumpa semuanya lebih muda dari dirinya. Hanya Taufik Hidayat sahaja yang lebih tua sikit darinya. Warga Indonesia pulak.
Akhirnya, Hidayah ni telah ditentukan untuk Osman B. Anuar. Dengan hantaran mengikut tarikh lahirnya pada 16 Feb 1983 maka sebanyak RM16028.30 beserta mas kahwin yang telah ditetapkan oleh JAI Sarawak serta sepersalinan barangan kemas, telah dibawa oleh buah hatinya. Pada kawanku Man, "sabarlah ye, Jangan makan magie selalu. Jaga sahabatku baik-baik tau"
Dulang hantaran kalau tak silap aku antara 20 hingga 30 dulang. "Patut la laki ko panggil ko, mak datin Dayah oii" Jenuh perah otak nak siapkan dulang hantaran tu dengan pelbagai kreativiti.
Bertuahnya Si Man kerana dalam ramai-ramai jejaka yang cuba menawan hatinya, hanya Man sahaja yang berjaya merebut hati Hidayah. Tahniah sahabatku Hidayah dan kawanku Man. Moga bahagia selalu. Maaf kerana aku tidak dapat hadir di Majlis Bersejarah kalian. Sampai ke hari ini hanya satu perkataan sahaja yang aku ingat dalam bahasa Melanau iaitu "Gerek" (Jangan silap tafsir ye orang utara, buka basikal tau..)
p/s: Kalau nak honeymoon, mai la kat Semenanjung ni. Boleh kita jumpa lagi.
4 comments
Tahniah pada Hidayah Halpi ,selamat pengantin baru kami ucapkan semoga kekal keakhir hayat, kawan2 kami pun ramai yang akan melangsungkan perkahwinan, bulan ni memang bulan kahwin..:)
selamat pengantin baru buat sahabat iza....
nanti upload pic untuk ayu ya..
Tan Sri Musa Hassan dengan RM15 jutanya.... dpt "hidayah" baru.... artis lagi....
salam..
tahniah buat pengantin baru
semoga di berkati Allah pasangan
ini..bahagia hingga ke syurga
ermm..muda belia empunya blog
2006 dulu ye..?
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini